Layan iklan

Showing posts with label awak. Show all posts
Showing posts with label awak. Show all posts

Friday, July 19, 2013

:: R.I.N.D.U

10 Ramadhan 1434H

Rindunya nak berblog tapi kengkangan masa amat mencemburui Mummy. So banyak kerja sampai tak tahu nak mula dari mana. Hari-hari stress...bayangkan la, nak cuti @ MC fikir banyak kali. Terlepas sehari bermaksud bertambah bebanan kerja. Nak cuti pun kena plan betul-betul sebab kalau boleh taknak bebankan opismate.hu hu hu... 

Bulan May adalah bulan stress untuk Mummy. Awal bulan May, Encik Suami dah set untuk buang tonsil & sinus. Sakit pinggang gak 2 malam tido hospital. Nasib baik cik khaleesa dok ngan mak mentua. Dugaan jaga orang sakit ni especially bab makan.he he hee... Sian encik suami, dekat 3 minggu la gak makan makanan lembut je. Alhamdulillah, masa birthday encik suami... dia dapat makan ice cream cake baskin robin. Syukur encik suami dapat sihat sepenuhnya.

Yeay! Ni la birthday boy yang happy sebab dapat beli hadiah sendiri.he he he...

Sempena cuti sekolah, encik suami memang dah janji ngan cik khaleesa nak bawak dia jalan-jalan. Trip kali ni kami bawak dia ke Sunway Lagoon then naik ke Kedah join trip geng memancing encik suami. Unexpected trip kami adalah Penang... penat nak drive balik & encik suami demam la plak kan. Yang pasti memang enjoy la. Paling seronok cik khaleesa sebab dapat jalan-jalan & tido hotel (katanya). he he hee... 

Cik khaleesa yang semakin montel... masih lagi puasa penuh dengan alasan "nak duit raya". Taat setia bangun sahur...proud of u sayang!

Trip Kedah & Penang... Sila abaikan Mummy yang semakin comel tu.hik hik hik...

Banyak nak cite tapi nanti Mummy susun dulu ye. La ni baru ada mood nak update blog gitu tapi tak tahu la sampai bila mood ni bertahan. 

Monday, May 20, 2013

:: Happy Birthday Sayang...

Update hari ni terpaksa curi-curi masa... seriusly Mummy tersangat sibuk. Nak tengok blog sendiri pun tak sempat.hu hu hu... InsyaAllah bila semua dah settle down, Mummy akan aktif semula...he he he...

"Entry ni khas untuk Encik Suami.... Happy Birthday sayang...
Sian awak tak x dapat makan sebarang...takpe, nanti dah sehat saya belanja makan ye.he he hee...
Nothing much to say sayang.... I Love You & glad having u came in my life... Hope sayang appreciate the presents! "




Thursday, March 28, 2013

:: Dating...

Bukan selalu kan dapat peluang honeymoon... Mak mentua cam tau2 jek soh honeymoon. Tq mak abah bagi peluang ni. Ala, honeymoon dalam rumah jek.he he hee... Cik khaleesa takde, baru la dapat keluar malam dengan aman. Bukan apa, cik khaleesa suka tido dalam kereta so bila sampai destinasi konpem makcik kecik tu meragam bila kejut.hu hu hu... Lagipun kalau bukan cuti sekolah, kami memang jarang keluar melainkan ada hal penting. Sian kat cik khaleesa yang penat & kena bangun awal pagi.

Peluang yang ada ni, kami dapatla dating cam dulu-dulu. Dress up pun ala-ala cam couple gitu. Dinner kat luar main suap-suap (tipu!)...ahahahaa... sempat jalan-jalan kat Bazar Karat. Tengok midnite...paling best Mummy tido lena dalam wayang. Penat kot...

Yeay! dating dimalam hari...bangun pagi lemau gila...tapi takpe, kan de multivitamin.he he hee...


Rindu kat cik khaleesa yang juga sedang honeymoon ngan atuk neneknya...

