Layan iklan

Tuesday, October 18, 2016

:: Kesayangan Buah Hati Mummy

Assalamualaikum... uishh! Dah sebulan tak update ni. he he hee... Mami bz. Takde apa nak cerita cuma nak update cerita perihal family je.

Sekarang ni sibuk hal kerja, rumah baru dan macam-macam perkara nak fikir. Alhamdulillah walaupun sibuk, masa untuk family tidak dilupakan. Anak-anak makin besar makin banyak karenah. Ayah mami kusut la gak nak layan setiap sorang. Bila si abang nak manja, si adik plak melalak mohon perhatian. Begitu la juga sebaliknya. Nasib la si kakak dah besar so takdela merengek sangat tapi kadang-kadang mohon perhatian gak. Cara dieorang curi perhatian mami ayah dengan buat kami naik angin or hilang sabar. ha ha haa... Memang fikir banyak nak bagi dieorang ni adik lagi walaupun mami ayah teringin nak baby lagi. Insyaallah tunggu adik Ammar besar skit la baru bagi adik lagi. 

Anak-anak memang pantang panggil wefie. Si adik dulu suka kalau ajak selfie, skang takde makna nak layan. Abang muka serius je kalo selfie, si kakak macam biasa la sama je aksinya.


Abang yang kuat merajuk. Manja mami ni...

Tengok la tu taknak pandang camera.. Geram je mami dengan si adik. Kalau merajuk lain macam skit sebab suka hentak kepala. Abes lebam-lebam kepala, merajuk marah punya pasal. 


Yang girl tu anak sedara tapi dah macam anak sendiri sebab dia pun panggil 'mami' gak.


Yang ni ikut mood dia kalau ajak selfie. Kalau dia tetiba ajak selfie, memang layankan je sebab bukan selalu kan kan kan.

Ok, nanti sambung cerita lain. 







Tuesday, September 6, 2016

:: Rumah Baru


Alhamdulillah... Secara rasminya mami & encik suami sudah ambil kunci rumah baru. 

Ok, kita bukan nak cerita pasal rumah baru mami tapi kami 'berjuang' untuk taknak bayar "Late payment interest" kepada developer. Pada hari kami dapat surat untuk mengambil kunci rumah, kami memang happy sangat & super excited. Sampai je kami ke pejabat developer, kerani bagitahu amount yang perlu kami bayar lebih kurang rm3k termasuk bayaran meter air. Dalam surat cuma termaktub bayaran meter air saja. Untuk meter api, purchaser kena daftar sendiri. Kami agak terkejut & tanya kenapa perlu bayar. Developer terangkan yang bank lambat release payment progress claim. So bila payment lambat maka interest akan di charge kepada purchaser. Tips kat sini nak bgtahu, term tu memang ada dalam SPA yang kita sign ye... So apa korang nak buat? Bayar atau fight?

Saya bernasib baik sebab tidak la terlalu terdesak nak masuk rumah baru. Kalau ikut developer, dia suruh bayar sebab bank @ lawyer taknak layan kes macam ni. Tapi kami pilih fight sebab buat apa nak bayar kalau kita yakin silap bukan datang dari kita. Kebetulan encik suami kita ni developer and boleh dapatkan advise dari kawan-kawan office.

1st step... kami call lawyer sebab diaorang yang buat kerja preparation document. Mulanya mami call je then request. Tapi bila follow up, lawyer macam taknak layan sangat. So, mami write official letter request kronology dari lawyer. Finally lawyer reply setelah seminggu kami tunggu. Dari situ kami dah nampak, lawyer bagitahu silap dari developer. Then mami write another official letter untuk full waiver. Silap kat sini bila kami ambil lawyer yang sama dengan developer. Nama pun lawyer kan... so macam loyar la kan. After 3 weeks tertunggu-tunggu, lawyer call bagitahu they will only tanggung waiver 20% dan dah inform developer. Bila mami pertikai tugas beliau, lawyer reply very rude. Macam lepas tangan...

Dalam masa yang sama, mami juga turun naik bank... Teringat lagi clerk developer cakap kat mami yang bank takkan layan. Takut gak memula... Then after mami cerita the problem, bank layan baik. Setelah check proses loan, takde masalah. Bank advise masalah datang dari developer & lawyer prepare document.

