Layan iklan

Showing posts with label Bufday. Show all posts
Showing posts with label Bufday. Show all posts

Tuesday, January 13, 2015

:: Selamat datang 2015...

Alhamdulillah setelah 13 hari masuk 2015, Mummy baru ada mood nak update blog. Ayat cliche "sibuk". Syukur di tahun 2015 ni Mummy sekeluarga masih lagi diberi peluang bernafas di bumi Allah ni. Kami semua dalam keadaan sihat walafiat & semoga keadaan ni berterusan hendaknya.

Sepanjang 2014, banyak kenangan yang terpalit & semuanya baik-baik belaka. Awal tahun, kami disambut dengan kelahiran Nik Syamil Zahin. Rezeki kami sekeluarga juga alhamdulillah sangat baik. Tidak lah melimpah ruah tapi cukup la untuk kami sekeluarga. 2014 juga saksi kami dapat beli "rumah ke-2" yang diidamkan  untuk keselesaan anak-anak.

Khaleesa tahun masuk darjah 2 sudah... So far dia happy gi sekolah walaupun penat sikit la. Maklum la balik sekolah rendah, dia terus ke sekolah agama plak. Takde transit mana-mana. Syukur dia sangat berdikari dan memahami Mummy & ayah yang sangat sibuk kan. Banyak kerja-kerja rumah dia dah boleh buat sendiri mcm lipat baju, jaga adik & tolong picit Mummy. he he heee...

Kesempatan ini juga, Muumy nak wish happy belated birthday utk anak bujang manja Mummy Ayah, Zahin yang pertama. Cucuk setahun pun dah settle... he he hee... siap dapat present lagi dari doktor. 


Birthday boy ketiduran sementara tunggu ayahnya shopping...

Muka pelik tengok lilin tu... tak excited cam kakaknye. he he heee...

Abaikan pipi comel Mummy tu ye.. hu hu huu...

Hadiah untuk budak setahun ni... special delivery dari atuknya.

Superbike tu lak hadiah tulus ikhlas dari ayahnya. Tapi memandangkan Zahin tak reti lagi maka kakaknya la yang tolong drivekan. So enjoy la si kecik tu kan... he he hee...

Dalam banyak-banyak hadiah, ini la yang sesuai ngan age si Zahin. he he hee... kan nampak cute je.

Okla... Mummy mendoakan semoga Zahin menjadi anak yang soleh & sentiasa diberkati olehNya. Be good boy ye sayang.






Tuesday, October 1, 2013

:: Happy 6th Birthday cik Khaleesa

27 September 2013

Alhamdulillah... Dah besar anakanda intan payung mummy sorang ni. Tak lama nak jadi kakak sudah. Tapi sejak membesar & nak jadi kakak ni, cik khaleesa makin tak berapa dengar cakap. Ada je buat perangai... penat dah mummy ni membebel. Kadang-kadang manjanya terlebih sangat. Bila tengok muka kesian...tapi bila buat perangai geram plak.he he hee... Beberapa hari sebelum birthday, dia asik update je. Nama pun budak kan...

Macam biasa seperti tahun-tahun sebelum ni, mummy akan buatkan surprise kat taska @ tadika dia... Selagi belum masuk primary school, mummy bagi peluang dia celebrate dengan kawan-kawan. Tahun depan baru leh celebrate kat rumah. Ingatkan nak masak nasi lemak & hantar ke sekolah tapi kesihatan mummy kurang mengizinkan. So, mummy buat goodies jer. Tupun dapat isi 30 goodies je sebab last minute punye decision. Kek memang dah tempah awal-awal... Mummy memang tak dapat join so awal-awal dah pesan kat cikgu amikkan gambar then wassap mummy. 

Surprise kek untuk cik khaleesa... rainbow kek. Comel je & macam sayang nak makan. Sepatutnye minnie tapi mintak baker tukar princess...

Terima kasih kat cikgu yang tolong arrangekan...


Cik Khaleesa ngan kawan-kawan... semua muka excited. Happy tengok cik khaleesa happy ngan surprise party untuk dia.