Tuesday, March 12, 2013

:: 12.03.13


Alhamdulillah, already 2 months being his wifey...tapi bukan itu yang Mummy nak cerita ye.he he hee...
12.03.2013, a year am being his girl. Takde makna nak celebrate tapi kami tetap ingat that day. Sepatutnye kami nak nikah on this date tapi dah tak sabar sangat kan. So terpaksa diawalkan... Kami masih lagi dalam mood sweet-sweet manja gitu. Kalau gaduh-gaduh manja pun buat tak tau je... Tipu la kalau takde tarik-tarik muka merajuk kan.hua hua hua...
Setahun yang lepas, encik suami proposed Mummy officially jadi girl dia. Macam klaka sebab sebelum tu dah selalu keluar dating tiba-tiba dia official proposed. 

Dapat idea dari sis in law buat video ni... banyak lag kena improve. Thanks ye sis Yana...he he hee...

Friday, March 1, 2013

:: Pertama...

Pertama?? Hehehee... saja je nak bagitau 'hadiah' pertama Mummy pada encik suami "after we're legally married" (ayat feveret kami). Encik suami dah bagi 3 hadiah, Mummy baru bagi 1? Untuk encik suami, buat masa ni, itu je yang termampu yer...ni skang nak kumpul bajet untuk birthday encik suami. InsyaAllah sempat...


* Encik suami pilih sendiri...kalau Mummy memandai, takut dia tak berkenan plak.he he hee... 

Thursday, February 21, 2013

:: Knowing him...

Tak tahu mana nak mula... Mummy pernah janji nak cerita kan macam mana kenal encik suami kan. Risau bila cerita nanti akan ada salah faham. he he hee... Pertama kali jumpa encik suami 26 Oct 2010 & am still a wifey to my ex-hub. Masa tu Mummy schedule interview untuk encik suami as M&E site engineer. Tengok resume 'ensem'..ha ha haa... Sekali jumpa, agak berlagak la muka. Senyum pun taknak tapi masa tu Mummy takleh la nak menggatal kan. Nama pun isteri orang kan (ye! saya isteri yang sangat setia).  Kat situ la pucuk pangkal bermula kenal dia tapi dia tak ingat kita pun. huh! Sepanjang 2 tahun dia kat site (before my divorce), rasanya 2 kali je jumpa. Masa interview & serah laptop. Dia cakap de gak nampak Mummy masa berbuka puasa treat tapi mana la Mummy nak perasan. Lagipun masa tu bukan single & Mummy kena jaga batasan sebagai seorang isteri.

2012... 2-3 minggu sebelum Mummy menunaikan umrah, Mummy jumpa dia untuk kali ke-3. Dia datang office sebab nak hantar kunci kereta site. Agak pelik sebab dia tak serajin tu & biasa orang lain hantar. Walaupun dah officially single, Mummy tak pernah rasa apa-apa pun masa tu sebab semuanya kerana kerja kan. Lagipun Mummy takde target nak cari pengganti. 2-3 hari pastu officemate Mummy cakap ada orang suruh add FB.ha ha haa... Takkan nak terus add kan. Kenala jual mahal sikit. Akhirnya, Mummy add gak tapi tak pernah komen & text dia pun. Tiba-tiba dengar dia jatuh motor...akhirnya Mummy text dia kat wall. Berani tak saya?? Owh! takde niat apa-apa pun memang ikhlas nak tanye condition dia. Masa tu Mummy ingat dia ada gf, so taknak la kacau sangat. Sedar diri ok, takkan orang bujang nak pandang Miss J cam Mummy kan (jangan marah ye sayang! ampun...he he he)

1st sms dari dia 14 Feb 2012, sehari sebelum Mummy berangkat ke Madinah. Unexpected dia text & wishie Mummy. Starting on that date, kiteorang memang keep on messaging (tapi skang dah kurang...he he he). Even Mummy kat kota Mekah & Madinah, kami active chatting (masa tu total charge roaming rm2k!!!). Dia bukan 'sweet talker' tapi dia mampu buat Mummy ketawa. Tapi Mummy masih anggap dia kawan. Masa umrah tu memang Mummy doa sangat semoga Allah bagi jodoh yang terbaik sekiranya jodoh tu masih ada. Umrah 2005, Mummy tak dapat nak daki Jabbal Rahmah... Tapi umrah 2012, Mummy bawa cik khaleesa daki Jabbal Rahmah mohon Allah bagi jodoh yang terbaik supaya boleh jaga kami berdua.

