Layan iklan

Showing posts with label Ammar. Show all posts
Showing posts with label Ammar. Show all posts

Tuesday, October 18, 2016

:: Kesayangan Buah Hati Mummy

Assalamualaikum... uishh! Dah sebulan tak update ni. he he hee... Mami bz. Takde apa nak cerita cuma nak update cerita perihal family je.

Sekarang ni sibuk hal kerja, rumah baru dan macam-macam perkara nak fikir. Alhamdulillah walaupun sibuk, masa untuk family tidak dilupakan. Anak-anak makin besar makin banyak karenah. Ayah mami kusut la gak nak layan setiap sorang. Bila si abang nak manja, si adik plak melalak mohon perhatian. Begitu la juga sebaliknya. Nasib la si kakak dah besar so takdela merengek sangat tapi kadang-kadang mohon perhatian gak. Cara dieorang curi perhatian mami ayah dengan buat kami naik angin or hilang sabar. ha ha haa... Memang fikir banyak nak bagi dieorang ni adik lagi walaupun mami ayah teringin nak baby lagi. Insyaallah tunggu adik Ammar besar skit la baru bagi adik lagi. 

Anak-anak memang pantang panggil wefie. Si adik dulu suka kalau ajak selfie, skang takde makna nak layan. Abang muka serius je kalo selfie, si kakak macam biasa la sama je aksinya.


Abang yang kuat merajuk. Manja mami ni...

Tengok la tu taknak pandang camera.. Geram je mami dengan si adik. Kalau merajuk lain macam skit sebab suka hentak kepala. Abes lebam-lebam kepala, merajuk marah punya pasal. 


Yang girl tu anak sedara tapi dah macam anak sendiri sebab dia pun panggil 'mami' gak.


Yang ni ikut mood dia kalau ajak selfie. Kalau dia tetiba ajak selfie, memang layankan je sebab bukan selalu kan kan kan.

Ok, nanti sambung cerita lain. 







Thursday, February 11, 2016

:: My Ammar

Alhamdulillah... Ammar sudah 8 bulan. Besar sudah bucuk masam mami. Macam-macam karenah sekarang. Kuat mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak. Nak tido pun mengamuk dulu, nak susu pun mengamuk dulu. he he hee...

Kalau dah bangun pagi, mami terus letak kat hall biar dia main. Sementara mami sibuk urus rumah, kena pastikan dia langsung tak nampak kelibat mami sebab nanti dia akan mengamuk lagi kalau tak diangkat. Kalau boleh nak kita dok depan mata dia main-main sekali. Itu la my Ammar.

Budak pantang nampak kamera... Suka selfie cam mami.he he hee

Dah pandai mengemas skang...

Dah boleh ajak ngeteh skang... selfie lagi ngan mami

Selfie lagi... pose dak Ammar tak pernah mengecewakan.he he hee

Kalau dia sedang tido, sila la jangan buat bising... mengamuk tak hengat.hu hu hu... Jenuh mami ngan ayah nak pujuk

Tapi ini adalah best view mami tiap-tiap malam... Sedap gila peluk dia sambil gomol-gomol.

Ni sorang lagi manja mami ayah... Super duper manja. he he hee


Friday, November 6, 2015

:: Ammar 4 bulan sudah


Alhamdulillah... Ammar 4 bulan sudah last week. Cerita minggu lepas, mami dah siap awal-awal apply half day sebab Ammar ada appointment dengan kardio. Sebelum keluar rumah, tergerak plak hati ni nak check buku appointment. Sekali salah tarikh daa... he he he... Then encik suami ajak gi klinik kesihatan amik immunation 3 bulan untuk Ammar & booster untuk Zahin. Nasib baik call dulu. Rupanya kena set appointment gak sebab mami ni consider swasta. hu hu hu... Penangan kekurangan stok vaksin di private punye pasal. So mami pun decide masuk opis & cancel cuti. Lagipun mami dah takde cuti. So kena la berjimat cermat kan simpan cuti. hu hu huu...

Perkembangan Ammar sangat bagus... Masa keluar hospital, Ammar kecik sangat. Mami nak pegang pun takut-takut tapi kena kuatkan semangat gak sebabnya encik suami lagi takut nak pegang baby kecik. Ammar sangat senang nak urus... Susah nak dengar dia mengamuk kecuali dah lapar sangat. he he hee... Sangat murah dengan senyuman... Manis je macam mami. ha ha haa... dah pandai gelak-gelak bila kena agah. Ammar dah makin tembam skang... sedap gomol!

Tengok pipi dia... tiap-tiap malam memang kena gomol.


Ammar untung dapat mami yang sangat obses selfie. ha ha haa... abaikan la muka pucat mami tu.


InsyaAllah...mami sentiasa doakan Ammar jadi anak yang soleh, sihat... AMIN!

Tuesday, October 6, 2015

:: Perjalanan Getir Ammar yang Kuat

Bismillahirrohmanirrohim…

Entri kali ni agak panjang & emosi. Seperti sedia maklum Mummy dah selamat bersalin baby boy kan. Tapi ramai yang tak tahu anak syurga Mummy “Nik Ammar Zahran” berjuang selama 5 minggu di ICU paedatrik HSA. Kisah ni memang Mummy tak pernah kongsi dimana-mana pun. Hanya keluarga & teman rapat yang tahu kisah Ammar ni.

Semua bermula bila Mummy demam panas, campak & allergic semasa pregnant 7 – 8 bulan. Yes, memang doctor ada terangkan yang akan effect lung baby tapi Mummy tak sangka ianya jadi sangat-sangat kritikal.

Pengalaman Bersalin:
Bila bukaan jalan sudah 2cm, Mummy dibagi pilihan samaada bersalin awal atau tunggu. So Mummy pilih bersalin je la kan. Tapi kali ni tanpa induce & ubat tahan sakit. Saja gatal nak rasa how beautiful delivery in pain. He he hee… Memang sakit sangat luarbiasa. 12 jam Mummy tahan sakit dan hampir-hampir masuk OT. Alhamdulillah, akhirnya Mummy selamat bersalin normal without perineum cut. Selesai semua, Mummy dibawa pindah wad & request hantar baby untuk direct feeding terus.

12.00mlm:
Sedang tunggu baby sambil berborak dengan suami, nurse masuk inform yang pernafasan baby agak laju dan perlu oksigen 12 jam… So, baby akan dihantar pagi pada Mummy. Masa ni agak risau tapi masih fikir positif.


24 Jun 2015, 7.30pg:
Seawal pagi doctor jumpa Mummy dan suami terangkan yang pernafasan baby agak kritikal dan paru-paru baby telah dijangkiti kuman. Allah! Masa tu memang rasa nak pecah dada dengar. Tapi doctor cuba bagi solution terbaik & terpaksa masuk antibiotic. Entahla, doctor cakap baby prem walaupun masa deliver 36week  4days. Weight baby pun cukup walaupun agak kecik 2.3kg. Dada Ammar memang turun naik untuk survive. Ammar pindah dari nursery ke NICU and if pernafasan makin kritikal, memang terpaksa transfer ke GH sebab equipment di private hospital tak lengkap.


24 Jun 2015, 6.30ptg:
Ammar semakin kritikal dan ada berhenti bernafas sekali. Alhamdulillah, ICU HSA ada kekosongan dan lepas maghrib Ammar terus di transfer ke HSA.  Memang takde apa yang mampu Mummy cakap. Kepala kosong dan tak mampu fikir. Sakit pening semua dah tolak ke tepi. Maka jadi la Mummy & suami pengunjung setia hospital.


Hari ke 4 Ammar:
Sejak dari pagi, tekanan darah Ammar sangat rendah. Jenguk malamnya, keadaan Ammar masih sama… Kebetulan ada doctor on call duty di ICU malam tu & suami sempat bertanya keadaan Ammar. Doctor cuma cakap “baby sangat-sangat kritikal dan buat masa ni berdoa je la banyak-banyak”. Mummy tak tahu nak menangis atau apa. Fikiran jadi makin kosong. Perjalanan balik rumah, Mummy menangis sedih menyalahkan diri sendiri. Kalau Mummy tak sakit masa mengandung, mesti Ammar adalah bayi yang sihat. Suami marah sebab apa yang terjadi adalah ketentuan Allah. Allah nak uji kami… Walau apa terjadi, kami kena Redha. Allah marah bila kita tak Redha seolah kita menolak ujian dariNya. Andai kata Ammar bukan rezeki untuk kami, Mummy masih ada 2 buah hati untuk dijaga. Sekurangnya Ammar dapat jadi anak syurga yang mendoakan dan menunggu Mummy & suami di syurga nanti. Betapa berat dugaan yang Allah bagi pada kami. Allah nak uji kesabaran kami.

Masuk hari ke 10, suami telefon Mummy dari hospital. Jantung Mummy berdegup kencang… Rupanya doctor minta Mummy bawa stok susu perahan. Alhamdulillah, Ammar sudah boleh feeding tapi melalui tiub. Sepanjang 5 minggu Ammar di ICU, memang hari-hari kami akan datang tanpa gagal.

Macam biasa, Mummy pantang tak pantang… Urusan rumahtangga berjalan seperti biasa. Setiap kali Mummy pam susu, memang menitik airmata ni. Memang langsung takde mood nak sambut Syawal. Takde sebarang persiapan. Tapi bila difikir balik, kesian kat anak-anak kat rumah. Diaorang pun nak sambut raya macam orang lain juga. Kakak Khaleesa pun Alhamdulillah cukup sebulan puasa.