Tengahari ambil dia kat taska, excited cerita cakap cikgu bagi kek. Dia memang tak tahu langsung yang kek tu dari mummy ngan ayah. Masa mummy register sekolah agama untuk dia, encik suami pecah rahsia kat dia yang kek tu dari kami. he he hee...

Nasib la cik khaleesa tak demand sangat...celebrate malamnya, dia cuma request KFC. Birthday girl, so layankan je la. Sian dia kepenatan layan mummy ngan ayah shopping barang baby kat baby fair expo. Beli 1 slice mango kek kat secret recipe then tiup lilin kat KFC. Siap makan... baru bagi hadiah. he he hee... Tengok hadiah, nampak la dia semangat sikit.he he hee... Esoknya mummy bawak dia gi waterpark mandi manda. Tapi tak dapat lama sangat sebab hujan lebat dan sangat sejuk.

Celebrate birthday ngan mummy & ayah plak...

Thanks IBU yang wish birthday cik khaleesa...lama ibu tak update blog.hi hi hi...



P/S: Last week berlangsung mom & baby expo fair... sempat la kami shopping barang baby. Worth it la beli barang yang besar macam stroller, strelizer & warmer. Much excited of coz la encik suami...he he he... (nafsu shopping dia lagi dasat dari mummy)



Monday, September 23, 2013

:: Happy 7th Birthday Fatin a.k.a Kak Long...

Entri kali ni dedicated khas utk anak sedara Mummy... Rini bufday dia yang ke 7. Wah! Dah besar anak sedara... Mulut pun dah pandai pot pet skang. Dah jadi geng mak ucu dia bergosip.ha ha haa...

Ok, mami a.ka Mak Long nak ucapkan kat kak long 
" Selamat Harijadi ye... Jangan nakal-nakal tau. Jadi anak yang solehah...dengar cakap ayah ngan ibu tau! Lagi satu, jangan kuat merajuk...he he he..."


Dah celebrate awal-awal malam kelmarin... hadiah pun dah buka kan... Pasni turn birthday cik Khaleesa plak.

Friday, July 19, 2013

:: Am 32 now!

Alhamdulillah... on 12 July 2013, am officially 32 years old. Tiada rahsia pada umur...nombor je pun kan (ayat sedapkan hati) he he he... Tahun ni Mummy sambut pada 3 Ramadhan & sememangnya Mummy dilahirkan pada bulan Ramadhan. Tak ingat plak bape Ramadhan. Takde special event tapi Mummy happy dapat berbuka bersama keluarga mentua sambil tiup lilin (siap nyanyi bagai).he he he... 1st wish mesti la dari encik suami kan... siap wassap gitu di awal pagi saat dia dibilik & Mummy menyiapkan sahur. 

Actually, encik suami dah bagi hadiah awal 3 bulan atas alasan yang munasabah ye. huh! Kebetulan phone Mummy rosak, maka dia terus belikan & declare it's a birthday present advance. So kena jaga baik-baik la kan... Alhamdulillah masih dalam kondisi yang baik buat masa ni. Mak mentua awal-awal dah bagi dress cantik...siap soh Mummy test. Teringin nak tgk menantunya yang comel ni pakai. InsyaAllah raya nanti akan dirasmikan. Sebenarnya encik suami bagi lagi hadiah tapi Mummy pilih sendiri la... Apa bentuk hadiah, tak penting. Yang penting dapat celebrate sama-sama.

Bagi Mummy, glad having this beautiful loves...

p/s: Now am feeling old with beautiful 'anak dara' & upcoming little angel... :)

Friday, September 28, 2012

:: Celebrate 5th birthday cik Khaleesa...

Semalam Mummy buat surprise hantar birthday kek untuk cik Khaleesa kat tadika. Masa hantar dia masih dalam kelas. So, Mummy bagi kat teacher dia je untuk surprise. Cik Khaleesa memang tak tahu pape sebab dia ingat celebrate malam je. Dia rehat untuk lunch tiba-tiba ada kek untuk dia. Teacher dia cite, cik Khaleesa terkejut la kejap.he he he... 