Seminggu lepas balik umrah, kami jumpa. 1st date for us la walaupun tak declare apa-apa. 1st met, cik khaleesa dah mesra dengan dia. Banyak persoalan yang Mummy tanya dan dia memberi jawapan yang mampu meyakinkan Mummy. Soalan apa biarlah rahsia...takkan semua nak cerita kan. he he hee... Sebenarnya bukan senang nak sorok relationship kiteorang. Memang tak pernah cerita kat kawan-kawan & family. We kept it secret until am ready... Bayang kan la kalau encik suami datang meeting, terpaksa buat-buat tak kenal. Hampir setahun ok tapi kami berjaya! Sepanjang berkawan & bercinta (cewah!) tak banyak sangat dugaan cuma kadang-kadang perangai Mummy yang agak paranoid sikit. Dia kena faham because of my bad experience. Dia banyak mengubah Mummy... Satu sudut yang Mummy respect & love him so much sampai sekarang adalah 'MATANG'. 

13 Julai 2012, a day after my birthday...encik suami officially proposed Mummy as his wife. Laut danga bay sebagai saksi. Wah! ha ha ha... And of course i say "YES!". Am very confident that he can be the best guidance to us. Terharu tak?? Tapi takdela sampai melutut & sarung cincin...encik suami bagi loket jed. Apa-apa pun dia ada cara tersendiri nak lamar Mummy. After that we moved to other step to met our family. Minggu pertama raya, jumpa bakal mentua minta restu...Alhamdulillah everything goes well...senang hati tengok penerimaan family dia pada Mummy. Family Mummy ok je walaupun mulanya emak kurang yakin.he he hee...maklum la orang bujang nak kahwin Miss J. Memang kena bersedia dari segi fizikal & mental terhadap perspektif orang ramai. Minggu kedua raya, family dia datang membawa hajat. Really a small event...awalan hanya majlis merisik tapi finally we declared that "engaged" terus.

3 bulan jadi tunangan orang kali ni takde banyak dugaan sangat. Segala masalah kami setel cara baik (kan kan kan sayang...he he hee). Urusan majlis pun banyak kami setel sendiri. Ingat nak buat ringkas-ringkas je tapi dapat request melampau-lampau lak dari adik-adik & kawan-kawan. Syukur, doa terbaik sentiasa mengiringi kami. Masuk Disember barula kami berani mengumumkan hubungan kat kawan-kawan. Ramai yang terperanjat...ha ha haa... biasala, bila dah tau memang hari-hari la kena ejek. huh! 

Memilih Januari sebagai hari bersejarah untuk kami banyak sebabnya... Maklum la, dah ada anak sekolah...so kena setel urusan persekolahan dia dulu. Lagipun Januari 2013 permulaan yang baik untuk mulakan kehidupan & azam yang baru.

* Sayang, am really glad having you as my friend, soulmate, imam... seriously, am damn 'sayang' awak seadanya because of YOU. Also thanks being my follower kat blog ni...kalau ada silap, rumah cerita ya. he he hee...

Our 1st date... kat kolam memancing tuh! he he hee...

Thursday, February 14, 2013

:: Thanks sayang...

Dah lama Mummy nak update entri ni tapi takde masa yang sesuai. Banyak kerja...update mana sempat je. Entri ni khas untuk Encik suami yang tersayang (gila! sapa yang tak sayang suami kan kan kan). ha ahaa...
Tak pernah terfikir Mummy dapat hadiah kahwin dari Encik suami. Kat kepala ni set hadiah anniversary & birthday jek.he he hee... Sebenarnya takde hadiah pun Mummy tak kisah. Simpan duit, mana tau kot-kot nak guna akan datang kan. 

