Layan iklan

Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Tuesday, January 1, 2013

:: Ada apa dengan 2012...

Walaupun sibuk tapi masih dapat mencuri masa untuk update serba ringkas sebelum tirai 2012 ditutup. Masih sempat gak Mummy merenung wishlist 2012... tak boleh blah tengok wishlist tersebut.he he hee... Ada yang tercapai, belum tercapai dan terlebih capai.

Sila la refresh WISHLIST 2012 Mummy. tergelak la gak bacanya tapi Alhamdulillah ada yang tercapai. Cuma yang agak mengarut tu memang konpem la tak tercapai kan. Tapi paling Mummy tak jangka, dapat bertemu jodoh yang dikira agak awal la juga. Alhamdulillah, doa Mummy dipermudahkan segala urusan masa menunaikan umrah bulan February ritu di  perkenan Allah. Memang tak pernah minta dipertemukan jodoh awal, tapi Allah dah susun perjalanan hidup Mummy dengan sempurna. Bersyukur sangat-sangat masih ada yang sudi terima diri Mummy seadanya dan dapat bertahan hingga ke tahap ni. Sapa sangka kan. ha ha haa...

Alhamdulillah... Mummy dapat mengharungi 2012 dengan sebaiknya. Terlalu banyak pengajaran & pengalaman hidup. Mak cakap, "tak rasa tak tahu". Dalam pahit-pahit tu ada la gak manisnya...mula-mula manis-manis kelat je tapi skang dah manis-manis belaka. poyo! Paling manis rasanya bila dapat tengok cik Khaleesa membesar depan mata. Dapat tengok dia masuk sekolah... Kembang kempis dada ni tengok dia excited nak pergi sekolah. Tapi 1 jela yang tak tahan, kuat merengek! Kecik besar je tengok dia...ha ha haaa...



Officially... cinta hati Mummy. Oppss! pipi kembang setaman, tapi tu gambar lama daa... (alasan!)

2013! Nice meeting you...

* A few days to go...

Wednesday, November 28, 2012

:: Sepi tanpa khabar berita...

As salamualaikum.........
Genap la 20 hari Mummy menyepikan diri tanpa khabar berita di blog ni. Last entry pun sekadar pengumuman pertunangan Mummy yang sangat sempoi tuh. Tapi tapi.... kat twitter sangat aktif ye.he he he... FB lak stakat jenguk-jenguk jek. Nak kata busy sangat, tak juga... sempat jek main game (oppss! pecah rahsia). Cuma mood agak kelaut nak update. Kalau ikutkan dalam kepala ni memang banyak nak update tapi MALAS. Camne la nak kikis penyakit MALAS nih. Maybe sekarang tengah mood persiapan kawen kot. So far persiapan dah setel... Tinggal nak agih2 kan kad saja. Hantaran semua dah siap hias cuma nak kena touch up sikit la. Dulang hantaran 5 balas 7 je. Tupun letak yang betul-betul nak guna. Kami taknak membazir sangat. Anak nak sekolah tahun depan kan... Sian Encik Tunang, rasmi je jadi suami terus dapat instant anak. Senang cite buy 1 FREE 1.ha ha ha... Jangan marah yer Encik Tunang.

InsyaAllah tak lama lagi Mummy akan jadi isteri orang untuk kali ke-2. Bila fikir balik, perkahwinan ni satu perjudian & bukan kepastian. Macam pokok la.... baik kita jaga maka subur la jadinya & dapat la hasilnya. Doakan Mummy supaya dapat jalankan tanggungjawab yang tak berapa nak baru ni agar lebih sempurna. Setahun la gak Mummy mengenali Encik Tunang & Mummy selesa dengan dia. Takpe, lepas ijabkabul Mummy akan cerita pasal dia....