Kek coklat oreo ngan strawberry... order khas untuk cik Khaleesa. Kawan Mummy ckp 'besarnya kek!' tapi sebenarnya kek ni 1kg stgh. Nasib baik cukup.

Cik Khaleesa ngan uniform...tudung ntah ke mana dia letak.

Cik khaleesa ngan kawan kawan sekelas dia. Boy yang kat sebelah dia tu memang selalu kacau cik Khaleesa.

Petang amik cik Khaleesa kat sekolah, dia tros update "malam ni mami & ayah nak bawak khaleesa jalan mana?". Wah! dia ingat ok janji kami. Tapi letak syarat, kalo nak jalan-jalan...khaleesa kena cakap ngan dadi dulu. Kebetulan ex hub Mummy nak call cik Khaleesa. Memang terpaksa la Mummy meletakkan syarat. Taknak dia lupa dadi dia. Hope, en ex rajin-rajin kan diri selalu contact cik Khaleesa. Ada masa sila la jumpa dia.

Celebrate sekali lagi kat DIVA... We just bought a slices cake from secret recipe. Durian cake gituh! cik Khaleesa makan sikit je, yang melantak Mummy.

Cayang anak Mummy... *sila abaikan my big muscle tuh!*

Surprise present dari Mummy & Ayah yer... jaga elok-elok tau.

Tak ingat dia layan lagu apa masa nih. Yang pasti, dia soh kiteorg yang nyanyi untuk dia. 

Apa-apa pun, Mummy happy sangat tengok cik Khaleesa happy. Mummy hanya bagi apa yang termampu je. Mana yang terkurang, Mummy akan cuba tambah lagi untuk cik Khaleesa. Mummy berdoa agar cik Khaleesa jadi anak yang solehah. Patuh pada Allah, keluarga... Jadi insan yang berguna. AMIN!

p/s: Thanx to teacher Nadia yang wassap semua gambar celebrate kat tadika. Juga a big THANK YOU pada kawan-kawan yang wish kat fb & blog.

Thursday, September 27, 2012

:: Cik Khaleesa baru 5 tahun...


Happy Birthday to my little cik Khaleesa... Officially you turned 5 darling. Tahun depan dah nak sekolah kan sayang. Mesti Mummy akan rindu keletah awak masa kecik. Owh! Am craving a baby now.he he he... Tapi awak tetap baby Mummy selamanya. Mummy marah ke mengamuk ke menangis ke....awak tetap datang 'cayang-cayang' Mummy. Alamak, airmata dah nak bergenang... Bila diingat balik, banyak btol susah senang kita bersama kan sayang. Nasib baik 'keluarkan' awak sangat mudah. he he he... Ikutkan hati ni, Mummy nak wish masa tu berlalu dengan lambat. Mummy belum sedia nak tengok awak besar. Bukan terasa tua, cuma Mummy nak selalu awak ada depan mata. Pernah gak encik abang tanya something perihal cik Khaleesa bila dia besar nanti & Mummy tak tahu nak jawab... Yang mampu Mummy jawab "Kalau dia berfikir susah senang saya jaga dia selama ni, tak mungkin dia akan buat camtu. Tapi andaikata itu pilihan dia, saya redha & tetap akan kecik hati". Sincerely it came from my heart...owh! ouch! 

Last year, nasib baik la  Cik Khaleesa 4 tahun sempat celebrate ngan dadi dia. Tahun ni celebrate ngan Mummy & ayah je ye... Mcm biasa Mummy akan hantar kek ke tadika cik Khaleesa. Lagi best celebrate ngan kawan-kawan kan. Mesti bingit dieorang nyanyi lagu 'Happy Birthday To You' kan. ha ha ha...

Sorry sayang, Mummy tak mampu nak bagi Ipad ke Tab ke hapa... ala, kalo mampu pun memang Mummy takkan bagi ye. Belum masa lagi awak nak explore sume tu sayang. Apa yang Mummy & ayah bagi cukup la untuk awak memanfaatkan dalam usia camni. Just enjoy your time & don't waste it to 'rubbish' things sayang. Owh! Mummy cik Khaleesa sangat oldish..hu hu hu...

