Layan iklan

Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts
Showing posts with label cuti sekolah. Show all posts

Wednesday, January 6, 2016

:: Welcome 2016

Selamat datang 2016...

Dari hari ke hari nak update, sampai budak dah naik sekolah baru nak update... he he hee... Alhamdulillah, masih bernafas lagi di tahun baru ni. Takde azam baru pun sebab konpem memang takkan dapat capai. Cuma mami & encik suami mengharapkan 2016 beri memori yang lebih baik dari sebelum ni.

Ok, tak nak cite pasal budak naik sekolah la... Status update kawan-kawan semua perihal anak sekolah kan. Mami pun de gak update skit. kih kih kih...

Mami nak throwback aktiviti cuti sekolah... Ikut kan memang kami cancel plan nak gi holiday sebab extend ke Mac nanti. Last minit, encik suami soh booking hotel kat Gold Coast Morib Banting cuti Krismas. Kebetulan minggu tu cuti panjang kan. Saja bawak kakak & abang jalan-jalan sebelum naik sekolah. Then balik dari Banting, kami plan nak ke Melaka. Perancangan awal, kami nak stay rumah adik mami kat Melaka. Lagi 2 3 hari nak holiday, adik mami wassap bagitahu stuck kat Kedah a few days lagi. Nak cari hotel kat Melaka last minit memang susah la. Available cuma hotel orang kaya je laa... So, turun Melaka kami hold dulu. Memandangkan last minit, mami kena la setelkan persiapan sekolah kakak dulu. Duit untuk bayar buku & yuran sekolah agama dah siap asing. Mana la tau, over budget masa holiday takut terguna pakai...so better siap asing dulu kan. he he hee... Tiba-tiba kali ni mami rasa taknak bawak bibik tapi cam takut nak cakap kat encik suami... Kelu gak lidah masa proposed. Rupanya encik suami pun agree gak tak yah bawak bibik. Wah!!! bestnyee...

Isnin malam, siap-siap packing semua barang sebab mami kena hantar bibik ke rumah mak dulu. Pakaian anak-anak memang mami akan bawak lebih.. cuma untuk mami & encik suami memang cukup-cukup la.

Selasa pagi, mami & encik suami bertolak agak lewat kul 12 lbh. Dalam kepala memang fikir gak pukul berapa la agaknya nak sampai kan. Nama pun holiday kan, so mood kami santai-santai jela. Takde la nak rush sangat, lagipun kami booking 3 hari 2 malam. Pukul 3 petang kami baru sampai restoren jejantas Ayer Keroh... Anak-anak nak makan KFC.

Kisah dua beradik yang kejap gaduh kejap baik... Si abang tu dah penat dok kat carseat, camtu gayanya.. si kakak layankan jela. 


Hampir maghrib la gak kami sampai pantai morib.. Bawak pun santai-santai kan... Setel check in, naik bilik... Mami booking Gold Coast Morib ni melalui Agoda. Kami amik studio suite free 2 tix water park.. 1 malam hanya rm190 siap ada jakuzi dalam bilik. Perkara pertama aktiviti anak-anak berendam dalam jakuzi. Sampai si abang taknak keluar. 

Lepas Isya' kami keluar jalan-jalan cari makan. Tanya gak pak guard tempat makan best... Dia tunjuk ke pantai morib. Dalam area hotel tu pun ada gak tempat makan tapi sepinggan nasi ayam penyet rm20 so faham-faham jela kan. Better cari makan kat luar je. Tak perlu risau sebab dekat area situ memang banyak kedai makan & tinggal pilih je. 

Hari ke 2, pagi-pagi memang dah bangun sebab nak kejar breakfast & masuk waterpark awal. Anak-anak dah teruja sangat kan. Mami plak, dok survey hotel area Melaka... tapi kebanyakkan fully booked. Nak walk in konpem ler mahal kan. Setel breakfast, kami naik bilik dulu salin baju. Kami cuma dapat 2 free tix so, kena bli satu lagi untuk kakak... Abang & adik free.

Kesayangan kami...

Sebelum breakfast sambil tunggu encik suami, wefie dulu dengan anak-anak...

Abang & adik paling teruja... Ammar sangat suka air.Ketawa je kerjanya...

Maksud jari montok tu 'terbaik'... ha ha haaa



Legacy of Nik's


Budak happy dapat jalan-jalan, manja ngan mami sepenuhnya...

Acara malam kedua kami santai-santai je sambil survey hotel Melaka lagi. Plan esoknya kami nak ke GM Klang.. Mami punya estimate, kalau check out 12 or 1 ptg, maybe sampai GM Klang lebih kurang dalam 2 lbh. Mana nak makan lagi & shopping bagai kan...keluar mall dalam pukul 5 or 6 petang. Nak terus ke Melaka, takut jam. Nama pun public kan... So kami decide, stay KL or Shah Alam. So malam tu mami survey hotel area Shah Alam je. Next plan kami memang tak fikir lagi. Kalau ikutkan encik suami, dia nak ajak ke Penang. ha ha haa... boleh je tapi mami taknak meredah jam masa nak balik JB. Di Shah Alam, mami booking Nexus Regency Suites... rate Agoda masa tu rm180 exclude tax & service charge la..