2nd step... mami follow up dengan developer status waiver request. Setelah dikira tambah tolak, kami masih perlu bayar dalam jumlah amount yang besar. Kat sini, mami kena ingatkan.... segala email or conversation kena record. Kami masih tetap taknak bayar untuk jumlah yang tak sepatutnya kami tanggung. Kami study lagi kronology dan mami dapati puncanya sebab lambat dapat surat SUK untuk bumiputra lot. Procedure yang betul, sepatutnya developer kena apply bumi lot sebelum loan purchaser approve. Surat SUK kena attach dalam SPA. So, mami write official kepada boss marketing developer untuk waiver lagi. Mami dapati, waiver tu juga tak termasuk 20% yang konon lawyer nak tanggung. 

Akhirnya, kami bayar 25% je daripada jumlah tak termasuk bayaran meter air. So total RM1.4k... Tapi kami tetap merasakan yang kami tak sepatutnya bayar. Memandangkan dah delay 2 months, kami bayar that amount.

Nak beli rumah bukan senang... Macam-macam kena fikir. Bila jadi camni, kepala jangan stress sangat-sangat. 

- Try google search pengalaman orang lain. 
- Study slow-slow... tanya kawan-kawan yang berpengalaman. Kalau boleh mintak pendapat beberapa orang. 
- Jangan mengalah. 
- Jangan tunjuk rasa terdesak kepada pihak lawan.hu hu huu
- Paling penting, konfiden level wajib 101% ye. Sila tunjuk ketegasan muka bila berhadapan dengan depa semua. Tujuannya sebab nak tunjuk yang kita bukan 'bodoh' percaya bulat-bulat. 
- Kena tahu procedure authority yang terlibat.



Alhamdulillah... semua ni rezeki anak-anak. Nak senang bukan senang. Jangan malas nak buat research. Encik suami selalu marah-marah sepanjang process 'fight' kami ni tapi mami ada point. Bukan malas cuma banyak perkara nak research. Mami banyak bertanya kepada kawan-kawan. Paling penting mami taknak terlalu nampak terdesak. Cool & relax je. Semoga segala tips dapat tolong serba sedikit kepada sesiapa yang ada masalah yang sama macam mami ni. Pada sesiapa nak bertanya lanjut or nak advise sample surat or email boleh la email personal mami norlezah.razali@gmail.com





Friday, September 2, 2016

:: 35 tahun sudah...


Alhamdulillah... setelah 4 tahun sambut birthday bulan puasa, akhirnya tahun ni sambut birthday bulan raya plak. Kali ni mami request tak perlu sambut. Simpan duit, skrg ni zaman gawat kan. he he hee... Hadiah sebelum raya dah dapat.. jangan tanya, "RAHSIA". Tq encik suami. Kira surprise la gak. Tak sangka sangat... Sempat la kami lunch date sama-sama. Disebabkan banyak restoren tutup lagi, so masuk mana yang buka je laa... 

35 dah kita. he he hee....

Thursday, September 1, 2016

:: Aidilfitri 2016

Bismillahirrohmanirrohim... Assalamualaikum....





Ok2... sila jangan kecam mami ye. ha ha haa... Dah nak raya haji baru nak terhegeh-hegeh cite pasal Aidilfitri 2016. Maafkan kita la ye. Bukan sengaja ye... MASA sangat limited nak update semua. Gambar pun baru update masuk folder back up.hu hu huuu...

Tahun ni tak banyak gambar pun sebab pepagi dah ada orang datang beraya then tak sempat nak amik gambar. Orang datang plak tak reti nak balik. ha ha haa... 

Abang selalu ajak selfie tapi tengok la muka dia... Taknak senyum. Konon nampak garang ler tuh! 

Alhamdulillah tahun ni dapat beraya dengan Ammar. Tahun lepas mami ayah beraya kat hospital. hu hu huu

Anak dara yang sorang ni kan...

Budak kepenatan... lepak terus tido.

Maaf... gambar gedik skit. Proses mintak ampun kat encik suami masa ni. hua hua hua...

Abang ntah ke mana... So ayah amik gambar ngan adik jek. Tengok la muka terpaksa adik. hahahaa



Dah tak ingat raya ke berapa... Siap-siap keluar nak pi beraya.



BFF mami zaman sekolah dulu... masing-masing dah beranak pinak, geng gossip, geng ponteng sekolah... 





Alhamdulillah... sempat la kami buat majlis akikah untuk Ammar sekali dengan rumah terbuka. 

Friday, June 24, 2016

:: Iftar 2016

Alhamdulillah... Ramadhan 2016 adalah yang sangat bermakna buat mami sekeluarga. Dapat berkumpul dengan semua anak-anak. Masih lagi berlima ye. he he hee... Belum ada plan nak tambah ahli lagi. Bagi mami rehat dulu.

Syukur, rezeki Iftar tahun ni agak lumayan ye. Minggu pertama Ramadhan, kami fulltime berbuka dengan ahli keluarga. Masuk minggu ke-2, jemputan Iftar memang penuh. Biasa mami akan follow jemputan Iftar encik suami. Anak-anak memang tak dapat bawak sebab jauh nak pusing balik pegi ambil dieorang. Tapi hanya selected hari jela kami berbuka diluar sebab kesian ingat anak-anak kat rumah. Makan pun tak bape nak selera sangat. hihihii...



Iftar company antara yang wajib kami datang. Mami amik halfday pasal nak bawak anak-anak kan. Kakak jela tak dapat nak tunggu sebab sekolah sesi petang kan. Memang tak sempat nak tunggu, jalan sesak. hu hu huu... 

Alhamdulillah sepanjang Ramadhan ni, mami takde update cerita pasal makanan. Memang sedaya upaya elak update or upload gambar makanan. Bulan baik ni taknak la sampai hati ni ada secebis rasa riak tu.

Persiapan raya?? Hurmm... macam biasa kami bersederhana je seperti sebelum ni. Baju raya cukup la sepasang buat kami suami isteri. Paling penting bahagian anak-anak. Janji dieorang happy kan.


Belanja 1 gambar dengan birthday boy (230616). Nanti kita update celebrate birthday budak Ammar ni. 





Thursday, June 16, 2016

:: Penangan GO SHOP

Assalamualaikum... Selamat sejahtera...heh!

Saja nak bagitau, mami & encik suami adalah umat yang cukup susah nak beli stuff yang selalu keluar iklan. Pada kami beli sendiri dapat pegang dan harga lagi murah. Itu la kami... Cuma kami sangat addicted dengan LAZADA, ZALORA... Selalu je encik suami print screen soh mami belikan. Biasa memang mami yang akan belikan sebab guna alamat opis mami.

Nak jadikan cerita, puasa hari ke 7 disubuh hari sesudah sahur... Laki bini dok layan tv sebab nak tunggu subuh terus. Dok alih tukar channel, tertengok la GO SHOP. he he hee... Jarang encik suami nak tengok channel tu tapi subuh tu dia sangat khusyuk. Rupanya GO SHOP dok cerita pasal kain pelikat cap gajah duduk. Terus dia cakap "Boleh beli ni sayang...murah je rm99 dapat 3 helai siap free sejadah kecik lagi.cepat call nanti abes". Si bini dok tenung je si laki. ha ha haa... "Takyah la sayang... esok lusa boleh beli.online pun boleh.Isnin nanti la saya belikan ea". Encik suami jawab, "beli 2 set tau sayang"

Maka isnin lepas, masuk opis... terus masuk website GO SHOP dan cari kain pelikat idaman hati encik suami. Orang cakap nape tak beli je kat MYDIN.. Dik, selai je yang gred bagus pun dah rm80 ke atas. Baik beli kat GO SHOP je, rm99 untuk 3 helai. 

Memandangkang 1st time berbelanja di GO SHOP... maka, kena ikut steps ye. Nak beli, WAJIB register as member dulu. Kalau tak, tak boleh beli... NO! kihkihkih... Selesai register, boleh la log in guna username & password yang kita dah create. Tapi.... Kena save dulu alamat penghantaran dan SAVE. Penting ye... Then setel semua, cart la apa yang diidamkan. Pembayaran plak... boleh pilih samaada nak credit/debit, transfer intranet atau COD (cash on delivery). Biasa mak mami COD ok! Mami lagi selesa guna maybank2u. Senang & mudah... Penghantaran mengambil masa 2-5 hari bekerja. Tapi jangan risau, 2 hari je barang dah sampai.

Tadaa... barang dah sampai. Ada la 4-5 orang dok tanya. So, 1 kotak mami dah buka sebab nak bagi orang tengok. 

Tudia... kain pelikat encik suami. Kain sejuk, ringan tapi jatuh dan sangat lembut. Memang puas hati dengan kualitinya. Mami amik 2 set sebab sehelai nak buat samping untuk hero-hero raya nanti. 


Those nak tengok full kain pelikat ni boleh la tengok kat website http://www.goshop.com.my/ . Mami nak letak gambar encik suami pakai kang, takut ada yang muntah hijau. So baik korang tengok abang fahrin yang pakai. Nama pun murah kan, takde pilihan corak ye. 3 helai tu memang dah dalam 1 set ye. Kaler purple blue, black & white dan black grey. Takpe, klik je kat website tengok sendiri. 

SELAMAT BERSHOPPING!




Wednesday, June 15, 2016

:: Kisah sebuah tabung...


Cantik kan tabung ni??? he he heee... Sebenarnya ni adalah tabung kakak. Makciknya bagi 1 set, tabung besar, sedang & kecik. Ini adalah tabung kecik... mami amik buat harta. ha ha haa... Tapi mami nak bagi tau, ni bukan tabung kosong semata. **Tolong jangan request nak tengok isi tabung. huh!!!

Baru-baru ni viral pasal menabung kumpul duit rm5 & rm20. Ok, cara menabung tu dah mami amalkan dari tahun lepas. Last year, mami dengan gigihnya kumpul rm20 (duit kertas kuning). Memula buat senyap-senyap jek sebab segan ngan en suami. Dia selalu gelak... kadang-kadang perli "mami banyak duit". Kebetulan masa tu dah plan nak bawak anak-anak pi holiday. Hotel memang dah booking awal. So memang takde masalah cuma masa nak pegi tu kami belum gaji (lagi 1-2 hari nak gaji). Dengan bangganya mami cakap, "takpe guna je duit tabung saya". he he hee... Alhamdulillah lepas la duit minyak, toll & makan minum sepanjang perjalanan kami. Masa tu baru 3-4 bulan menabung. Memang tak banyak mana pun tapi alhamdulillah sangat-sangat.

Tahun ni start dari awal Januari, mami & friends start kumpul rm5 (duit warna hijau). Maka bermula la episode mengumpul rm5. Siap berebut ngan kawan lagi. Tabung kat atas tu la tempat rm5 dok bertapa. Dah sebulan tak mengira. Alhamdulillah, buat masa ni masih tak bercuit lagi la. Kalau tercuit, mami akan ganti double. Bukan taknak kumpul rm20....cuma takut jiwa tak berapa nak kental. kihkih...

Selain dok kumpul rm5, mami main kutu diri sendiri gak... Dulu selalu gak main kutu ngan kawan-kawan. Sampai masa turn kita dapat, seronok la kan. Tapi kali ni mami fikir, main kutu sendiri plak. Biasa main ngan kwn-kwn rm50 atau rm100, tapi sebab ngan diri sendiri maka mami lebihkan tapi pastikan fixed figure ye. Bagi duit kutu ni, mami memang pasang target nak beli apa. Bulan 5 ritu mami dah rasmikan duit kutu sebab beli hadiah birthday encik suami. Tahun ni dia request jam tangan (siap bgtau nak jenama apa & spec). Alhamdulillah, target memang tercapai. Ni skang dah start balik main kutu untuk capai target hadiah birthday kakak plak. Lepas tu pasang target bayar roadtax insuran kereta mami plak. he he heee...

Pesanan penaja, nak menabung ni jiwa raga mental fizikal kena kuat ye. Istiqomah... Puasa atau diet nafsu tu atau buat tabung lebih sikit. Tanamkan kat dalam kepala & hati "BIAR LAMBAT ASAL DAPAT". he he heee... Lagi satu tips dari mami, kadang-kadang suami kita akan soh belikan sumthing thru online kan. Mesti dia akan ckp "guna duit sayang dulu, nanti balik saya bayar cash". Cara mami, bila dapat cash... 50%-70% dari jumlah tu, mami akan masuk dlm tabung. Lagi la bulan puasa ni kan, bulan paling sesuai untuk menabung. Biar jumlah tu sikit tapi berkat amalan menabung, sikit-sikit lama-lama jadi banyak. 