InsyaAllah Mummy akan jaga 'hadiah' tu sebaik-baiknya.he he heee... Takut nak renyah-renyah sangat ngan hadiah Encik suami tu. Betul-betul "handle with care" gituh.


Hah! tu dia hadiah kahwin...sport rim baru! he he heee... wajib la kena jaga betul-betul kan. Seboleh-bolehnya taknak langgar lubang. 
Perfume tu dapat last week...saja shopping groceries. Alasan bagi perfume sebab Mummy takde perfume (tapi Mummy tetap wangi).ha ha haa... Kata promoter perfume ni for MEN tapi bau ladies. Wangi & sangat melekat ngan kulit. Biasa NINE WEST de kasut & handbags. Kira perfume ni new fragance by NINE WEST.

* Terima kasih sangat kat Encik suami sayang... Sayang, awak tak bagi semua tu pun, saya tetap sayang awak seadanya. Tak pernah berubah pun...

Thursday, January 17, 2013

:: I'm not single... Mummy

Agak gedik la juga tajuk entri Mummy kan. he he he... masih dalam mood honeymoon tapi menikmatinya di dalam office. Wah! yer... "saya tau, saya pekerja yang sangat berdedikasi". ahaks! Takde yang special pun cuma rutin sudah berubah la sikit. Ala...sikit sangat berubahnya. Badan memang letih sangat-sangat, mengemas tak habis-habis. Sejak cik Khaleesa dah masuk pra-sekolah, memang hari-hari la Mummy kena membasuh. Seawal 6 pagi Mummy dah celik mata & siapkan cik Khaleesa. Nasib baik la sekolah sangat dekat ngan rumah Mummy. Balik hantar dia, sempat singgah beli sarapan & golek-golek depan tv sebelum pergi kerja. Alhamdulillah, banyak juga la urusan rumah yang Mummy dapat settle awal. Malam macam biasa la, jenguk-jenguk homework cik Khaleesa. Hampir seminggu jadi isteri, baru sekali Mummy masak tupun depend on request. Encik suami diet! heheheheee... maklumla, kami ada satu lagi majlis.

Cik Khaleesa pun sekarang dah dapat personal bilik. Semua yang dia request, Mummy dah tunaikan. So far dia happy & selesa. Agak kurang meragam tapi manjanya terlebih sudah. Cuma kena belikan dia almari extra. Maklum la, anak dara Mummy tu agak particular sikit. he he heee...

Encik suami pun banyak gak operasi rumah. Macam-macam kena buat katanya. Habis satu rumah dia operasikan. InsyaAllah lepas majlis rumah dia, kami sambung lagi. Tombol pintu, kepala paip dah siap ganti. Aircond dah siap pasang... Mesin basuh buruk Mummy dia dah betulkan. *phew!*... Sekarang nipun, encik suami dah tak payah tunggu email invitation meeting. Balik rumah @ call je isteri dia ni tanye "sayang, esok de meeting tak?". Ok, tiba-tiba teringat Mummy pernah nak update cerita perkenalan kami. Nanti k...kena refresh balik. heheheheee...

Kunci rumah dah bertambah skang... key chain pun dah kena tukar. Kata encik suami, key chain lama buruk & tak mantap. Semua dia buatkan...ha ha haaa...

Mummy?? Senang hati sangat pun tidakla tapi Mummy bahagia. Lepas sah jadi suami isteri, Mummy rasa lega sangat. Masih tak percaya, dalam setahun perkenalan kami, ianya berakhir dengan sempurna. Banyak perkara yang dipermudahkan. Pengalaman memang betul-betul mengajar Mummy lebih matang dalam menjaga perhubungan. cewah!!!

Bukti Mummy bahagia... cool blog oreo ni Mummy tambah milo. he he heee... 

Layan sikit gambar kahwin Mummy... pun dari camera kawan Mummy...
Inilah mak mentua kesayangan... berborak ngan dia asyik gelak je.he he heee...

Ipar duai yang super sempoi...he he he...

Ok, nampak GEMUKS!

Sekian...

Monday, January 14, 2013

:: 12+1=13 (part II)

Mood: sedang bekerja...

Yup! Sungguh rajin Mummy bekerja sehari lepas bernikah.he he hee...simpan cuti nak gi honeymoon la katakan. Cik Khaleesa pun dah selamat ke sekolah hari ni. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Terima kasih pada kawan-kawan yang datang & buat toll untuk Encik Suami. Sian kena tahan kat tengah-tengah panas. 
Orang yang paling happy of course la cik Khaleesa. Too much excited expression.hehehee... seperti sedia maklum, cik Khaleesa memang sangat rapat ngan Encik Suami. So, pada Mummy dah takde masalah nak built up hubungan dieorang. Encik Suami pun pandai menyesuaikan diri ngan adik beradik ipar duai Mummy sebab masing-masing share hobi yang sama.huhuhuuu...
Agak lama la juga tak keluar shopping groceries ngan orang yang bernama "suami", so agak janggal la gak. Terasa janggal...hehehee... bukan tak pernah keluar dating shopping sama-sama cuma kali de aura skit. Nak bayar makanan pun dah de orang tanye "awak ada duit tak?". serius speechless...
Di kesempatan ni, Mummy nak share gambar kahwin... Nipun kawan-kawan yang email gambar. Mummy memang tak sempat nak soh orang snap. So harapkan dari camera orang lain. Nak tunggu dari photographer, kena tunggu lagi sebulan. Lega sikit bahu sebab majlis belah Mummy dah settle. Next week nak kena concentrate majlis lelaki plak... *fitting again!*


 Nice pelamin by Izan Yacob Bridal House
Mummy tak menetapkan apa-apa tema tapi ramai yang cakap ala-ala garden wedding. So far, Mummy sangat puas hati ngan abang Izan sebab menepati kehendak Mummy "Simple & Cantik".

Cik Khaleesa monyok sebab ayah dia kena tahan ngan toll kat depan.he he heee...

Nice capture by kawan Mummy...

So, tunggu next entry Mummy update outdoor photoshoot & majlis bertandang.

* Thanks so much pada adik ipar Lina Sahar & kawan blogger Joe Johana sebab buat special entry untuk Mummy....

Friday, October 19, 2012

:: Genap setahun...

19/10/2012... Genap setahun Mummy menyinglekan diri(btol ke ayat??) & masih bersendirian tap "not available". he he he... Mummy ckp gak kat adik-adik ritu, "next week setahun la aku jadi janda". Adik-adik leh jawab "bestu ko nak celebrate ke?". ha ha ha... tak senonoh ok adik-adikku ini.

Alhamdulillah sepanjang hidup sendirian ni, takde la banyak dugaan yang melanda diri ini. cewah!! Belum ada perempuan yang bergelar isteri orang dok nak serang-serang Mummy sebab ayah dah pesan "jangan cari suami orang". Lagipun Mummy faham macam mana rasanya. Walau canepun, masih ada gak gangguan yang pada Mummy tak rasional langsung.

Terus terang Mummy katakan, after divorce Mummy agak lost la gak. Bukan sebab takde orang lelaki kat sebelah cuma tak tahu kat mana nak start dulu. 2 minggu la gak Mummy blur...datang kerja tapi tak buat kerja. Depan family & kawan-kawan, Mummy paksa senyum sampai ke telinga. Saja taknak bagi dieorang risau. Orang takkan faham selagi tak rasa apa yang Mummy rasa. Sakit tu hanya Allah yang tahu. Masa tu terlalu fikir pandangan masyarakat pada Mummy. Serius stress ok. Badan susut mendadak walaupun tak pernah miss makan. Sampai skang, masih ada lagi yang tak tahu Mummy ni single. Ada gak yang tanye "mana suami ko?". Malas nak panjang cite, Mummy juz jawab "Kerja KL skang. Jarang balik". Bukan taknak ngaku, malas nak bercerita sebab penyebab yang panjang lebar. Dan yang paling menyakitkan hati, ada gak yang tahu status Mummy tapi masih bertanya "Suami tak ikut?". Itu dengki namanya.he he he... Takpe la, mende dah lepas pun kan... Buat apa nak dikenang-kenang.hik hik hik...

Lepas sebulan, Mummy semakin ok & tenang. Tak pernah ada niat nak cari pengganti sebab serik. Pada Mummy biarlah jodoh tu datang sendiri. Bukan senang nak cari pengganti ni. Mummy nak biarlah jodoh tu terima anak Mummy seadanya sebelum terima Mummy. Mummy akui, seronok sangat hidup sendiri...ada anak kat sisi yang sentiasa menggembirakan hati Mummy. Cuma kalo datang manjanya, menyampah la gak.he he he... Tapi bila datang sakit pening, masa tu memang fikir "bestnya kalo ada suami". (Dah jumpa pun calon yang sesuai & doakan kami kekal dunia akhirat.)

Hidup lagi bertambah tenang lepas balik umrah. Alhamdulillah rezeki tu sentiasa ada utk Mummy & khaleesa. Bersyukur sangat adanya family yang sentiasa bagi sokongan. Mereka adalah tulang belakang Mummy. Tak pernah rasa menyesal dengan apa yang terjadi kerana Mummy yakin Allah sudah ada 'plan' utk kita. Mummy juga tak pernah rasa berpisah adalah keputusan yang terbaik tapi Mummy dah puas berusaha utk memperbetulkan keadaan cuma belum ada keizinan dariNya. So, Mummy redha kalo itu yang tertulis utk takdir Mummy. 

Terima kasih juga untuk 'awak' & family yang terima saya & khaleesa seadanya. Really appreciated! I love your wonderful family very much... Honestly, It's a new experience to me. Thanks being my good buddy, boyfie, fiancee & best 'ayah' for khaleesa. Love You sincerely! (next time leh cite cane kami berkenalan ye...)

Mummy mohon pada Allah semoga sentiasa permudahkan hidup ini supaya lebih sempurna. Berikan Mummy imam terbaik supaya dapat membimbing keluarga hingga ke Jannah bersama-sama.
AMIN!

p/s: Jarang betul Mummy update entry without picture.hu hu hu...

Thursday, August 2, 2012

Monday, July 30, 2012

:: Lagu #23 ~ I Won't Give Up

This song Mummy dedicated to En. Depp.
Usually we sent a songs via PM.... but today, i'm dedicated it via my blog.
The lyrics explained everything... 

I Won't Give Up by Jason Mraz



When I look into your eyes
It's like watching the night sky
Or a beautiful sunrise
There's so much they hold
And just like them old stars
I see that you've come so far
To be right where you are
How old is your soul?

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

And when you're needing your space
To do some navigating
I'll be here patiently waiting
To see what you find

'Cause even the stars they burn
Some even fall to the earth
We've got a lot to learn
God knows we're worth it
No, I won't give up

I don't wanna be someone who walks away so easily
I'm here to stay and make the difference that I can make
Our differences they do a lot to teach us how to use
The tools and gifts we got yeah, we got a lot at stake
And in the end, you're still my friend at least we did intend
For us to work we didn't break, we didn't burn
We had to learn how to bend without the world caving in
I had to learn what I've got, and what I'm not
And who I am

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up
Still looking up.

I won't give up on us (no I'm not giving up)
God knows I'm tough enough (I am tough, I am loved)
We've got a lot to learn (we're alive, we are loved)
God knows we're worth it (and we're worth it)

I won't give up on us
Even if the skies get rough
I'm giving you all my love
I'm still looking up

Thursday, July 5, 2012

Tuesday, June 5, 2012

:: Cuti Sekolah...

Assalamualaikum...
Agak lama la juga Mummy tak update blog. Hari ni baru berkesempatan jenguk-jenguk jengah kawan-kawan blogger. Biasa la nama pun cuti sekolah kan. Walaupun cik Khaleesa tu baru tadika, Mummy dah kena stat practice jalan-jalan dicuti sekolah. Walaupun short trip, yang penting makcik kecik tu happy. Bukan jauh mana pun janji dapat hilangkan stress kerja. Apply cuti 2 hari je tapi Mummy terpaksa extend cuti sampai seminggu sebab masalah kesihatan. Chewahh!!! Melepek jer kat rumah.


