Layan iklan

Showing posts with label ramadhan 2012. Show all posts
Showing posts with label ramadhan 2012. Show all posts

Thursday, August 23, 2012

:: Aidilfitri 2012


Salam Aidilfitri dari Mummy & cik Khaleesa... So far happiest raya ever. Tak pening kepala fikir masalah orang lagi.he he he... yang spoil cuma baju raya mengecut tapi terpaksa pakai gak sebab nak sedondon ngan cik Khaleesa. Mummy beli kain masa mengerjakan umrah ritu. Banyak gak Mummy borong tapi nasib baik yang ni je mengecut. Yang lain semua ok. Mummy tak banyak baju baru, kena dahulukan cik Khaleesa. Lagipun Mummy pakai yang sedia ada je. Kulit Mummy tak sensitif pun pakai baju lama. Yang takde branded pun Mummy ok janji bersederhana. 


Macam biasa la, kak long orang pertama yang salam ngan mak ayah. Pastu baru disusuli oleh adik-adik.

Anak-anak dara & mak dara yang comel belaka...

Girls session! 

Satu-satunya hero dalam family Mummy. Beriya nak bergambar ngan kak long.he he he...

Hero ngan wifey...konon perasan mcm baru kawen la tuh padahal anak-anak dah berderet...ha ha ha

Nasib baik mama sara cepat bersalin. Merasa la gak beraya ngan new baby. Mama sara excited kumpul duit raya sara tahun ni.he he he...

The tallest sissy... 

Cousin... macam adik-beradik kan. Yang lain-lain dah huru-hara.

Cik Khaleesa yang asik meragam jek...dari pagi sampai ke malam asik merajuk. Nak macam-macam. Tapi dia happy dapat sampul raya banyak.

Mummy tak sempat nak snap ngan sissies yang lain...ada yang dah nak gerak balik rumah mentua la, ada yang asik bertukar-tukar tudung la.... memang happy sangat & meriah sebab dapat kumpul semuanya. Masak sama-sama...Makan sama-sama...tetamu yang datang memang tak putus-putus. 

p/s: InsyaAllah, kalo takde pape....semua dipermudahkan....tahun depan boleh beraya bertiga lak. 
Baju raya Mummy dah pun selamat transfer kepada adik-adik yang muat. Memang dah tak boleh diselamatkan lagi...hu hu hu

:: My Closet



Alhamdulillah, tercapai juga hasrat Mummy pakai baju kurung sepanjang Ramadhan tanpa gagal. Rasa macam hari raya lak bila hari-hari Mummy pakai baju kurung ke opis. Itupun tak dapat pakai semua...maklum la, koleksi terlalu banyak tapi sebenarnya banyak yang tak muat. he he he... Biasanya dalam seminggu, 2 hari je Mummy pakai baju kurung gi kerja. Hari lain lebih selesa kasual je. Senang nak merayap sebenarnya. Tu yang berhajat sangat nak pakai baju kurung sepanjang Ramadhan. InsyaAllah, niat tu akan diteruskan untuk tahun depan & tahun-tahun seterusnya... AMIN!

p/s: Tension bila ada baju feveret yang dah tak muat lagi!

Monday, August 13, 2012

:: Cik Khaleesa & Hari Raya 2012

Alhamdulillah persiapan raya cik Khaleesa dah pun settle. Apa pun memang kena dahulukan dia skang nih. Dia pun asik update "Nanti nak raya kan mami?". Budak-budak bukan paham apa pun janji de baju baru & cantik. Sebelum ni Mummy belikan dia poney je tapi tahun ni Mummy terjah sale kat Metrojaya lak. Dalam kepala ni memang dah set, kalo takde kat metro Mummy pegi poney je. Nasib baik la anak sorang je.hu hu hu... Ada gak survey2 kat JPO tapi kebanyakkan tinggal display.
Masuk metro Mummy terjah somerset bay dulu sebab kawan Mummy update de sale. Dah tengok-tengok baru Mummy pusing-pusing survey. Selesai pusing Mummy stop kat east india collection. Berkenan sangat ngan gaun satin warna gold. Tapi sayang, cik Khaleesa tak nak sebab seksi sangat. Erk! he he he... Yang dia nak gaun satin hitam plain. Kat EIC Mummy pilih blouse je untuk cik Khaleesa. Warna dia pilih sendiri. 
Lepas tu Mummy cari jeans & tshirt plak.. Senang je nak cari sebab size untuk cik Khaleesa banyak. Dapat la jeans & tshirt power puff girls. Dah setel, Mummy pegi balik somerset bay...dapat la 1 cotton gaun warna maroon. Pun cik Khaleesa yang pilih. Total untuk semuanya, masih lagi dalam bajet Mummy untuk dia. Serius penat gila sebab pegi Jumaat malam. Nasib baik orang tak ramai sangat. Alhamdulillah settle semuanya termasukla orang tu yang sopping kemeja raya. 



Gaun ni size umur dia tapi cik Khaleesa kurus sangat, Mummy amik size 4. Yang best less 60% + 10% for member. Memang wajib beli sebab somerset bay bukan murah.

Untuk baju kurung, Mummy dah siapkan 2 kurung & 1 jubah untuk dia. Tapi sepasang dia dah rasmikan sebab attend majlis kawen sedara Mummy.

Pre-look baju raya Mummy. Weekend tak buat apa-apa tapi dapat siapkan bunga tampal tu sekali ngan jahit. Yang sedih, tak taula baju ni muat ke tak raya nanti sebab baju ni mengecut bila basuh. Padahal Mummy dah soh tailor besarkan sikit.hu hu hu...

p/s: Kat kepala ni masih terbayang-bayang gaun satin gold kat EIC.