Owh! I will miss the journey of your life sayang... sob! sob! sob!

Goodies untuk kawan-kawan cik Khaleesa kat tadika... Pening kepala Mummy, sambil bungkus dia dok makan gula-gula.he he he... bukan apa, takut tak cukup.

Terima kasih Ibu bagi hadiah...

p/s: 27/9/2012 at 10.04am... belum bagi hadiah lagi & Mummy half day sebab nak surprise kek utk cik Khaleesa.

Tuesday, September 25, 2012

:: Happy Birthday Fatin & Afdal...


Ok, dah besar anak-anak sedara kesayangan Mummy nih. Walaupun selalu tak dengar cakap (sama la ngan cik Khaleesa), Mummy tetap sayang yer.he he he...


Jangan nakal-nakal yer... Belajar pandai-pandai. Dengar cakap ayah & ibu tau.

p/s: Hadiah nanti Mummy bagi yer...

Monday, July 16, 2012

:: 31

Agak terlambat nak update pasal nak bertambah umur nih... 
Alhamdulillah, bersyukur sangat Mummy masih diberi peluang bernafas dibumi Allah ni. Walaupun dah 2 3 hari keadaan kesihatan agak merundum, sekurangnya Mummy masih gagah hadapi. (ayat novel la plak!)
Yep! 12 July Mummy genap sudah 31 tahun... tiada rahsia pada umur walaupun dalam hati ni "alamak! dah tua". he he he... Apa la ada pada umur kalo ajal tu sendiri tak dapat mengenal umur. 

Awalnya Mummy agak stress bila fikir umur yang semakin bertambah ni. Banyak perkara yang Mummy berjaya harungi & banyak juga yang Mummy gagal. Mana yang berjaya tu, kena tingkatkan lagi. Jangan selalu mendabik dada bermegah diri. Mana yang gagal, perlu perbaiki jadi lebih baik. Dah takyah nak pandang belakang lagi walaupun kadang-kadang terpandang. Tak sengaja ok. Biasala, kita manusia biasa memang tak lari dari kesilapan. Haish!! makin tua makin banyak la membebel. huahuahua...


Terima kasih pada semua orang-orang tersayang yang sentiasa ada di sisi Mummy bagi support. Really appreciated!


Sayang, Thanks for the presents... I love the way you wrapping it, I love the way you wrote to me, I love the way you appreciated me, I love the way you love me as who i am...


Happy Birthday to Me!

Saturday, October 1, 2011

:: On Her Day...


Tahun lepas, celebrate 3rd birthday Khaleesa kat taska. Masa ni en Suami xde, so Mummy x apply cuti. Juz beli kek kat lavender. Suka btol die dpt tiup lilin. Kwn2 die excited sama.heheee...


Celebrate 4th birthday dia kat chicken rice shop...pun happy sesangat. Janji ada lilin.heheee...
*alamak! kantoi spare tyre Mummy...huhuuu

Monday, July 18, 2011

:: 12-07-2011

Secara rasminye Mummy sudah 'sweet' 30... terasa diri lebih berharga sbb dah masuk 3 series.heheee...


Birthday kek dr opismate...celebrate in advance...cheese cake sedap!

Hadiah dari en Suami...kalo org lain dapat iPad, coach...en Suami bagi jam tangan sbb jam tangan lama Mummy sudah berusia 7 tahun.

Harapan utk diri sendiri: Semoga sentiasa hidup berbahagia & diberkati oleh Allah dunia akhirat. Bersabar & lebih tabah dalam mengharungi dugaan hidup.

Thursday, February 18, 2010

Invitation Bufday Boy


Birthday invitation nih Mummy dapat last week tap tertggl kat dlm laci opis, so xdpt la nak update...ntah pape... Sebulan la gak si Mummy Awwal Azzudin dok pk tema majlis...yg jadi mangsa kami kat opis ni hah...hihi...
Majlis ni 20 Februari 2010. Maybe Mummy dtg ngan Khaleesa je kot sbb hubby keje. Nant Mummy akan update cite Bufday Party Awwal ni k...

Present Awwal...hihi...ntah pape kan...?!