Tempat pilihan kami Melaka jer...tempat yang tak pernah jemu Mummy kunjung walaupun dah banyak 'sejarah'.hu hu hu... Melaka salah satu tempat yang paling ok untuk bercuti sebab macam-macam ada. Cuma kami tak sempat nak jenguk bandar Melaka disebabkan masa yang sangat limited. Maybe next time kami jengah bandar Melaka plak.

On the way ke Melaka... masa pergi kami sangat sihat walafiat.he he he... maklumla kan... CUTI!


Cik Khaleesa yang happy tapi susah gak menangani anak sorang yang super duper manja. Tak leh silap sikit, konpem merajuk... 


Nampak cam cool jer makcik kecik ni tapi penakut air. Main tempat cetek-cetek jer. Sebagai Mummy mithali, dok jaga beg dieorang jela. Pastu jerit-jerit panggil makan. Pastu amik gambar dieorang. he he he...

Tepat pukul 6 ptg kami keluar dari water park sebab tutup kul 6 ptg...ha ha ha... 

Actually de banyak gambar lagi tapi disebabkan kebijaksanaan Mummy dalam mentransfer, separuh gambar jadi invalid image. Mummy dah double check, mmg konpem sume ada. Tapi bila nak transfer dlm desktop, separuh jadi invalid image. Sangat frust... sangat-sangat. Kebijaksanaan Mummy semakin bertambah bila gambar dalam memory card telah didelete dengan jayanya. (Memory card tu adik punya...Mummy punya tertinggal kat office).

Okla... kami balik dulu. Next time ada waktu lapang & duit pun banyak balance...blh la jengah lagi kat sini.

Monday, May 21, 2012

:: Special~ Happy Birthday Awak...

Baru berkesempatan update...
Happy Birthday Sayang (yesterday)... Wishie awak all the best, tq for everything & may all ur bless will come true.


::LoveHugKiss::

Monday, April 30, 2012

:: Memilih Calon Suami yang Soleh



Memilih calon suami merupakan perkara terpenting dalam kehidupan seorang muslimah kerana :

i) Siapakah pemuda yang akan menjadi pasangan hidup anda?

ii) Siapakah pemuda yang akan menjadi calon ayah dari anak-anak anda?

iii) Siapakah yang akan menjadi pendamping hidup anda sama ada didunia maupun di akhirat kelak?

iv) Siapakah yang akan menjadi pengingat anda menuju ketaatan kepada Allah S.W.T yang akan membawa anda pada kesuksesan hidup baik didunia maupun di akhirat?

Oleh itu, carilah 3 perkara ini dalam memilih pasanganmu :

1) Jangan menikah kecuali anda dan keluarga redha. Jika anda redha namun keluarga anda tidak atau keluarga redha sedangkan anda tidak, maka jangan lakukan.

2) Carilah pada calon suami anda tentang agama dan akhlaknya, kemudian barulah cari hal-hal yang lain.

3) Janganlah tertipu dengan rayuan seorang pemuda, yang menjauhkan anda dari keluarga anda dan membawa anda pergi. Ketahuilah, bahwa ia adalah serigala yang ingin memangsa dan kemudian akan mencampakkan diri anda. Kerana sesungguhnya Allah S.W.T menyuruh kita untuk mendatangi rumah dari pintu-pintunya.Maka apabila ada seorang pemuda yang datang ingin
meminang wanita, maka dia haruslah datang kepada orang tua wanita tersebut, kemudian datang bersama keluarganya dengan perlakuan yang baik.



Sumber: Excel Qhalif

p/s: Serius takde mood nak buat keje ni. Kat opis ni cuma 5 orang yang keje... hu hu hu

:: Lagu #13 ~ Sejak Kau Ada

MODE: Update blog sampai muntah... Ramai yang sambung cuti rini sbb esok cuti Hari Pekerja.


Lihatlah mataku bersinar
senyumku mengembang berseri
kerna ada kau disampingku
sejak kau hadir di hidupku

tiada kata yang dapat
ku ungkapkan rasa
tiada yang tahu betapa
aku bahagia

ku petik bintangbintang dilangit untukmu
kan ku bawa kau terbang ke bulan

tiada kau tahu
betapa ku sayang kamu

sayang kamu


:: Kupilih Hatimu...

MODE menjiwang dipagi hari...

Ku pilih hatimu tak ada ku ragu
Mencintamu adalah hal yang terindah
Dalam hidupku oh sayang
Kau detak jantung hatiku

Setiap nafasku hembuskan namamu
Sumpah mati hati ingin memilihmu
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Setiap nafasku (setiap nafasku)
Hembuskan namamu (hembuskan namamu)
Sumpah mati (sumpah mati) 
Hati ingin memilihmu (ku milikmu)
Dalam hidupku oh sayang
Kau segalanya untukku ooh

Janganlah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti di saat ragaku 
lyricsalls.blogspot.com
Sudah tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati

Tolonglah jangan kau sakiti cinta ini
Sampai nanti aku tidak bernyawa lagi
Dan menutup mata ini untuk yang terakhir

Oh tolonglah jangan kau sakiti hati ini
Sampai nanti di saat nafasku 
Sudah tidak berhembus lagi
Karena sungguh cinta ini cinta sampai mati
Cinta sampai mati

Friday, April 27, 2012

:: 10 Resepi Di Dalam Hubungan Percintaan

Cinta. Semua orang pernah rasa cinta, bercinta & dicintai. Di Jumaat yang panas terik nih, Mummy terbaca 1 artikel menceritakan resepi dalam perhubungan percintaan. 

Cinta. Sebagaimana mudah untuk mendapatkannya, begitu jugalah untuk melepaskannya. Tanpa adanya tindakan untuk mengukuhkan sesebuah perhubungan itu, hubungan yang dijalin belum tentu dapat bertahan dengan lama.
Dalam sesebuah hubungan, tanpa kita sedari kadang kala kita kurang dalam memberi sebarang komitmen sehingga lah timbulnya masalah. Keutuhan sesebuah perhubungan itu dapat dipertingkatkan daripada pelbagai aspek. Cuma berbalik kepada keinginan kita sendiri samada ingin mengukuhkannya atau membiarkannya pada tahap biasa-biasa sahaja.

1. Kekuatan Berfikir

Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang ingin kamu kenali akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut. Berfikirlah tentang ciri-ciri pasangan idaman kamu, walaupun pada dasarnya kamu tidak mungkin mendapat semua ciri-ciri itu.

2. Kekuatan Untuk Menghormati

Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa sahaja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati ialah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri “apa yang aku hormati dalam diriku?”.
Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri.”apa yang aku hormati dalam diri mereka?”.

3. Kekuatan Untuk Memberi

Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri.
Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir “Apa yang dapat aku beri?” dan bukan Apa yang akan aku dapat?”.

4. Kekuatan Persahabatan

Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama–sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya.
Persahabatan adalah tanah di mana benih cinta dapat tumbuh.Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu. Melalui persahabatan jugalah kamu akan lebih mengenali peribadi masing-masing.

5. Kekuatan Dari Sentuhan

Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.

6. Kekuatan Untuk Melepaskan

Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu. Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri.
Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.
“Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku, hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku”.

7. Kekuatan Dalam Komunikasi

Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya.
Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik iaitu “Aku cinta kamu”. Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata–kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya.
Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan, dan sekarang, kenapa kamu menunggu?

8. Kekuatan Dari Komitmen

Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah-ruah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu.
Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubungan kamu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.

9. Kekuatan Semangat

Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik.
Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta.

10. Kekuatan Dari Rasa Percaya

Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang itu pasti menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan.
Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan-akan hubungan kamu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir.
Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar–benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri
“Apakah aku benar–benar mempercayainya sepenuh hati ?”
jika jawapannya adalah “tidak”, maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.
Sumber: NotaHati
P/S: Dedicated to Sayang...