Layan iklan

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, November 18, 2014

:: Kemusykilan ~ Hamil tapi masih menyusukan anak....

Ok, sila jangan musykil terhadap Mummy yer...

Kemusykilan ni memang Mummy dah fikirkan masa lahirkan Zahin. Ramai yang berpendapat bila fully breasfeeding, kita tidak akan datang bulan serta possibility untuk mengandung adalah sangat tipis. Tapi, pengalaman Mummy dari kakak Khaleesa & Zahin, cukup 40 hari Mummy akan datang bulan seperti biasa walaupun anak-anak fully breastfeeding. Last follow up dengan doktor Mummy selepas habis pantang, Mummy ada bertanya kemusykilan ni. Doktor cuma cakap " Kalau lepas 6 bulan takde datang bulan, set appointment dengan saya". he he hee...maksudnya ialah siapa yang tidak datang bulan masa full breastfeeding, there's sumthing wrong with their body system...or mungkin mengandung lagi. Oooppss!!

Hamil tapi masih menyusukan anak.... hurmmm.... kalau tanya orang tua, memang konpem la dieorang tak bagi. Disuruh putuskan susu sebab katanya anak tu hisap darah. he he hee... mana de darah warna putih kan. Agak tak masuk akal alasan tu. Tapi alasan takut bayi dalam kandungan tak cukup nutrisi, Mummy agak setuju. So, tangan ni memang laju je google pendapat pakar sakit puan sendiri.


Dr Zubaidi adalah antara yang Mummy follow... Kemusykilan Mummy terjawab dengan penjelasan Dr Zubaidi. Berikut adalah pandangan beliau: 



Tengok...malas nak taip, kita printscreen jek. hi hi hiii....

So, pada ibu-ibu kat luar yang rasa dah ready nak tambah zuriat walaupun masih breastfeeding tak perlu risau lagi ye. Paling penting kena jaga nutrisi pemakanan. Amalkan susu & nutrisi yang baik untuk tambah tenaga terutama pada ibu yang ada anak-anak besar & berkerjaya. Peduli apa orang cakap yang penting cari info yang sahih dulu. Cuma ada kawan Mummy suggest bila kandungan masuk 6 bulan, seeloknya stop breastfeeding sebab takut early contraction. Tapi sebenarnya ramai je yang teruskan breastfeeding sampai bersalin. Terpulang pada tuan empunya badan selagi tidak memudaratkan.

Mahap la, topik harini agak lari sikit. Sekadar perkongsian bersama.






Monday, August 6, 2012

:: Hakmilik peribadi...

Lepas waktu rehat tadi, Mummy telah dikejutkan dengan sesuatu.hehehee... Ada orang yg baik hati email me something. Maybe dia salah sorang yang selalu baca blog Mummy kot. OMG! Someone was took my personal collection without permission. Apakah??? Some of my friends ada advise sue je orang tu. So far the details about that girl Mummy dah amik. Tinggal nak amik tindakan je. Nasib baik ada kawan yang kerjanya lawyer. Memang konpem Mummy boleh saman. Lagipun apa yang dia amik tu terang-terang from my blog. Semua kata-kata berunsur fitnah dari that girl sebelum nipun ada kawan Mummy dah print screen. Terlalu banyak yang that girl suarakan dengan lantang tanpa fikir maruah orang. Pada Mummy itu adalah fitnah. Mummy cuba menclearkan semua permasalahan ni secara peribadi sebelum ni tapi takde sebarang reaction from the other side. Ex hub ada memohon maaf tapi dia taknak bertanggungjawab. Rasanya Mummy takde menabur fitnah sepanjang berblogging ni tapi kadang-kadang manusia ni tak pernah faham. Nak malukan orang memang mudah tapi kesannya tu....bercakap tak pernah nak fikir baik buruk. Rasanya dah sampai masa Mummy amik tindakan secara professional.


Nampak x yang Mummy columnkan tu? Terang-terang ok it came from my blog... sila abaikan pic orangnya. Nak amik boleh, tapi sila la minta kebenaran. (yes! he is my ex hub)... so boleh la fikir sapa yang cilok kan.


:: ABC Acai Berry Softgels

Produk pelangsing terhangat skang ni ialah ABC Acai Berry Softgels. Mummy terpengaruh la gak tap belum mencuba lagi. Dok simpan lagi...he he he... ingat nak makan pagi tapi terlupa. 

Actually banyak jenis yg terdapat dalam online tapi Mummy sendiri pun takpasti yang mana lagi bagus. Mummy beli kat kedai...harga pun lag ok kot. Dalam sebotol ni ada 30 biji softgels dan hanya 1 biji untuk sehari. Makan setengah jam sebelum breakfast. Takde effect keluar masuk tandas cuma kena banyakkan minum air suam. Effect cuma kerap buang air kecil je. Acai Berry ni takleh campur-campur ngan ubat lain. Pun takleh minum yang ada kafein & teh. Milo boleh yer...he he he... Jangan abaikan rutin pemakanan seharian walaupun kurang selera ye... untuk penambahan tenaga. Mummy google search info pasal Acai Berry ni, kesan akan nampak dalam masa 2 minggu. Tupun depends on orang yang amik la. Acai Berry nipun mengandungi kolagen. Tak sesuai untuk orang berpenyakit kronik spt sakit jantung, darah tinggi... juga untuk ibu mengandung sebab Acai Berry ni panas.

Sekian info dari Mummy. Nak tau lagi lanjut korang kenala rajinkan diri google search pasal Acai Berry ni ye.hu hu hu...

p/s: Agak-agak ada yg berminat nak beli ngan Mummy? Harga rm95 termasuk postage.

Tuesday, May 22, 2012

:: Ketahui apakah rahsia di sebalik mood seorang lelaki...


Nak tahu tak rahsia di sebalik mood seorang yang bergelar lelaki? Lelaki ni ada macam-macam jenis tetapi naluri seorang lelaki tetap sama. Hanya inginkan kekasih yang terbaik untuk menemani hidupnya. Wanita merupakan anugerah yang terindah buatnya dan wanita merupakan insan yang akan menemaninya ke syurga.

Begitu juga wanita, wanita haruslah memahami setiap mood lelaki yang kadang-kadang banyak muslihat di sebaliknya. Take note!! Untuk anda yang sayangkan kekasih anda. Anda perlulah lakukan yang terbaik untuk si dia. Banyak mood si dia yang perlu wanita fahami dan lakukan tindak balas yang sewajarnya sebagai seorang kekasih yang sejati. Antaranya ialah…

Bila Si Dia Selamba

Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selambe ni selalunya ingin kita yang mulakan dahulu. Oleh sebab itu anda patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

Bila Si Dia Ego

Jangan sesekali anda persoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat itu adalah ketegasan.

Bila Si Dia Romantik

Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai walaupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenang saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

Bila Si Dia Panas Baran

Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba anda berdiam diri dulu sampai semua kemarahan itu semua reda.

Bila Si Dia Penat

Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini, si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang beleh menambah kepenatannya.

Bila Si Dia Pentingkan Diri Sendiri

Cuba berterus terang dan meluahkan rasa tidak puas hati anda tentang sikapnya itu. Anda patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat anda juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

Bila Si Dia Sibuk

Jangan pula anda terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput di tempat kerja ataupun menemani anda pergi membeli-belah.

Bila Si Dia Mengongkong

Kalau anda memberontak, pasti anda dimarahinya. Tapi, kalau anda menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, anda perlu berkata padanya untuk membiarkan anda membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan anda berdua.

Bila Si Dia Cemburu

Pujuk hatinya supaya percaakan kita. Yakinkan bahawa anda hanya setia pada dirinya dan hanya mencinyai dirinya. Jangan biarkan si dia cemburu dengan kita kerana ia akan menjejaskan hubungan kita. Jika ada orang memandang-mandang kita dan si dia cemburu, tunjukkan reaksi seperti memegang tangan si dia supaya orang tahu yang anda sudah dimiliki oleh si dia.

Bila Si Dia Curang

Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapim jika si dia tetap dengan keputusannya, eloklah anda berundur diri dulu sebelum makin parah kelukaan hati anda.

Bila Si Dia Lurus Bendul

Memang anda boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya, tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Anda patut menjaga perangsng padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
p/s: Sebenarnya sampai bila-bila kita takkan faham Lelaki...
Sumber: Nota Hati