As estimate mami, memang btol kami keluar dari GM Klang lebih kurang pukul 5.30 ptg. Sampai je hotel, memang excited la sebab macam apartment dalam drama plak. Masuk je, nampak dining hall... Dalam skit, ada pintu masuk bilik tido plak. Sangat besar... Untuk bisnes trip, hotel ni memamg terbaik laa..


Belanja sikit view... Abaikan budak separa vogel tu. he he heee...

Malamnye... Ingat nak pi pusing I-City jalan-jalan & cari makan tapi anak-anak kurang sihat & ada demam sikit, encik suami cakap beli makanan kat pasar malam belakang hotel jek. Ternampak sebelum kami check in.. So encik suami jalan kaki je la kan. he he hee... Alhamdulillah kenyang & boleh plan next schedule. Masih dok survey hotel kat Melaka. Still fully booked... huwaaa!!! Akhirnya, sepakat cakap pi KidZania je. Suka la kakak kan...


During breakfast... Adik lepas makan sikit, mengamuk bagai...rupanya nak tidur. Abang ngan kakak cam biasa la kan.



Amik gambar dulu selepas check out... Adik memang sentiasa happy jer. Abang tu muka masih penat. Si kakak beriya soh amik gambar & pastikan nampak ikan jerung tu. he he hee

Budak kehilangan ayahnye... ha ha haa... beriya nak ikut ayah pi toilet.

Perjalanan kami terus ke KidZania... Ok, jalan tak jam...hurmm....maybe sebab ada IKEA Cheras, so xde la public holiday orang berasak kat IKEA Damansara. Kami parking di Tesco jer sebab senang. Cross jalan jer... tapi sempat singgah Tesco jap sebab nak beli kasut baru kakak & nak cari food untuk Ammar. Lepas Zuhur, kami menapak la ke KidZania. Tak ramai orang beratur & takde la kami berasak-asak. Sekarang ni waktu operasi weekend, public & cuti sekolah extend sampai kul 9 mlm. Sempat la gak mami seludup KFC... ha ha haaa... sampai skang encik suami kagum sebab tak terfikir 'tempat' tu leh sembunyi makanan. Yes! power of a mother...

Muka budak bosan tunggu ayah beli tiket. Skang ni dia plak sibuk nak dok dalam stroller.

So adik boleh la manja-manja dengan ayah... 

Belanja sikit wefie mami, encik suami & adik...


Teman bujang besar ni main... paling susah ajak keluar sebab tak puas main. Habis kena cekau pipi ngan hidung mami. Luka hokkay! ha ha haa

Kakak kat sewing room... Banyak gak dia pi tapi ni je la gambar mami dapat amik sebab sibuk jaga abang ngan adiknye.


Excited ler konon kan... ha ha haaa

Sementara tunggu anak-anak enjoy main, mami ngan encik suami diskas next destinantion. Expected kalo walk in ke Melaka, tak tahu la sampai jam berapa. Dengarnye heavy jam kat area Ayer Keroh & bandar Melaka. So kami fikir nak singgah ke I-City je then check in hotel area Shah Alam sekali lagi. Cari hotel yang biasa-biasa je... Mami pilih Carlton Hotel.

Keluar KidZania, kami lepak makan dulu area berdekatan. Then teruskan perjalanan ke I-City tapi sampai je kat simpang entrance, dah jammed gila... Budak-budak pun dah tertido, kami fikir cari hotel je la. Kesian budak-budak dah kepenatan. Awal-awal lagi mami memang dah call hotel bagitahu sampai lambat sikit. Alhamdulillah, hotel ok.

Last day, selesai sarapan... encik suami dok tanya lagi nak ke mana lagi. Mami cakap kita balik je laa... sebabnye banyak baju kotor. hu hu huu... on the way balik, nak cuba nasib gak singgah Melaka tapi bila buka google map.... hurmmm..."jangan cari pasal la". ha ha haa... lepas exit Ayer Keroh, kami tengok bawah jambatan jammed teruk. Fuh! nasib baik tak gatal menyinggah kan. he he hee... 

Petang sampai Johor, terus ke rumah mak mami nak amik bibik. Jam 11 malam la gak sampai rumah. 

Sepanjang, perjalanan kali ni memang mami happy sebab 100% full time ngan anak-anak. Semua dapat rasa tangan mami & encik suami. Alhamdulillah mami boleh handle semua. 

