Layan iklan

Sunday, May 11, 2014

:: Cuti pendek...

Pendek la sangat kan... kalau ikutkan encik suami ada trip memancing ke Kedah 1 Mei. Sekali geng yang lain nak bawak family, maka saat-saat akhir encik suami ajak sekali. Mula-mula bengang sebab sangat "last minute". Banyak kena fikir...he he hee...Pertama kena booking hotel. Trip encik suami 1 mlm je, so balance cuti dia soh fikir nak pergi mana. Dia ajak ke Langkawi tapi Mummy fikir mana cukup 1 malam kat Langkawi.he he hee...paham-paham je la ye. So Langkawi maybe next time. Then kami fikir nak pergi Padang Besar je tapi ada kawan-kawan ckp barang dah mahal skang kat sana. Lagi la kalo outsider kan, memang harga kasi pancung la. Last decision, Mummy cakap kat encik suami otw balik JB singgah Cameron. So takdelah jauh sangat nak turun balik JB dah separuh jalan kan.

Nasib baik la 1 Mei tu Khamis, so kakak ponteng sekolah ahad je la (johor kan cuti jumaat sabtu). Mummy ngan encik suami yang apply cuti. Rabu malam kami dah gerak ke Kedah. Konvoi 3 kereta. Ada gak geng yang dah awal sehari ke Kedah. Kami budget masa 12jam nak ke Kedah. So pukul 10 mlm kami dah gerak. Sebelum gerak tu sebenarnya Mummy baru sempat packing. Banyak kerja kat office so takleh nak skip bagai. Memang penat & pening nak packing. Fizikal & mental kena kuat.ha ha ahaa... Tapi biasala, kata nak gerak pukul 10 mlm tap 11 lbh gak kami gerak. Perut kena kasi isi dulu...lapo... Walaupun gerak lambat, tapi kami sampai kul 8.30pg. Nak kata bawak laju, tak juga...nak kata tak berhenti kat RnR, kami lepak lama kat RnR Sg Perak. Maybe kenderaan on the road tak banyak.

Good boy yang tido je sepanjang menuju ke Kedah. Bangun kejap sebab nak susu je laaa... Alhamdulillah, Zahin so behave.

Inila hotel yang Mummy stay. Ok la tapi food agak kureng. 

Paling tak best, sepanjang kat Kedah...Mummy demam. cian kan.hu hu huu... Nasib baik awal-awal dah standby ubat. Memang Mummy takde kemana...dok bilik, makan & jalan-jalan sekitar hotel jek. Nasib baik ada bowling.hi hi hi... enjoy ngan wife geng encik suami. Kakak tu semua memang sempoi. Riuh rendah ngan suara dieorang skali anak-anak.

Lunch 3 beranak je...ayah ketiduran dibilik. Kepenatan baru turun laut tanpa bawa hasil.kih kih kih...

Last day group pic session... ada lagi beberapa orang tapi depa tak join lepak hotel. Maklum la kampung kat Kedah.

Paling sadis, nak ke Cameron mata Mummy lak wat hal..merah padam biji mata pastu penuh ngan taik mata. Encik suami cakap bukan sakit mata, panas dalam katanya. Spoil kan.hu hu hu... Ini adalah kali pertama gi cameron.. Genting dah biasa...so perasaan agak teruja tapi....bila sampai atas agak hampa. Environment so bad... sayang tempat yang cantik jadi camtu. Rasanya paling selesa area Tanah Rata. Mummy amik hotel area Brinchang sebab dekat nak pi pasar malamnya kan. Gatal tangan nak abiskan duit. ha ha haa... Alhamdulillah setel bershopping. Kakak mcm biasa la, agak-agak tak dapat apa yg dia nak mula la tarik muka. So far ada la yang dia dapat.

Seawal pagi, lepas breakfast kami terus check out. Sebab nak enjoy around Cameron kan. Tempat pertama kami pergi ladang teh... ada kawan ckp, singgah cameron jangan lupa enjoy the tea. ha ha ha... secawan tea je rm6. Takpe, minum sambil enjoy the view. Abaikan harga...





Cuaca agak panas...so sweater bawak for nothing.

Next, kami melawat strawberry farm... Kakak paling seronok sebab dapat petik sendiri. Sempat la kami borong strawberry utk kawan-kawan. Ada yang awal-awal dah bagi duit. Makan sambil cicah coklat...sedap! 

Tengokla tangan kakak yang sama sibuk..

Berlakon je lebih...sejuk yang tak berapa sejuk. he he hee

Last pit stop on the way balik JB... Dalam kereta dah pening, so encik suami berhenti rehat kat air terjun Lata Iskandar. Anak-anak je yang enjoy, Mummy tengah pening lalat.hi hi hi...

Alhamdulillah... seronok berjalan ngan family. Tahun lepas pegi penang, zahin dalam perut Mummy... Tahun ni zahin dah 4 bulan. InsyaAllah, ada rezki lebih cuti sekolah nak jalan-jalan lagi.

To: Sis Joe Johana, thanks jenguk kita kat hotel. Kalau tak demam, kita dah ajak awak pusing Sg Petani. Nice chatting ngan awak. Sian azim boring...nanti kalau kita datang Langkawi (tolong la doakan kita sampai), kita jumpa lagi. Encik suami pun cakap tak sangka awak datang.