Pengalaman di hospital:
Masa mula-mula Ammar admitted, memang Mummy tak pandang kiri kanan pun. Rasa taknak amik tau pun kisah bayi keliling. Tapi bila Ammar semakin stabil, Mummy pandang kiri kanan kawan-kawan Ammar. Mereka semua masih berjuang untuk hidup. Yes, masing-masing ada cerita tersendiri. Mereka ada yang lagi kritikal. Masalah jantung, tiada saluran najis… Alhamdulillah Ammar tiada masalah jantung & lain-lain. Masa ni Mummy semakin positif dan Redha…

Bila nurse tengok kami datang setiap hari, maka kami jadi agak mesra. Alhamdulillah, nurse bagi cadangan supaya bawa air zamzam atau air Yassin. Lepas tu sapu pada badan baby. Nurse suruh kami rajin-rajin berborak dengan baby & urut baby guna baby oil. Sampai sekarang, Mummy percaya bila ibu kuat, maka anak akan kuat juga. Mengadu pada Allah & DIA pasti akan tolong. Paling penting jangan putus doa & harapan. Bila Mummy pam susu, memang dah set dalam kepala dan niat segala perahan susu itu untuk kuatkan Ammar supaya cepat sihat.

Bila Ammar semakin stabil, baru la doctor explain pada suami situasi sebenar. Peluang Ammar untuk selamat masa mula-mula masuk ICU cuma kurang dari 30% je. Unexpected yang Ammar sangat kuat. 8 hari yang kritikal & 6 tong high pressure oksigen. Ubat Ammar antara yang terbanyak. Hampir sebulan lebih di ICU, akhirnya Ammar dah boleh transfer ke wad biasa. Tapi masih dalam pantauan doctor & Ammar masih bergantung dengan oksigen. Lebih kurang seminggu di wad biasa, akhirnya Ammar dah tak perlu bantuan oksigen. Doctor panggil Mummy tanya “how confident u nak jaga baby ni kat rumah?”. He he hee… Kalau doctor dah tanya camtu, makin takut plak Mummy kan. Doctor reserve satu katil untuk Mummy tidur semalam di hospital. Doctor nak tengok penjagaan Mummy. Alhamdulillah, Ammar cepat belajar direct feeding. Bila semua dah ok, Mummy terus suruh nurse proceed untuk discharge.

Perasaan:
Happy, takot…semua ada. Bila ada anak yang pernah sakit memang Mummy takut sebab tak tahu penjagaan yang betul. Seeloknya kena elakkan dari sakit. Mummy memang pantang kalau ada orang lain sakit dalam rumah sebab takut berjangkit. Memang cepat-cepat Mummy akan bawa ke klinik. Tap akhirnya Ammar sakit juga jangkit dari abang. Selsema & batuk… Terus admitted sebab doctor taknak jadi makin teruk. Alhamdulillah… semua dah kembali normal.

Result Diagnos:
SEVERE CONGENITAL PNEUMONIA


Mummy tak pernah share gambar ni... Amik curi-curi hari raya pertama. 

Hari raya pertama kami sebelum ke hospital... Ramai yang tanya 'mana baby baru?'. 

Sehari sebelum Ammar discharge... Hanya Allah yang tahu bila dapat peluk dia. Terima kasih Allah bagi peluang yang tak ternilai ini.

Hari pertama Ammar kat rumah... Alhamdulillah!

Alhamdulillah... Ammar latest... dah pandai senyum-senyum ajak borak-borak...

Sampai ke harini, bila Mummy tenung Ammar memang rasa sebak hati ni... Mummy bersyukur dapat peluang peluk cium Ammar. Semoga Ammar jadi anak yang soleh & sentiasa diberi kesihatan yang baik.


Tuesday, September 29, 2015

:: New Sweetheart

Alhamdulillah... Mummy safely delivered 3rd child, 2nd boy 23 June 2015.... Cute 2.3kg baby boy. Introducing another Nik Jr. Nik Ammar Zahran. 

Maaf... Mummy lambat update pasal my new baby born. Takpela, Mummy dah sedia nanti... In Sha Allah, mummy akan update kronology of the situation... hu hu huu...



Ini la buah hati terbaru mummy... Encik suami cakap copy paste mummy. he he heee... 



Ini Abang besar vs Adik... Kejap sayang kejap tolak... yang pasti dua bujang mummy ni breasfeeding. he he hee...

Ammar 3 bulan sudah & his 1st trip ikut mummy ayah ke KL & Melaka... belum boleh main apa lagi. So duduk je la dalam stroller ye cayang.

Bingkisan buat Ammar:

Alhamdulillah... 
Mami syukur sangat Allah bagi Ammar kesihatan yang baik selepsa semua dugaan yang kita tempuh...
Mami syukur sangat dapat kongsi senyum dengan Ammar...
Mami syukur sangat Ammar tak banyak karenah...
Paling mami syukur sangat bila mami masih berpeluang peluk cium Ammar...

Sayang Ammar... Sayang anak-anak mami semua