Tapi kan.... 3 hotel mami pi, semua takde iron. Kena request bagai. hu hu hu... hotel last tu dah malas nak request, so pakai je la tudung tak gosok. ha ha haa...

InsyaAllah next time boleh la cuti-cuti camni. Enjoy sangat-sangat!

Monday, December 14, 2015

:: Family day 2015

Monday blues kita rini... So pengubatnya, kita update la blog bagi edisi baling belakang punya cite. he he hee... 

Alhamdulillah, pada 5 & 6 Disember ritu telah selamat berlangsung hari keluarga family mami bagi kali ke 3. Tapi untuk mami, ni kali ke 2 la mami join. Last year tak dapat join sebab terlibat dengan event office. Family day terserentak plak. So terpaksa la pergi mana yang plan dulu. Yang office ni plak bukan boleh suka-suka cancel kan. Nak kena ada alasan kukuh, pastu siap kena dapatkan approval HOD. Leceh laaaa...

Malam sebelum bertolak, mami demam panas. Dah la tak packing barang pun. Maka subuh tu la baru kemas. Nasib baik la tido semalam je, kalo tak kusut gak kepala otak nak berkemas. Dah la kepala sakit, badan lenguh-lenguh... 

Sempat singgah kenduri kahwin sebelum bertolak ke Mersing.. Padahal dah cakap tak dapat datang, tapi alang-alang lalu depan dewan kami singgah la...


Acara wajib berselfie dengan anak-anak... Abang adik gilir-gilir dok ngan mami. hu hu hu...


Nama pun yang ke 3, so organizer kali ni konpem la adik yang no 3 yang arrange. Cuma tahun ni kami ada penganjur iaitu Ayah & Mak. Untuk tempahan chalet 100% sponsored by diaorang la. Kami adik beradik cuma bawak diri je... eh! takla... bawak makanan.he he hee... setiap family kena sediakan makanan untuk BBQ. Kami juga kena sediakan 1 hadiah untuk cabut undi. Untuk cabut undi para anak-anak, kena sediakan ikut bilangan anak. Maklum la, bila melibatkan event ni memang budak-budak la paling teruja.

Tempat pilihan kali ni adalah Air Papan Beach Resort Mersing. Chalet & cuaca sangat menarik. Memang budak-budak la paling eksited. Ke hulu hilir tak sabar nak mandi laut.

Yang ni chalet mami... Anak no 1 maka no bilik harus la no 1 gak. Kata organizer, senang ingat...ha ha haa...

Kami sampai lebih kurang jam 3 ptg... letak barang semua, terus gi ke bilik mak ayah. Perut lapar kan... nasib baik mak dah siap masak. Anak-anak bila jumpa sepupu diaorang memang dah tak ingat apa-apa. hi hi hi... 

Aktiviti pertama petang tu adalah sukanika untuk anak-anak di tepian pantai. Suka la budak-budak sebab pemenang akan dapat hadiah. Mana anak yang kecik lagi memang berair la biji mata sebab konpem kalah. ha ha haa... 

Para ayah dok tepi back up anak-anak masa sukanika...

Para mak plak dok tepi je layan angin pantai...


Makin gelap la ko anak hai...

Ni organizer untuk tahun depan... he he hee...

Selpie ngan mak buyung...

Ini budak dah tak sabar nak mandi laut... Ayah memang kena bodyguard sebab pantang ada peluang je dia memang terus lari ke laut. ha ha haa... budak bandar jakun

Demok mami baru bangun tido, terus mami ajak selpie... 

Selesai aktiviti, semua lari masuk laut... Bapak budak dah macam budak-budak layankan anak-anak. he he hee...

Malam, selesai maghrib semua berkumpul kat depan bilik mak ayah sebab masa untuk BBQ. Memang telan lauk je la.. sedap-sedap semuanya. he he he... Budak-budak paling tak sabar aktiviti cabut undi hadiah.




Deretan hadiah... Kami buat collection rm50 setiap family. So, dapat la door gift. Saguhati untuk anak-anak. Hadiah untuk sukanika. Malam tu juga berlangsung pertandingan rebut kerusi dewasa. he he hee....


Penyampaian hadiah of course la dari Tok ayah kan... siap de ucapan dan pengumuman gitu. Apapun, terima kasih banyak mak ayah atas pengumuman mengejutkan tu. ehem...ehem...

Penganjur family day kami...


Organizer family day tahun 2015... antara yang terbaik. Tahniah!!!





Tak cukup lagi 2 family sebab lambat sangat bersiap... Masa ni mami ngan ayah nak pi kenduri kawen. Tu yang kena gerak awal.


Maka selesai la sudah family day kami bagi tahun 2015. InsyaAllah, tahun depan jumpa lagi... Lagi bertambah anak sedara. Biasa la mak ayah memang tiap-tiap tahun naik pangkat.