Layan iklan

Showing posts with label solemnization. Show all posts
Showing posts with label solemnization. Show all posts

Wednesday, September 26, 2012

:: Cincin nikah


Customade solemnization ring for my beloved is done. Syukur sangat... Alhamdulillah. InsyaAllah lagi sebulan siap la. Ingat nak gi tempah sama-sama tapi bila difikir balik, tak surprise la kan. So, Mummy tempah sorang-sorang. Dia cuma bagi cincin sample untuk ukur size. Mesti 'pakcik' tu berdebar-debar nak tengok kan kan kan... sila mengaku.hi hi hi... 

pic by google search.

Encik abang request batu bungkus sebab kuat sikit. Kalo ikat, possibility akan longgar. Kebanyakan kedai emas taknak amik tempahan kalau takde batu. Jangan ingat tempah suasa ni murah yer. Lagi la yang customade... Tak kisah la, yang penting dah setel semua.

p/s: Jangan harap la yer awak dapat tengok... sabar tau! he he he
Juz got a call that the customade ring "SUDAH SIAP" Yeay!

Monday, June 25, 2012

:: B2B #1~ Solemnization Dress...

Masih mode Monday Blues...he he he

Ok, dari last week nak buat special entry nih. Tapi tak berkesempatan sebab Mummy rushing siapkan kerja & ada training. Saja-saja nak cerita pasal nikah dress idaman.
Biasala... 1stly, kena fikir "what the design". Mana yang kreatif bolehla buat lakaran kan. Tapi kalau jenis tangan pemalas macam Mummy, tak taula jadi apa lakaran tuh.hu hu hu... Kadang-kadang kerana lakaran boleh gaduh-gaduh manja ngan pasangan. Mende remeh-temeh ni boleh menjadikan orang perempuan moody mcm datang bulan.he he he... Semua orang perempuan mengidamkan "Perfect Day on The Day". Warna pilihan Mummy TURQUOISE
Pic by Google search
Contoh lakaran baju nikah/sanding...

Kat kepala pulak, pusing-pusing verangan nak pakai dress bagai. Hado ke orang nikah pakai dress. Mana orang kampung macam Mummy, konpem kena perembat ngan Emak.hu hu hu... Tapi tak salah verangan kan kan kan.

Pic by Google search
Cantikkan... Mummy berkenan kat bunga kerawang kat kaki tu. Rasanya Umie Aida penah pakai design dress ni. Cuma part bahu dia ada alter skit. Konpem Mummy takleh pakai ni. Bayangkan nikah pakai camni.he he he

Pic by Google search
Collection by Hatta Dolmat. Cantik... Part lengan tu boleh alter.Yang lain tu dah perfect. Kat hujung lengan boleh tambah bunga tampal cam kat pinggang.


Pic by Google search
Kalau nak cut cost budget, beli je kurung moden plain ready made. Boleh add on beads sendiri. Letak la banyak mana pun. Tapi jangan ler sarat sangat. Untuk nikah je kan. Lagi satu, takyah pening kepala nak fikir design malatop. Pakai apa yang ada je. Jangan kata untuk nikah, gi kenduri kawen pun boleh ni.


Pic by Google search
Nak lagi selesa?? Pakai la jubah/ abaya ye. Lagipun dah banyak design abaya yang cantik-cantik. Harga pun takde la mahal sangat. Lebih kurang beli kain + upah. Mummy lagi selesa macam ni kot. 

Tepuk dada tanya selera sendiri. Cantik @ tak, kita sendiri yang bentukkan. Takyah fikir nak pakai international design sebab our local not bad gak. Tailor Mummy kat kampung tupun boleh buat la. Tunjuk je design pastu tiru.he he he...

p/s: Yes!We're going moving to another "STEP"