Thursday, August 9, 2012

:: Biskut raya 2012

Seperti tahun lepas, tahun ni Mummy tak beli biskut raya banyak sebab dah dapat banyak  biskut. Tupun belum tentu habis ke tak. Lagipun Mummy sambut raya kat kampung. Rumah JB jarang ada tetamu. Makan sendiri la nampaknya kan. Takpun malam nanti Mummy dah rasmikan sambil tengok tv kan. he he he...

Alhamdulillah, balik merayap tengahari tadi ada big paper bag kat atas meja. Mula-mula ternampak atas meja opismate, pandang kat meja Mummy pun ada 1. Ada la beberapa opismate yang dapat. 

Inilah contractor yang bermurah hati bagi kuih raya. 

Siap ada kad raya lagi tapi takde angpau la plak.hu hu hu...
Dah lama tak dapat kad raya. Skang ni semua guna teknologi... 

Dalam paper bag tu ada 5 jenis  biskut. Rasanya semua biskut tu Mummy makan. InsyaAllah.




Alhamdulillah dengan rezeki yang Allah berikan ni.

*******************************************************************
Planning esok malam, nak terjah Metrojaya. Nak cari baju raya casual untuk cik Khaleesa. Harap-harap jumpa la untuk dia. Dulu Mummy beli sendiri je tapi mesti kena tukar semula. Kali ni kena bawak tuan badan. Maklumla skang dah pandai pilih sendiri.





Tuesday, July 31, 2012

:: Iftar di Restoran Mak Tok Setia Tropika...

Alhamdulillah... Mummy masih bernafas di 11 Ramadhan ini.
Semalam, 10 Ramadhan akhirnya Mummy berIftar di luar disebabkan mood malas memasak @ berjalan-jalan di bazar. Rasanya sepanjang Ramadhan ni, baru 2 kali pegi bazar. Hari-hari lain, masak sendiri.
Tempat pilihan berbuka Mummy bufet di restoran Mak Tok kat Setia Tropika. RM20 untuk seorang & kanak-kanak 6 tahun keatas RM10. Nasib baik cik Khaleesa baru 5 tahun. Pada Mummy harga tu reasonable la dengan makanan yang kiteorang amik.hu hu hu... kuih muih best. Jemput-jemput sedap... Lauk pauk pun not bad. Finally, Mummy dapat gak makan kupang. Susah nak cari kupang fresh...

Kesayangan Mummy... cik Khaleesa makan awal sebab dah lapar. Siap request telur dadar. Orang tu dah kurus ok! hurmmm.............

Penuh pinggan ok... Roti jala pun sangat sedap.

Ini semua Mummy punye. Kagum tak? Sila lah kagum.hu hu hu...

Sebelum balik, staff restoran siap bungkuskan makanan ok. Takyah bayar...daripada membazir kan. Alhamdulillah, rezeki.

Yeay! Dah lama tak exposekan diri... happy me!!

p/s: Saved the Date!

Thursday, July 26, 2012

:: Zakat fitrah...

Alhamdulillah, Mummy dah menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah tahun ni. 1st time bayar sendiri... he he he... 


p/s: Segala bil pun dah selamat dibayar...hu hu hu...

Monday, July 23, 2012

:: 1 & 2 Ramadhan...

Tahun ni terasa sangat ketakmeriahan menyambut Ramadhan... sebabnya Mak Ayah menunaikan umrah. Agak hambar la juga suasana berbuka puasa kami. Mak meninggalkan AMANAH pada Mummy untuk menguruskan adik yang menjaga rumah sepanjang ketiadaan Mak Ayah. Memang Mummy pegang AMANAH Mak ni. he he he... Mummy menyediakan juadah berbuka puasa. Kena masak lebih sebab nak hantar ke rumah adik-adik yang lain. Biasala berbalas juadah. Adik main petik je nak makan apa. Mummy takde masalah nak memasak sebab urusan rumah, adik dah uruskan. Lagipun dia nak jaga baby Sara yang asik meragam.he he he...

Rini Mummy dah keje, kesian plak adik sorang-sorang kat rumah. Terfikir gak takde orang nak tolong dia masakkan juadah berbuka minggu ni. Harap-harap adik ipar kesayangan Mummy bolehla supply juadah berbuka untuk adik kat rumah Mak ye.

p/s: Adik dah order menu untuk next week... Tunggu Along balik ye.

*Rindu sangat kat Mak Ayah & Ateh...

Thursday, July 19, 2012

:: Ramadhan 1433

Memandangkan Mummy start public holiday esok, maka sedia maklum la yang Mummy takkan update apa-apa entry waktu hujung minggu. Sebelum bercuti menyambut Ramadhan ni, Mummy ingin mengucapkan "Selamat Menunaikan Ibadah Puasa" kepada kawan-kawan yang mengenali Mummy serta blogger-blogger terchenta. So, apa azam puasa tahun ni disamping mendapatkan pahala?? Mummy akan marathon menguruskan badan yang memang dah sedia 'kurus' nih.ha ha ha... Dah ada orang tegur yang Mummy semakin 'comel' dalam erti kata lain yang lebih sedap didengar 'nampak berisi skit'.ha ha ha... 


p/s: Harap-harap dapat la bentuk perut yang ideal ye... he he he...
GOOD LUCK TO ME!