Layan iklan

Monday, January 14, 2013

:: 12+1=13 (part II)

Mood: sedang bekerja...

Yup! Sungguh rajin Mummy bekerja sehari lepas bernikah.he he hee...simpan cuti nak gi honeymoon la katakan. Cik Khaleesa pun dah selamat ke sekolah hari ni. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Terima kasih pada kawan-kawan yang datang & buat toll untuk Encik Suami. Sian kena tahan kat tengah-tengah panas. 
Orang yang paling happy of course la cik Khaleesa. Too much excited expression.hehehee... seperti sedia maklum, cik Khaleesa memang sangat rapat ngan Encik Suami. So, pada Mummy dah takde masalah nak built up hubungan dieorang. Encik Suami pun pandai menyesuaikan diri ngan adik beradik ipar duai Mummy sebab masing-masing share hobi yang sama.huhuhuuu...
Agak lama la juga tak keluar shopping groceries ngan orang yang bernama "suami", so agak janggal la gak. Terasa janggal...hehehee... bukan tak pernah keluar dating shopping sama-sama cuma kali de aura skit. Nak bayar makanan pun dah de orang tanye "awak ada duit tak?". serius speechless...
Di kesempatan ni, Mummy nak share gambar kahwin... Nipun kawan-kawan yang email gambar. Mummy memang tak sempat nak soh orang snap. So harapkan dari camera orang lain. Nak tunggu dari photographer, kena tunggu lagi sebulan. Lega sikit bahu sebab majlis belah Mummy dah settle. Next week nak kena concentrate majlis lelaki plak... *fitting again!*


 Nice pelamin by Izan Yacob Bridal House
Mummy tak menetapkan apa-apa tema tapi ramai yang cakap ala-ala garden wedding. So far, Mummy sangat puas hati ngan abang Izan sebab menepati kehendak Mummy "Simple & Cantik".

Cik Khaleesa monyok sebab ayah dia kena tahan ngan toll kat depan.he he heee...

Nice capture by kawan Mummy...

So, tunggu next entry Mummy update outdoor photoshoot & majlis bertandang.

* Thanks so much pada adik ipar Lina Sahar & kawan blogger Joe Johana sebab buat special entry untuk Mummy....

5 comments:

  1. wahhh.. x sabar nak tgk lebih banyak pic..
    Tahniah sekali lagiii..:)

    ReplyDelete
  2. Tahniah! Cantiknyaaa awak. Semoga kekal bahagia bersama asben tercinta..

    ReplyDelete
  3. tahniah mummy.. slmt pengantin baru.. sori x dpt attend wedding mummy.. hubby kena keje pulak.. anyway mummy nampak sgt cantik.. pelamin pun cantik..

    belah lelaki nanti pun x dapat jugak nak attend walaupun dh dekat.. adik ipar kawen minggu yg sama..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Yup suhaidah...saya amik wedding planner...

      Delete