Persediaan kawen?? Bridal dah konpem.... lagi 2 minggu majlis baru gi fitting. Risau sebab badan makin naik.hua hua hua... makin diet makin naik. Senang hati sangat kot. Majlis Mummy ringkas tapi biarlah sempurna. Berdebar nak submit form nikah untuk kali ke 2. Maklumla, johor ni strict skit. Kena interview dulu baru dapat signature kadi. Tergelak gak bila membayangkan diri ni dok atas pelamin lagi. Tapi the best moment bersanding ngan cik Khaleesa...ha ha ha... 

Alhamdulillah, Ain Khaleesa akan menjejakkan kaki ke pra-sekolah tahun depan. Excited sungguh dia nak masuk sekolah....the real sekolah tuh! Mummy lak yang risau nih. Anak makin besar maka makin besar tanggungjawab kami. Buat masa ni cik Khaleesa on off dok kampung. Lagi la parents Mummy dah balik haji, dia dah tak boring sangat. Sementara cuti sekolah ni Mummy biar dia enjoy the holiday. Lagipun cousins dia ramai... memang enjoy la dia kat kampung. Tapi dia tetap tak lupa Mummy ni. Kadang-kadang dia call Mummy. Kalo tak apa guna Mummy bagi phone kan... 

* Untuk kawan-kawan blogger yang berkeinginan jemputan dari Mummy sila la tinggalkan alamat kat ruang komen. InsyaAllah kad akan dipos...tak dapat datang takpe janji dapat kad jemputan Mummy.

* Sapa-sapa yang ada twitter acc leh la follow Mummy kat @hazelrazali

Friday, October 19, 2012

:: Genap setahun...

19/10/2012... Genap setahun Mummy menyinglekan diri(btol ke ayat??) & masih bersendirian tap "not available". he he he... Mummy ckp gak kat adik-adik ritu, "next week setahun la aku jadi janda". Adik-adik leh jawab "bestu ko nak celebrate ke?". ha ha ha... tak senonoh ok adik-adikku ini.

Alhamdulillah sepanjang hidup sendirian ni, takde la banyak dugaan yang melanda diri ini. cewah!! Belum ada perempuan yang bergelar isteri orang dok nak serang-serang Mummy sebab ayah dah pesan "jangan cari suami orang". Lagipun Mummy faham macam mana rasanya. Walau canepun, masih ada gak gangguan yang pada Mummy tak rasional langsung.

Terus terang Mummy katakan, after divorce Mummy agak lost la gak. Bukan sebab takde orang lelaki kat sebelah cuma tak tahu kat mana nak start dulu. 2 minggu la gak Mummy blur...datang kerja tapi tak buat kerja. Depan family & kawan-kawan, Mummy paksa senyum sampai ke telinga. Saja taknak bagi dieorang risau. Orang takkan faham selagi tak rasa apa yang Mummy rasa. Sakit tu hanya Allah yang tahu. Masa tu terlalu fikir pandangan masyarakat pada Mummy. Serius stress ok. Badan susut mendadak walaupun tak pernah miss makan. Sampai skang, masih ada lagi yang tak tahu Mummy ni single. Ada gak yang tanye "mana suami ko?". Malas nak panjang cite, Mummy juz jawab "Kerja KL skang. Jarang balik". Bukan taknak ngaku, malas nak bercerita sebab penyebab yang panjang lebar. Dan yang paling menyakitkan hati, ada gak yang tahu status Mummy tapi masih bertanya "Suami tak ikut?". Itu dengki namanya.he he he... Takpe la, mende dah lepas pun kan... Buat apa nak dikenang-kenang.hik hik hik...

Lepas sebulan, Mummy semakin ok & tenang. Tak pernah ada niat nak cari pengganti sebab serik. Pada Mummy biarlah jodoh tu datang sendiri. Bukan senang nak cari pengganti ni. Mummy nak biarlah jodoh tu terima anak Mummy seadanya sebelum terima Mummy. Mummy akui, seronok sangat hidup sendiri...ada anak kat sisi yang sentiasa menggembirakan hati Mummy. Cuma kalo datang manjanya, menyampah la gak.he he he... Tapi bila datang sakit pening, masa tu memang fikir "bestnya kalo ada suami". (Dah jumpa pun calon yang sesuai & doakan kami kekal dunia akhirat.)

Hidup lagi bertambah tenang lepas balik umrah. Alhamdulillah rezeki tu sentiasa ada utk Mummy & khaleesa. Bersyukur sangat adanya family yang sentiasa bagi sokongan. Mereka adalah tulang belakang Mummy. Tak pernah rasa menyesal dengan apa yang terjadi kerana Mummy yakin Allah sudah ada 'plan' utk kita. Mummy juga tak pernah rasa berpisah adalah keputusan yang terbaik tapi Mummy dah puas berusaha utk memperbetulkan keadaan cuma belum ada keizinan dariNya. So, Mummy redha kalo itu yang tertulis utk takdir Mummy. 

Terima kasih juga untuk 'awak' & family yang terima saya & khaleesa seadanya. Really appreciated! I love your wonderful family very much... Honestly, It's a new experience to me. Thanks being my good buddy, boyfie, fiancee & best 'ayah' for khaleesa. Love You sincerely! (next time leh cite cane kami berkenalan ye...)

Mummy mohon pada Allah semoga sentiasa permudahkan hidup ini supaya lebih sempurna. Berikan Mummy imam terbaik supaya dapat membimbing keluarga hingga ke Jannah bersama-sama.
AMIN!

p/s: Jarang betul Mummy update entry without picture.hu hu hu...

Monday, April 30, 2012

:: Memilih Calon Suami yang Soleh



Memilih calon suami merupakan perkara terpenting dalam kehidupan seorang muslimah kerana :

i) Siapakah pemuda yang akan menjadi pasangan hidup anda?

ii) Siapakah pemuda yang akan menjadi calon ayah dari anak-anak anda?

iii) Siapakah yang akan menjadi pendamping hidup anda sama ada didunia maupun di akhirat kelak?

iv) Siapakah yang akan menjadi pengingat anda menuju ketaatan kepada Allah S.W.T yang akan membawa anda pada kesuksesan hidup baik didunia maupun di akhirat?

Oleh itu, carilah 3 perkara ini dalam memilih pasanganmu :

1) Jangan menikah kecuali anda dan keluarga redha. Jika anda redha namun keluarga anda tidak atau keluarga redha sedangkan anda tidak, maka jangan lakukan.

2) Carilah pada calon suami anda tentang agama dan akhlaknya, kemudian barulah cari hal-hal yang lain.

3) Janganlah tertipu dengan rayuan seorang pemuda, yang menjauhkan anda dari keluarga anda dan membawa anda pergi. Ketahuilah, bahwa ia adalah serigala yang ingin memangsa dan kemudian akan mencampakkan diri anda. Kerana sesungguhnya Allah S.W.T menyuruh kita untuk mendatangi rumah dari pintu-pintunya.Maka apabila ada seorang pemuda yang datang ingin
meminang wanita, maka dia haruslah datang kepada orang tua wanita tersebut, kemudian datang bersama keluarganya dengan perlakuan yang baik.



Sumber: Excel Qhalif

p/s: Serius takde mood nak buat keje ni. Kat opis ni cuma 5 orang yang keje... hu hu hu

:: Burung hantu vs Purple Love

Akibat terlalu 'banyak' tido siang...kesannya dapat dilihat waktu malam. Mummy tak boleh tido.hu hu hu... Sabtu yang baru lepas ni, Mummy bawak Pn Emak keluar seharian. Maghrib baru balik rumah. Memang puas hati la dapat bawa dia jalan-jalan. Sambil-sambil jugak bawak adik yang tak bersalin lagi. Bagi cepat skit baby keluar... baby degil sbb mama asik makan sedap jek, so baby dalam perot pun sedap la. he he he...

Ahad takde aktiviti, Mummy tido... akibatnya, malam tadi Mummy dah macam burung hantu. Dahla, cik Khaleesa tak ikut Mummy balik JB...memamg sunyi gila! Mummy rindu awak la sayang... pujuk ajak balik, dia tak mau.hu hu hu...

