Layan iklan

Showing posts with label opis. Show all posts
Showing posts with label opis. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

:: Aidilfitri 2013~ Full of open house

As salam...
Masih dalam mood malas nak update blog tapi dapat gak curi-curi update... Ok, Mummy tau raya dah abis tapi gatal tangan gak nak update cite pasal raya. Sejak pregnant ni, takde mood langsung nak amik gambar sendiri.he he hee... sendiri paham la ye. 

Alhamdulillah, Aidilfitri kali ni penuh dengan open house kawan-kawan ngan sedara mara. Mummy pun sempat la gak buat open house. Tupun kena buat weekdays sebab konpem ramai yang buat weekend. Kebanyakan yang datang lepas office hour. So, balik rumah dieorang takyah la makan luar kan. Last open house yang Mummy attend, last week. 

Dalam banyak-banyak open house, Mummy cuma sempat snap gambar kat office open house. Maklumla ada cameraman.hi hi hii... Secara tak langsung, latest Mummy yang semakin comel  menawan the bomb. ha ha haa...

Dengan boss...


Mummy yang ada hati berkebaya... masih muat walaupun dah 20weeks

Cik kak sebelah ni dah start cuti...dia naik keje, Mummy plak yang cuti.


Ok...ni je la update untuk kali ni. Next entry tunggu next month.he he hee...

Monday, December 17, 2012

:: Selamat Pengantin Baru

Uits! Bukan majlis Mummy yer... Selamat Pengantin Baru & Tahniah untuk En Boss yang selamat mendirikan rumahtangga lagi.ooppss!! he he hee... Majlis last week tapi baru berkesempatan wish. Mummy doakan Cnan hidup aman bahagia till Jannah ye. Maaf tak dapat datang sebab jauh sangat la. Tiket keretapi sold out. Thank you for the souvenir... Best ye honeymoon.



* Berseri-seri muka Cnan masuk opis pagi nih... sengih!

:: Short weekend at Melaka Bandaraya Bersejarah...

Masih lagi mood menghitung hari & sedar tak sedar dah masuk pertengahan bulan. Yea! Memang Mummy sangat berdebar. Ok, last week Mummy berada di Melaka menghadiri dinner office. Sebelum pergi tu agak kalut gak sebab nama Mummy takde dalam senarai hotel. Risau ingat sistem salah, rupanya Mummy silap klik " tak nak accommodation". Sangat bijak kan kan kan...he he he...sendiri silap rupanya. Since Tuesday tu memang Mummy work hard dapatkan bilik. Dahla Mummy masuk stage performance. Risau weh! Finally, last minit Mummy dapat gak hotel. Lega sangat-sangat... Baru la rasa tenang nak training. he he he... The best part ialah bilik Mummy tu sebelah Dataran Pahlawan. Jalan kaki je.

OTW ke Melaka singgap jap RnR Machap..

Last minit bilik hotel...besar & sangat puas hati. Complete with bath tub. Kalo dah kahwin, mesti syok punye.ha ha haa...

Bilik Mummy tingkat 14 & see the view...nampak bandar Melaka ok.

Sehari sebelum stage performance...training lepas balik keje. Menggedik jap ngan cabarets.



Rehearsal sebelum dinner... muka penat + lapar sebab masa ni baru sampai.



Yeay! a night of stage performance... Jadi perempuan cabarets u. 

Watak utama... Kami buat sketsa Pak Maun. he he he... awesome! 

Dinner kali ni tema Baba Nyonya... of course la semua berkebaya bagai. The worst is my kain batik zip 'rosak'. Stress tu...nasib baik bawa pin lebih.he he he... Cik Khaleesa juz pakai gaun je. Dia pakai mana yang selesa lagipun bukan reti dok senyap. Dok ke hulu hilir ngan kawan-kawan dia. Lagipun lepas dinner dadi Khaleesa nak amik. Tu yang Mummy malas nak pakaikan ikut tema. 

Nasib baik kebaya tu masih muat... kebaya Puan Emak 10 tahun lepas. hu hu huuu

Beriya dia soh Mummy amik gambar dia dok atas beca tu.he he hee...



So far the night going very well but the food so-so. Mummy makan sikit je sebab tak kena ngan selera. Mummy prefer appetizer yang hotel sediakan kat stall luar ballroom. Ingat Mummy je yang takde selera, rupanya ramai gak yang tak puas hati. ssshhh...senyap-senyap sudah. Akibat lapar tahap melampau, kul 1 pagi dok lepak kat McD Dataran Pahlawan. Sempat gak jalan-jalan kat uptown dengan berkebaya. Dah macam nyonya gila plak. ha ha ha...

Tu bukan botol mabuk-mabuk ye. Dalam tu air soda...susah nak jumpa skang & kami jumpa kat stall uptown.

Pagi Sabtu Mummy check out awal sebab nak amik cik Khaleesa then terus ke rumah adik Mummy. Lagipun parents Mummy ada turun Melaka jenguk adik & cucu. Mummy sempat la juga shopping barang sekolah cik Khaleesa. Barang sekolah takde la mahal sangat, banyak berhabis kat gaun-gaun & jeans cik Khaleesa. Makin banyak la rambut Mummy gugur ye sayang...kalo daun tu duit, dah lama dok kutip-kutip pastu simpan kat bank.hu hu hu...

Sebelum gerak balik JB... Abaikan la pipi yang mekar selambak tu. isk! isk!

Sekian...

* Antara entri yang banyak gambar... mood Isnin yang super lemau!



Monday, October 8, 2012

:: Isteri sentiasa dara...


Di pagi Isnin yang blues ni, Mummy nak share tips dari kawan Mummy yang sudi sharing the secret of her 15th marriage. Mummy tgk pun dia & family sentiasa happy & bahagia. 

