Layan iklan

Wednesday, August 14, 2013

:: Aidilfitri 2013

7th Syawal 1434H

Baru ngada-ngada nak update blog kan... Jeles Mummy tengok semua orang dok update cite pasal raya yang meriah kan. Kat FB masing-masing update gambar family bagai. Mummy??? Bukan takde gambar raya, cuma yang ada sikit je. Segan ngan kamera. ha ha haa... Paling best, rumah dah berwajah baru gitu. Bukan rumah baru tapi cat baru. Gigih encik suami menyiapkan cat luar dalam. Maklum la mengecat dibulan puasa. hu hu hu... Dah la tukar duit raya last minit, nasib ada bank yang masih ada stok. Kalo tak takde duit raya la budak-budak kan. Paling kesian encik suami tak sempat nak gunting rambut...



Cerita malam raya...
Macam biasa la, Mummy dok sinsing lengan baju tolong mak mentua main masak-masak. Mummy tolong apa yang patut je. Banyak gak menu raya mak mentua. Janjinya Mummy nak balik tengahari tapi ada hal yang tak dapat elak, lepas berbuka baru sampai. Paling excited cik khaleesa la sebab nak raya kan. Puasa dia tahun ni cukup. Tu yang excited nak tuntut duit raya dari atuk & nenek. Tengah sibuk masak-masak, tetiba dengar plak budak melalak... skali dengar macam kenal. Dua kali dengar, konpem suara cik khaleesa melalak. Rupanya tangan kena mercun. Dah banyak kali pesan jangan melebih sangat... beriya la neneknya letak ubat. Pastu baru reti diam dok dalam rumah. Esok malamnya, beriya mintak kebenaran ayahnya nak tengok orang main mercun. Dah serik nak main kot, tu yang nak tengok je.

Raya pertama...
Cuaca redup je... subuh tu hujan lebat. Alangkah seronoknya dapat tido sampai tengahari kan...he he hee... Aktiviti pagi, hidangkan juadah untuk tetamu. Mandi manda, lepas solat raya....berkumpul siap sedia untuk sesi drama swasta gitu. Acara paling seronok mestila sesi duit raya. Mummy sempat la jamah sikit makanan & suap cik khaleesa makan...lepas tu ziarah kubur arwah nenek & makcik pakcik encik suami. Tengahari plak, ramai sedara-mara datang... Mummy plak non-stop makan. Ptg je pengsan jap. he he hee... nak keluar beraya pun, cuaca tak bape cun gitu.

Kami di pagi raya... tuan rumah melantak kuih raya. he he hee...

Tak sedondon ngan cik khaleesa sebab dia nak sedondon ngan nenek & atuknya... Gigih neneknya jahit lace pink tu. InsyaAllah tahun depan leh la sedondon tupun kalo Mummy tak pregnant lagi. he he hee...

Ni bukan anak sedara tapi sepupu encik suami... kecik-kecik lagi. he ehe ehe...

Raya kedua...
Mummy baru nak gerak balik ke rumah mak ayah Mummy... Lagipun dekat kan so memang kami tak risau pasal jalan sesak ni.he he hee... Raya kedua ni takde plan nak gi mana-mana. Sampai rumah mak ayah, salam raya dulu. Rehatkan badan kejap...petangnya singgah rumah pakcik lepas tu encik suami ajak ke bandar Kota Tinggi. Nak cari barang katanya. Tapi banyak kedai  tutup lagi. Ingat nak tengok wayang tapi takot tak sempat nak makan malam ngan mak ayah. Kami makan luar je, sementara tunggu mak ayah sampai...dapat la encik suami beli apa yang dia cari. Nak cari kedai makan pun satu hal gak...semua penuh! hu hu hu ...

Kami yang simple je...

