Walaupun sibuk tapi masih dapat mencuri masa untuk update serba ringkas sebelum tirai 2012 ditutup. Masih sempat gak Mummy merenung wishlist 2012... tak boleh blah tengok wishlist tersebut.he he hee... Ada yang tercapai, belum tercapai dan terlebih capai.
Sila la refresh WISHLIST 2012 Mummy. tergelak la gak bacanya tapi Alhamdulillah ada yang tercapai. Cuma yang agak mengarut tu memang konpem la tak tercapai kan. Tapi paling Mummy tak jangka, dapat bertemu jodoh yang dikira agak awal la juga. Alhamdulillah, doa Mummy dipermudahkan segala urusan masa menunaikan umrah bulan February ritu di perkenan Allah. Memang tak pernah minta dipertemukan jodoh awal, tapi Allah dah susun perjalanan hidup Mummy dengan sempurna. Bersyukur sangat-sangat masih ada yang sudi terima diri Mummy seadanya dan dapat bertahan hingga ke tahap ni. Sapa sangka kan. ha ha haa...
Alhamdulillah... Mummy dapat mengharungi 2012 dengan sebaiknya. Terlalu banyak pengajaran & pengalaman hidup. Mak cakap, "tak rasa tak tahu". Dalam pahit-pahit tu ada la gak manisnya...mula-mula manis-manis kelat je tapi skang dah manis-manis belaka. poyo! Paling manis rasanya bila dapat tengok cik Khaleesa membesar depan mata. Dapat tengok dia masuk sekolah... Kembang kempis dada ni tengok dia excited nak pergi sekolah. Tapi 1 jela yang tak tahan, kuat merengek! Kecik besar je tengok dia...ha ha haaa...
Officially... cinta hati Mummy. Oppss! pipi kembang setaman, tapi tu gambar lama daa... (alasan!)
2013! Nice meeting you...
* A few days to go...
2013! Nice meeting you...
* A few days to go...
Aminn....moga 2013 lebih sukses gitu....
ReplyDeleteini lah jejaka yang berjaya mencuri hati mummy yer~
ReplyDeletetahniah buat mummy n encik tunang~
moga kekal bahagia sampai ke syurga~