Nasib baik la En ASTRO open 130 channel free sampai 6 Mei... So dapat la Mummy layan semua channel. Nak dijadikan cerita, Mummy tertengok movie 'Purple Love'. Okla, layanla gak... lakonan kumpulan UNGU & Nirina Zubir.Mula-mula cam boring jer...tapi lama-lama seronok plak. Mata tak mengantuk lagi. Awalan cerita, happy jek...pastu dah kat tengah-tengah, jadi sedih plak. Lagi beberapa minit nak ending, sedih....akhirnye happy ending. *phew!!*... berdebar gak sebab Mummy ingat heroin meninggal. he he he...


Nirina Zubir sangat cute... Pasha tak ensem pun...nampak tua.

So far, dalam banyak-banyak indonesian movie yang Mummy paling suka... 

Eiffel, I'm In Love


p/s: Sebelum tido tengok dapur... water filter leaking. Dah siap lap, terus masuk tido...pun tak boleh tido gak. Sempat baca buku... akhirnya paksa diri ni tido gak... pukul 3.00 pagi tido, pukul 6.30 pagi dah bangun semula...


Thursday, October 27, 2011

:: BerSABAR lah...


SABAR itu separuh dari IMAN. Yer...semua manusia faham mengapa perlunya rasa SABAR tu. Tapi setakat manakah tahap keSABARan kita itu? Bila mendengar masalah orang, hanya SABAR yg mampu kita kata. Tapi bagi yg mengalami, cukup SABARkah mereka? Semua terpulang pada individu. Dari sudut pandangan peribadi Mummy, SABAR sebenarnya ada had. Terlalu SABAR itu kadang-kadang memperlihatkan kita sebenarnya terlalu bodoh. SABAR pada sesuatu yg pasti berulang. Terlalu SABAR kadang-kadang blh membunuh jiwa sampai kita hilang segala rasa. SABAR perlu ada ketegasan. Tapi dalam kebodohan rasa terlalu SABAR ini boleh menjadikan SABAR itu indah & menenangkan. Rasa terlalu SABAR ni membuatkan kita MENANGIS bila perlu. Semoga rasa terlalu SABAR ni membawa lebih kemanisan & penuh keberkatan. SABAR dengan ikhlas & redha menjadikan kita lebih tabah. SENYUM la tanpa airmata. Biarkan HATI yang menangis. InsyaAllah, ALLAH sentiasa bersama mereka yang SABAR. Setiap keSABARan itu ada hikmahnya...

Rasulullah SAW bersabda, "Kesabaran merupakan "dhiya' " (cahaya yang amat terang). (HR Muslim)

Rasulullah SAW bersabda, "Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang memaafkan kesalahan orang lain padahal dia berkuasa untuk membalasnya." (HR Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda, "Iman terbagi dua, separuh dalam sabar dan separuh dalam syukur". (HR Al-Baihaqi)

Rasulullah SAW bersabda,"Sungguh beruntung orang yang beriman, karena segala perkara adalah kebajikan. Jika dia mendapatkan kenikmatan, dia bersyukur (dia mendapat pahala kebajikan) dan jika dia ditimpa musibah, dia sabar (dia mendapat pahala kebajikan juga)." (HR. Muslim)

Saiyidina Ali Abu Talib k.a.w pernah bermadah, maksudnya: Jika engkau bersabar, takdir itu berlaku juga ke atas diri mu, tetapi engkau dikurniakan ganjaran pahala. Jika engkau tidak sabar pun, takdir tetap berlaku juga ke atas dirimu dan engkau berdosa.

Allah berfirman, "Dan bersabarlah kamu, karena sesungguhnya Allah itu bersama orang yang sabar." (Al Anfaal : 46 )

Allah SWT berfirman : "Dan Allah mencintai orang-orang yang sabar." ( Ali Imran : 146)