So, camne plak cara korang menabung???

Tuesday, June 14, 2016

:: Cheque from NUFFNANG


Eleh! orang lain dah berpuluh kali claim ngan NUFFNANG, mami baru nak update.. hahahahaa...
Ok, sebenarnya sepanjang on off berblog... ini la pertama kali mami claim ngan NUFFNANG. Walaupun figure tu tak banyak mana pun, tapi tak sangka mami dapat claim semua. Bayangkan hasil dari 2009-2016. Dah la mami jarang update blog. Kadang-kadang sampai ada yang tanya nape lama x update blog. Masa! Masa takde...

Mami start berblog ni pada November 2009... Awalnya berblog masa tu sebab nak buat biz kononnya. Mami jual kain pasang & skincare secara online. Biasala, memula memang semangat ok. ha ha haa... Lelama, jadi blog personal plak. Memang tetiap malam mami akan blogwalking baca blog orang. Seronok dapat kawan baru.... Seronok orang baca & komen update terbaru. Sampai kan mami jadi kawan ngan salah sorang blogger yang x berapa nak blogger sangat sebab dia dah "malas" update blog. ha ha haa... Last2 friend kat facebook je. 

Masuk 2010, mami dah aktif skit la... Rajin yang amat update blog. ha ha haa... ada masa terluang, memang mami akan update. Biasa cerita pasal anak & family la. Kadang-kadang share lagu-lagu feveret mami. Cuma 1 je, mami jarang luah perasaan. Antara tahun dugaan... hu hu huu... tapi sejujurnya memang mami takkan jadikan blog ni as medium show my sadness. huahuahuaaa....

Masuk 2011, mami makin rancak. Cuma mami banyak update pasal worklife. Ini juga tahun dugaan terbesar mami. Hujung tahun 2011, mami buat pengumuman perpisahan dengan ex husband. Memang ramai yang terkejut & speechless. Rata-rata memang tak dapat agak apa yang mami alami sebab semua update dari mami juz happy life. Ala... hidup tetap kena teruskan kan kan kan... Tapi mami ok jek. he he ehee...

2012 adalah tahun bahagia untuk mami... Enjoy single life... dapat mengerjakan umrah dengan khaleesa. Tak memasal doa semoga dapat bertemu jodoh yang baik (mak paksa ok!). Sebenarnya tak fikir sangat pun tapi faham la kan orang tua risau. ha ha haaa... Balik umrah ada orang ajak dating. huh! Ramai geng blogger kepohchi nak tau siapa kah gerangan yang dapat curi hati mami. Setahun la gak mami berjaya rahsiakan gerangan wajah encik suami masa tu.

Tahun 2013, yeay!!! Kahwin... lagi. Masa ni dah start slow update sebab mami dah focus banyak perkara. Kerja & family. Khaleesa pun dah start masuk sekolah masa ni. Until this year, mami update on off. Bila rajin & ada masa.... mami akan update.

Kesimpulan, sebelum NUFFNANG tarik balik duit yang dah sedia ada... maka mami claim je la semua. Habis cerita.. heheheee... rezeki nak raya ni walaupun ciput. 

Monday, June 13, 2016

:: Produk review~ Furaiha Organic Skincare




Produk review kali ni, mami nak cerita tentang "Furaiha Organic Skincare". Sedia maklum... sebelum ni mami memang pangkah produk tempatan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Pengalaman dulu mengajar untuk lebih berhati-hati memilih produk skincare terutama produk tempatan. hu hu huu...

Kali ni mami agak terpengaruh juga sebab "Organic", muslim produk & penggunaan habbatussauda. Tengok testimoni memang semua bagi feedback terbaik. he he heee... Sebelum tu, harus diingatkan ini adalah komen/pendapat peribadi mami je ye. Terpulang pada individu untuk menilai.

Dalam mini set Furaiha ada 3 jenis barang termasuk sabun pencuci, day cream & night cream. Harga rm90 tak termasuk postage ye. Biasa day & night cream very small. Tapi katanya cukup untuk penggunaan 3-4 bulan. Tujuan mami beli sebab lepas bersalin anak ke 3, muka agak mess. Kusam... penuh jerawat kecik-kecik. Sampai stress tengok muka kita tau. Sedih tengok tapi mami tau punca utama adalah tak jaga makan minum masa pantang anak no 3. hu hu huuu... So guna la apa pun bedak or whatever.... memang jadi makin buruk.

Ok2... kita sambung pasal Furaiha ni. Masa dapat je parcel, memang excited gila sebab...... ntah ek! rasanya semua perempuan camtu kot. hahahahaa... Masa nak zuhur kat opis, terus mami guna ok. Mami akui, sabun memang wangi & muka rasa soft je lepas cuci (perasan!). Dang! sebenarnya kat situ je dah boleh tangkap it's not 100% organic sebabnya... organic ni biasanya free perfume. Means takkan ada bau & free chemical. Tapi still ok ngan mami sebab ada biji habbatussauda dalam sabun pencuci tu. 

Day cream... sebenarnya tak sesuai untuk kulit mami yang kering ni. Sangat tak sesuai tapi cuba la gak guna selama seminggu. Mana la tau jadikan skin dari teruk ke perfecto. huhuu... Tapi tuan badan rasa skin makin kering. Lagi satu, rupanya day cream tu boleh memutihkan gak. Mami memang tak boleh guna produk whitening. Nanti kulit jadi cam terbakar. Buat masa ni memang dah stop... cuma lepas solat zuhur kat opis pakai la gak sebab tak nak muka pucat sangat. Tapi calit sikit je laa.

Night cream... ramai yang memang malas nak pakai krim malam ni tapi mami gagahkan jugak la tangan pakai sebelum tido sambil dukung anak. hahahaha... Lama gak pakai tapi tiada keberkesanan pun. Muka tak berapa nak smooth.

Kesimpulannya... mami tak sesuai dengan produk Furaiha ni. Mohon jangan kecam mami sebab ini adalah pendapat peribadi dengan menjadikan mami sendiri sebagai testimoni. Skang, mami dah kembali kepada produk hada labo. Konon nak bagi skin cantik sebelum rayakan. hu hu huu... 

Untuk produk Furaiha ni mami bagi 2/5 sebab sabun tu agak ok la untuk mami.

Wednesday, June 1, 2016

:: Family Bonding Time

Macam biasa... aktiviti wajib untuk anak-anak. Memandangkan kami dah dok Pasir Gudang, maka weekend kami akan balik Bukit Indah. Sebelum balik, kami layan ler anak-anak outing. Dahla keluar kerja jam 7 pagi , balik 7 malam. Risau anak-anak tak puas ngan kami kan. So weekend memang kena layan dieorang ni. 


Masuk kereta wajib wefie dulu dengan si Ammar dulu. Si Ammar ni memang pantang kalo ajak selfie/wefie, tgh menangis pun boleh senyap ye. he he hee...



Dah lama anak dara ni tak ikut mami ayah outing.. Memandangkan cuti sekolah, mami paksa ikut gak.



Ammar ni anak ayah ye... Even mami amik pun dia akan melalak nak kat ayah. Tapi bila ayahnye takde, nak menempel ngan mami jek. hurmm...



Bila ayah ngan anak berwefie... hu hu huu...




Last belanja wefie mami ayah plak... Tetiba encik suami cakap "sayang, kita dah lama tak tukar picture profile FB.. Jom tukar"... Tapi sebelum tu kena wefie dulu la kan. ha ha haaa... Begitulah kisahnya...


Abang Zahin je yang takde kan?? He he hee... Malam sebelumnya dia jatuh & bibir pecah. Bengkak kembang semangkuk bibirnya. So moody ler sikit. he he hee...


Ok, belanja gambar abang Zahin yang cover bibir bengkak tu. Alhamdulillah... walaupun pecah & bengkak, makan minum masih normal macam biasa. Merengek kejap je masa darah memancut ke luar dari mulut. Disebabkan dah ada pengalaman, kami cepat2 amik ais letak kat tempat luka. InsyaAllah dalam beberapa minit, darah stop. No panic ok!



Ok... next cerita kita sambung nanti ye.






:: Iskandarian Treasure Hunt 2016

Sebenarnya kan... mami ni antara staff yang paling susah or malas nak join aktiviti office ni. Tapi tahun ni mami & officemate dah pasang azam nak join segala aktiviti office if termampu. Kalau dah ada urusan lain & lagi penting, maka takde makna la nak join kan.