To Cik Kak Azie, Happy 15th Anniversary yer laling... Glamer u!
TQ for the tips...he he he

Petua isteri sentiasa dara dari Dr Fatimah Az-Zahra
                                             
Ustazah menurunkan petua untuk kaum ibu menjaga diri agar sentiasa jadi macam 'abqaro' menurut ayat di dalam Surah al-Waqiah.

 
('Abqaro' ini bermaksud perawan yang sentiasa menjadi perawan) Ayat ini elok untuk diamalkan setiap hari oleh kaum ibu untuk menjaga kesihatan luar dan dalam.

 
Caranya: Lepas solat Isya', ambil air segelas, baca Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqiah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Niat dlm hati utk kebahagiaan rumahtangga.



Maksud Surah Al-Waqiah ayat 35 - 38 :

(35) Sesungguhnya Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa,
(36) Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),
(37) Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya,
(38) (semuanya itu disediakan) bagi puak kanan




p/s: Azie, u jgn marah i tau...this entry special dedicated for u.

Wednesday, September 12, 2012

:: Open House Iskandarians 2012

Whoaa... rasanya macam baru je update pasal open house office Mummy. Dah setahun berlalu rupanya. Masa memang bergerak ngan pantas macam jet ok. he he he... Takde gmbar banyak sebab semua orang bz makan. Gambar yang ada pun amik masa dah nak balik. Tapi sedih takde artis yang dijemput. Bosan sikit la tapi nasib baik rasa bosan tu telah di cover oleh makanan yang super heaven. Paling best kat tekak Mummy nih, kambing panggang... *pengsan!* ha ha ha...

Sempat snap ngan cik seketeri CEO jap... Owh! pipi Mummy yang kembang sa-taman. hu hu hu

Ngan opismate...

Opismate lagi...

Sekian, tu jela gambar sepanjang open house iskandarians tahun 2012. Bosan kan... ha ha ha

Thursday, August 16, 2012

:: Cik Khaleesa dah cuti...

Yeay! Cik Khaleesa dah start cuti sekolah. Memandangkan Mummy malas nak pusing-pusing antar ke taska, baik Mummy bawak gi keje. Tahun lepas minggu terakhir Mummy bawak dia ke opis selama seminggu. Dia memang suka ikut Mummy. Semua kakak-kakak kat opis ni dia kenal.he he he... kakak la sangat. Aunty ye!

Tahun ni cik Khaleesa update Mummy bila nak bawak dia ke opis. So, sebelum cuti raya Mummy bawak la dia ke opis. Lagipun dia skang dah behave sikit.


Muka orang tak puasa. Dari hujung rambut sampai la ke hujung kaki serta beg serba serbi pinkish... Anak dara Mummy dah besar.


Bz masukkan pepper dalam bubur dia untuk breakfast.

p/s: Esok last day nak shopping pastu dok rumah je sampai raya.

Thursday, July 19, 2012

:: Brunch

Brunch terakhir di office sebelum Ramadhan...

p/s: 2nd brunch utk rini...plus with Durian Durian cake.he he he

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Monday, July 9, 2012

:: Oh! My Weekend...

Last minit dapat call kena kerja on weekend. Sabtu memamg Mummy tak available la sebab masa tuh Mummy dah bersiap nak kuar ngan emak. Ada je yang nak dishoppingkan.he he he... Macam biasa, Mummy beli tudung je la. Sampai kena bebel ngan emak tapi dia pun setiap kali keluar pun beli tudung gak.huh! Ni next week emak & ayah Mummy nak pegi umrah, bertambah la koleksi tudung emak. 10 kali pegi umrah, 10 kali la dia borong tudung. Lagipun kat Mekah takde tudung yang menarik...

Yeay! Sara makan kat mamak ok... nasib tak bape nak meragam sangat.

Inila mama sara yang belanja kami makan.

Cik Khaleesa sibuk nak gambar ngan sara.

Ahad, pepagi Mummy dah kuar umah. Berpasir biji mata semata-mata nak gi keje. he he he... weekend jalan clear so takdela sampai lambat kan. Tak banyak kerja cuma check furniture banglo kat Marlborough College. Berpeluh la gak ketiak ni nak kira furniture tu. Nasib baik standard furniture.

Gambaran Marlborough College Nusajaya...

Cik Kak yang kerja di weekend bersama-sama Mummy. Sila jangan percaya ngan muka serius dia sebab dia tak faham pape tgk drawing!

p/s: Jangan jeles sbb dapat claim OT banyak...leh wat topup utk raya!

Friday, April 20, 2012

:: Farewell Cik Asmah

Officially rini last day Cik Asmah dgn Educity... huhuhuu... walaupun tempat kerja baru Cik Asmah dekat la sgt, kami tetap rasa sedih ni. sob! sob! 2 tahun kita 1 team. 

Semalam seharian Mummy ngan Cik Mazuin arrange farewell dinner utk Cik Asmah. Cari hadiah yang paling dugaan. Penat sangat ditambah lagi ngan hujan lebat. Buat reservation dinner kat Banafee Village. Pilih menu yang memeningkan kepala sebab takut lari bajet. Lagi sakit hati bila ramai yang tak bagi confirmation. Masalah kecik je... janji settle.

Layan gambar sampai muntah yer... 

 Inilah Cik Asmah kita...



 Celebrate skali April Birthday

 Zaireen & family... mcm kena 'tambah' lagi nih...

 Cik Azie & family... pun kena 'tambah' lagi nih...ha ha ha...

 Antara AJK majlis...

 Sebelum speech kena gaya ala2 retiss...

 Cik Asmah ngan 'bf' Educity



 Yang paling depan masih single tap not available kot.hi hi hi... 





* Menu sangat hampeh...!