Layan iklan

Showing posts with label iskandarians. Show all posts
Showing posts with label iskandarians. Show all posts

Wednesday, June 1, 2016

:: Iskandarian Treasure Hunt 2016

Sebenarnya kan... mami ni antara staff yang paling susah or malas nak join aktiviti office ni. Tapi tahun ni mami & officemate dah pasang azam nak join segala aktiviti office if termampu. Kalau dah ada urusan lain & lagi penting, maka takde makna la nak join kan.

Last week, mami masuk treasure hunt. Ni kira 1st time la office buat event ni. Excited sangat sebab dengar macam seronok kan. Tapi paling cabaran bila group tak cukup orang. Sob! Sob! Sob! 1 kumpulan ada 4 orang, tapi yang konpem kami bertiga jek... Kusut ok cari orang. Akhirnya dapat gak sorang lagi participant. Happy dah macam apa kan. ha ha haa...

Treasure hunt ni kira 1st time ever la mami masuk & memang takde pengalaman langsung. Bila baca pengalaman orang & contoh2 soklan, berpeluh la gak... Susah gak rupanya! Tapi takpe, kami pun masuk for fun & komitmen to company.

Sehari sebelum the event... Semangat gi briefing ok... Bila buka briefing note, kelat muka memasing... Sebab?? Kusut tengok soalan contoh. ha ha haa... Masa ni sorang lagi cuti. Masa briefing ni kami diberi goodies bag yang berisi tshirt & tuala kecik. Kami juga diberi duit petrol & belanja RM100.


Selfie otw ke office sebelum treasure hunt. Encik suami lambat... Dahla start kul 8.30 pagi. Siap pesan ngan kawan soh amikkan breakfast. Alhamdulillah sempat breakfast. hu hu huu...


Group photo session... Kami antara kumpulan yang last amik gambar sebab mami sampai lambat. hi hi hii... Nama kumpulan "Kancil". Sebelum start dapat goodies bag lagi berisi Smart Tag termasuk limited edition TnG Iskandarian Treasure Hunt serta AEON Voucher RM50 setiap sorang. 


Dah nak start masa ni... Ketaq gak sebab kami semua memang tak pernah join mana-mana treasure hunt. Bila tengok group lain dapat cop/ sticker check point... memang down la gak. So kami santai-santai je laa.. he he heee...


Masa ni dah check point ke 3.. Masing-masing muka dah penat. Dah tengahari... Task kat sini kena wefie ngan VIP ok. Tapi sebelum tu kami kena buat task "Island" depan VIP. Kalau fail kena denda ngan dieorang. huahuahuaaa.... Memang kami buat hati-hati sebab size kami tak berapa nak "Kancil" sangat nak masuk dalam "Island" tu ok. Alhamdulillah we pass dengan bangganya. 


Penat... ye sangat penat. Sampai takde selera nak makan tapi kami enjoy especially ada artis performance kan. Man Bai, Along Exist, MOHRAM & The Kodox. CEO pun sporting abes siap nyanyi bagai kan. 

Alhamdulillah, walaupun underdog group... we 14th place dari 27 group. Tak sangka la gak... ha ha haa... Paling penting kami dapat credit leave dari HR. Kumpul cuti raya ler kita.... InsyaAllah, jika event ni diteruskan... kami akan join lagi with the same group. 





Thursday, May 26, 2016

:: Tak tahu nak cite pasai pa...

Hari-hari buka & blogwalking tapi tak sempat nak update apa-apa story pasal tuan badan. Macam mana la korang bagi masa update blog ea??? Mummy memang tak sempat sbb busy sangat... (sangat la kan!!!) he he hee... Betul, memang tak sempat... Boleh je nak update ringkas tapi takde gambar nak update lak. huahuaa.... Nak fikir ayat pun amik masa gak... Sempat siap keje kat opis kalo dok memikir ayat nak update blog. Nak update memalam kat rumah, memang tak la kan. Tengok phone sekali imbas je. Camne tu???
OK... 2 minggu lepas office buat teambuilding 2 hari 1 malam kat Swis Garden, Melaka... he he hee... teambuilding pun dalam hotel ok. Bila cakap kat contractor yang office closed Khamis Jumaat sebab ada teambuilding, dieorang dok tanya "teambuilding kat mersing ke?". Erkk!!! ha ha haaa... "Tak la... kat Melaka. Teambuilding dalam hotel je... kami takleh panas berpeluh". ha ha ha aa... 

Masa dapat tahu, tanya gak encik suami nak ikut x bawak anak-anak. Sebab tak pernah mummy outstation sensorang tinggal kan anak-anak. Rindu!!! he he hee... Tapi encik suami tak nak pegi sebab nak simpan cuti. Dia cakap jangan risau pasal anak-anak... Boleh handle katanya lagipun ada mak mentua tolong tengokkan. 

Gambar spontan masa sedang wefie... he he heee...

Belanja skit ngan CEO... 

Teambuilding kami sebenarnya lebih kepada daya ketahanan mental. Agak penat sebab jadual agak padat sebenarnya. Makan minum pakai memang semua tiptop la. he he heee... 

Okla, sambung nanti cite lain... tetiba blank takde idea nak sambung ayat. kihkihkih...

Thursday, January 28, 2016

:: Dinner 2015

Masih lagi versi baling belakang... he he he...

Sepatutnya dinner ni hujung tahun 2015 tapi disebabkan kemangkatan Almarhum Tunku Jalil, maka office mami tunda event ni ke awal tahun 2016. Tema dinner tahun ni adalah pirates. wohaa!! Beza dinner kali ni adalah hanya untuk staff saja sebab untuk family dah buat September 2015 masa family day. Tema masa tu football theme. Santai-santai je kan... Mami ingatkan kali ni pun malas nak beriya sangat, sekali dapat email 'WAJIB' ok. hadoiii.... tak pasal-pasal gigih la kami memikirkan pakaian. kih kih kih...

Alhamdulillah encik suami sporting ok... siap bawak la isteri ni survey-survey untuk tema dinner. Basah ketiak ok. ha ha haa.... Dahla dinner on weekdays. hu hu hu... Kebetulan la plak tarikh dinner sama plak tarikh anniversary kami. Banyak kali mami tanya, nak celebrate sama tak... Mami nak je cancel invitation kan. Encik suami cakap, pergi la dinner, mana tau ada rezeki dapat lucky draw... 'LUCKY' la sangat.... Eh eh.... lunch tu encik suami wat surprise ajak lunch date. BEST!!!

Nak bgtau... ini adalah pertama kalinya dalam hidup mami ikut tema (terpaksa) ke dinner. huahuahua.... malu orang tengok kiri kanan. tq encik suami tolong snap picture ni. Comel betul isteri awak ni. he he hee...




Officemate mami yang memula malas nak layan but terjebak gak (terpaksa). ha ha haa

Boss department mami... sedih sebab this month dia dah last... Antara best boss ever!

Dorang ni sume level bosses tapi layan je ok tema dinner... Yang paling tengah tu our CEO. ngeee....!

Semoga tema dinner tahun depan lebih kepada glamourous... mak tak masuk sangat lanun-lanun ni. hehee...