Last week, mami masuk treasure hunt. Ni kira 1st time la office buat event ni. Excited sangat sebab dengar macam seronok kan. Tapi paling cabaran bila group tak cukup orang. Sob! Sob! Sob! 1 kumpulan ada 4 orang, tapi yang konpem kami bertiga jek... Kusut ok cari orang. Akhirnya dapat gak sorang lagi participant. Happy dah macam apa kan. ha ha haa...

Treasure hunt ni kira 1st time ever la mami masuk & memang takde pengalaman langsung. Bila baca pengalaman orang & contoh2 soklan, berpeluh la gak... Susah gak rupanya! Tapi takpe, kami pun masuk for fun & komitmen to company.

Sehari sebelum the event... Semangat gi briefing ok... Bila buka briefing note, kelat muka memasing... Sebab?? Kusut tengok soalan contoh. ha ha haa... Masa ni sorang lagi cuti. Masa briefing ni kami diberi goodies bag yang berisi tshirt & tuala kecik. Kami juga diberi duit petrol & belanja RM100.


Selfie otw ke office sebelum treasure hunt. Encik suami lambat... Dahla start kul 8.30 pagi. Siap pesan ngan kawan soh amikkan breakfast. Alhamdulillah sempat breakfast. hu hu huu...


Group photo session... Kami antara kumpulan yang last amik gambar sebab mami sampai lambat. hi hi hii... Nama kumpulan "Kancil". Sebelum start dapat goodies bag lagi berisi Smart Tag termasuk limited edition TnG Iskandarian Treasure Hunt serta AEON Voucher RM50 setiap sorang. 


Dah nak start masa ni... Ketaq gak sebab kami semua memang tak pernah join mana-mana treasure hunt. Bila tengok group lain dapat cop/ sticker check point... memang down la gak. So kami santai-santai je laa.. he he heee...


Masa ni dah check point ke 3.. Masing-masing muka dah penat. Dah tengahari... Task kat sini kena wefie ngan VIP ok. Tapi sebelum tu kami kena buat task "Island" depan VIP. Kalau fail kena denda ngan dieorang. huahuahuaaa.... Memang kami buat hati-hati sebab size kami tak berapa nak "Kancil" sangat nak masuk dalam "Island" tu ok. Alhamdulillah we pass dengan bangganya. 


Penat... ye sangat penat. Sampai takde selera nak makan tapi kami enjoy especially ada artis performance kan. Man Bai, Along Exist, MOHRAM & The Kodox. CEO pun sporting abes siap nyanyi bagai kan. 

Alhamdulillah, walaupun underdog group... we 14th place dari 27 group. Tak sangka la gak... ha ha haa... Paling penting kami dapat credit leave dari HR. Kumpul cuti raya ler kita.... InsyaAllah, jika event ni diteruskan... kami akan join lagi with the same group. 





Thursday, May 26, 2016

:: Tak tahu nak cite pasai pa...

Hari-hari buka & blogwalking tapi tak sempat nak update apa-apa story pasal tuan badan. Macam mana la korang bagi masa update blog ea??? Mummy memang tak sempat sbb busy sangat... (sangat la kan!!!) he he hee... Betul, memang tak sempat... Boleh je nak update ringkas tapi takde gambar nak update lak. huahuaa.... Nak fikir ayat pun amik masa gak... Sempat siap keje kat opis kalo dok memikir ayat nak update blog. Nak update memalam kat rumah, memang tak la kan. Tengok phone sekali imbas je. Camne tu???
OK... 2 minggu lepas office buat teambuilding 2 hari 1 malam kat Swis Garden, Melaka... he he hee... teambuilding pun dalam hotel ok. Bila cakap kat contractor yang office closed Khamis Jumaat sebab ada teambuilding, dieorang dok tanya "teambuilding kat mersing ke?". Erkk!!! ha ha haaa... "Tak la... kat Melaka. Teambuilding dalam hotel je... kami takleh panas berpeluh". ha ha ha aa... 

Masa dapat tahu, tanya gak encik suami nak ikut x bawak anak-anak. Sebab tak pernah mummy outstation sensorang tinggal kan anak-anak. Rindu!!! he he hee... Tapi encik suami tak nak pegi sebab nak simpan cuti. Dia cakap jangan risau pasal anak-anak... Boleh handle katanya lagipun ada mak mentua tolong tengokkan. 