Raya ketiga & keempat...
Masa tolong cik khaleesa kumpul duit raya.he he hee... kalo ikut perancangan awal, banyak rumah nak singgah tapi apakan daya highway jammed. Sian encik suami yang dah ada simptom-simptom demam. Sempat la singgah rumah kawan encik suami di Kluang. Agak lama juga sebab tunggu isterinya masak. Sedap sangat walaupun sangat simple lauknya. Encik suami sampai tambah 3 kali. Ingat nak ke rumah pakcik encik suami tap tak sempat... Mummy nak singgah ke Muar pun tak sempat, maka kami terus ke Melaka. Sampai rumah adik, Mummy ajak encik suami gi cari coconut shake kat Klebang. Dari bulan 5 ritu Mummy mengidam tapi malangnya still tak dapat lagi. Manala Mummy tau malam tutup. Tapi takpe, encik suami dah cakap nak buatkan utk isterinya yang mengidam ni. Seronok dapat berkumpul semua raya ni. Dua-dua keluarga yang super kecoh. Pagi raya keempat sempat la menyinggah ke koboi melaka... mak ayah nak shopping skit barang-barang untuk majlis kawen adik bulan 10 nanti. Mummy & encik suami pun amik peluang shopping barang rumah skali. Finally, kami lunch kat RnR Pagoh... cik khaleesa tak ikut Mummy balik sebab taska tutup 2 minggu. So biarla dia enjoy the raya ngan sepupu-sepupunya & makcik-makciknya... Buat tambah collection duit raya gitu.

Sebelum bertolak jalan-jalan, posing dulu...

Adik-adik ngan mak...tak cukup ni, sorang lagi adik perempuan kat dalam toilet.

Baru cukup 5 adik perempuan. Adik lelaki tak dapat join... ok, Mummy paling gemoks!

Sementara tunggu adik keluar toilet... budak-budak kecik menyibuk kejap.he he heee....

Raya kelima...

Mummy KERJA! Encik suami DEMAM!

ok... bye!

Tuesday, August 6, 2013

:: Al-kisah kuih raya...

28th Ramadhan 1434H

Masih di office mengabiskan sisa-sisa ramadhan... Mood kerja memang dah ke laut, maka bolehla Mummy update blog kan kan kan. Kejap lagi dah nak cabut balik rumah yang tak abes kemas lagi.he he he... Mummy tengok dah ramai yang update status "balik kampung". Ok, tak jeles pun sebab kampung Mummy dekat je. Jarak dari rumah mak mentua cuma 45min je nak ke rumah mak Mummy. Tupun kalo tak jammed ler. Tahun ni, Mummy beraya rumah mentua then baru balik rumah family lak. Cik Khaleesa pun dah menghitung hari nak sambut raya kat rumah mentua Mummy. Maklum la, insyaAllah dia cukup puasa tahun ni dan dah tak sabar nak tuntut duit raya.ha ha haa...

Ok, cerita pasal kuih raya ni... Mummy memang dah standby awal-awal. Semangat sikit tahun ni sebab rumah pun dah berwajah baru gitu. Encik suami la yang paling excited. Gigih dia cat rumah luar dalam. Tahun ni Mummy takde ganti apa-apa. Pakai apa yang ada je. Mummy & encik suami ala kadar je... Selebihnya untuk anak. Lagipun keadaan Mummy ni macam rugi lak nak buat baju raya baru. hik hik hik... 


Dengan bangganya... Mummy telah berjaya buat 2 jenis biskut. Terus terang Mummy ni tak gifted dalam buat kuih raya. Tahun ni buat sbb rasa nak buat. Mengidam kot. ha ha ha... Mula-mula buat cornflakes tepung.. not bad gak. Lepas tu, encik suami request choc chip lak. Lenguh btol pinggang ni dok mengadun & tunggu bakar. Biskut ni kira makan untuk sendiri la. Cik khaleesa pun lepas berbuka konpem akan ambil 2 biji cornflakes tepung. Sedap katanya. he he he... 2 jenis je ke kuih raya Mummy??? hurmmm...


Jeng...jeng...jeng... ini la hasil kuih 'tunjuk' Mummy. Nak beli ni dugaan sebab berebut ngan singaporean. Dalam kotak tu ada 6 botol tat. Belakang almond london tu ada semprit & dahlia. Bawah kacang plak ada batang buruk. Dalam cupboard bawah tu ada kerepek. Meriah raya Mummy tahun ni kan. Ni semua encik suami la yang request. Awal-awal dia dah cakap "tahun ni kita beli kuih lebih sikit". Tips nak beli kuih raya murah, kena la pegi ke IKS... fresh & dijamin sedap! Lagi banyak beli lagi murah. Memang berbaloi... Kalau buat sendiri pun, kos nak beli bahan lebih kurang je ngan ready made.

Kalau ikutkan banyak lagi nak cerita pasal persiapan raya Mummy nih tapi tak sempat la. InsyaAllah, nanti Mummy update pasal raya la yer...

"Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin"