Akhirnya sampai juga tarikh yang sangat ditunggu-tunggu cik Khaleesa... Yeay! 1st day cik Khaleesa at pre-school. Memang Mummy soh dia tido awal sebab takut tak sempat nak hantar. Lagipun untuk bulan Januari ni Mummy hantar & ambil dia. Bulan depan baru start naik van sekolah. Alhamdulillah, seawal 6 pagi dia dah bangun. Excited la katakan... Mummy soh dia mandi dan siapkan dia dulu. Kalo ikutkan mata Mummy nipun berpasir tapi takpe la kan. Masuk kelas 7.30 pagi dan seawal 7 pagi Mummy dah siap. Bukan apa, takut takde parking. Maklum la 1st day school. Konpem ramai parents yang dok menunggu. Lagi la student untuk tahun 1 ramai. Mummy hantar cik Khaleesa terus ke kelas sebab assembly dia hari isnin je. Risau gak dia menangis ke apa tapi syukur dia relax je. Dah biasa kena tinggal ngan Mummy kan.
Semangat nak ke sekolah...
Cik Khaleesa kena beratur belakang sebab dia antara yang tertinggi.he he he...
Paling 'ajaib', Mummy sampai opis seawal 8 pagi! ha ha ha... So sempat la breakfast dan siapkan kerja. Pukul 11.20 pagi Mummy bergegas keluar sebab nak amik cik Khaleesa hantar ke taska plak. Nasib baik sekolah dekat ngan tempat kerja, rumah & taska. Macam-macam cik Khaleesa cite pasal sekolah baru. Best katanya sebab ramai kawan. Ok, Mummy happy dengar dia suka sekolah. Risau juga sebab takut dia taknak sekolah. Maklum la, kena bangun awal la katakan...
*Rini terpaksa curi masa untuk gi fitting... letihnya!
My Anis pon ok jer kena tinggal kat sekolah.. lagi pon kawan2 ramai dari tadika kemas tahun lepas..
ReplyDeletebalik tengah hari asik duk dgr dia citer pasal sekolah dia.. siap ajar mama n adik nyanyi lagi.. hahahahaha