Gambar spontan masa sedang wefie... he he heee...

Belanja skit ngan CEO... 

Teambuilding kami sebenarnya lebih kepada daya ketahanan mental. Agak penat sebab jadual agak padat sebenarnya. Makan minum pakai memang semua tiptop la. he he heee... 

Okla, sambung nanti cite lain... tetiba blank takde idea nak sambung ayat. kihkihkih...

Tuesday, April 19, 2016

:: Diapers dilemma...

Semenjak abang semakin membesar, maka kalau 'shishi' confirm diapers akan penuh. Jangan kata mami, ayah pun kusut.. Kadang-kadang bocor tepi bila dah penuh sangat. Maka, mami pun mula la start survey the best choice diapers. Alhamdulillah ramai gak blogger yang buat perbandingan diapers dari yang mahal sampai la yang murah.

Sebelum cerita lebih lanjut, mami nak share experience guna beberapa diapers.

HUGGIES:
Zaman kakak pernah cuba sebab kakak ada masalah rashes area miss V. Tapi masalah tak selesai gak sebab tisu HUGGIES sangat soft & berderai bila dah penuh sikit. So sempat la guna sepeket then tukar jenama lain.

PETPET:
Khaleesa guna jenama ni agak lama. Alhamdulillah sesuai dengan dia. Baru-baru ni mami ada beli sepeket untuk Ammar. Belum rasmi lagi sebab nak abiskan dulu diapers sedia ada. Hasil pemerhatian mami, PETPET sangat lembut tapi size agak kecil sikit. Ada blogger update PETPET ni bagus tapi bila penuh akan berbau hancing kuat. Harga dulu agak murah tapi sekarang dah naik sikit. he he hee... Harap sesuai la untuk Ammar.

WHOOPEE:
Mungkin terpengaruh iklan?? he he hee... Harga agak murah dan memandangkan mami ada 2 orang yang masih guna diapers so bajet kena amik kira gak. Encik suami tak berapa suka sebab perekat tak tahan & cepat koyak. Sekali tarik, 'prakk!!'. WHOOPEE ni takde size XXL so memang tak sesuai untuk abang. Adik Ammar kecik je so sesuai je la kan... Encik suami dah ban jenama ni. sekian...

ONWARDS:
Jenama ni kami beli masa baby fair. Harga berpatutan... RM112 / 4 pek. Masa tu kami amik 2 paket untuk abang & 2 paket lagi untuk adik. Saja nak cuba kan... So far, encik suami puas hati guna ONWARDS ni. Tapi sayang xde size XXL. hu hu huu...

DRYPERS:
Sapa tak kenal kan jenama ni. Harga berpatutan kalau pandai cari. Sangat tak sesuai untuk abang. DRYPERS cepat penuh & agak berlendir. Kadang-kadang bocor gak. Ayah dah bising jenama tu tak bagus. Pernah gak kami beli pek promotion yang jual bundle 1 kotak. Bukan nak cakap apa la, kualiti memang tak sama mcm beli pek biasa. Memang harga agak murah tapi tak jaga kualiti.



Itu la kisah mami ngan semua jenama diapers anak-anak. Bila nak jaga budget, kualiti kami abaikan. hu hu huu... Bila ada yang within budget, size plak jadi masalah. Akhirnya, lepas puas buat survey.... mami bincang dengan encik suami untuk tukar diapers abang kepada MAMYPOKO.



MAMYPOKO:
Kami cuba beli 1 paket sebagai percubaan. Alhamdulillah abang sesuai dengan jenama ni. Walaupun penuh, diapers tetap kering & tidak berlendir. Encik suami pun puas hati. Harga??  Mami tak tahu actual price tapi kena rajin survey sebab harga berlainan setiap mall. Untuk bulan ni, AEON Jusco paling murah RM45.99 tapi kebanyakkan size XXL sold out. Di GIANT plak agak mahal, RM53.99... Survey TESCO online, RM47.99... Akhirnya mami ke sana la kan. Beli 2 paket terus. 1 paket untuk size XXL hanya 34 keping tapi sebenarnya jimat dari segi penggunaan.






Takde gambar diapers, so belanja gambar anak-anak je ye...