Layan iklan

Showing posts with label drama tv. Show all posts
Showing posts with label drama tv. Show all posts

Tuesday, March 26, 2013

:: 'Menggila' lagi...

'Menggila' apakah?? he he hee... Sejak encik suami balik lambat banyak kerja & sibuk aktiviti memancingnya, Mummy jadi penonton setia channel ONE HD. Sebelum ni Mummy tak langgan channel tu tapi encik suami kaki sport, maka kena tukar pakej daa... Tak dapat tengok malam, sebelum gi kerja Mummy layan dulu sebab nak tengok siaran ulangan. Serius buruk perangai... Eh! Lupa nak bagitau 'menggila' apa... Korean drama laa... Tengok iklan macam best & Mummy cuba la tengok. Sah! Memang tak mengecewakan. Actually ada 2 drama Mummy layan. Memang tak dapat follow setiap malam tapi Mummy akan pastikan dapat tengok ulangan.

#Korean 1 ~ That Winter, The Wind Blows
Sedih cite ni...Mummy masih kabur ngan jalan cerita tapi faham la. Heroin sangat cantik...Hero tak brape ensem tapi nampak karismanya.hu hu hu...

#Korean 2 ~ Full House Take 2
1st time tengok macam poyo la plak kan...dah layan stgh jam, serius cite ni kelakar. Comel-comel je watak dalam cite ni. Bukan kesinambungan Full House tapi masih mengekalkan konsep yang sama. Kisah selebriti & orang biasa.

p/s: Jeles btol tengok kulit dieorang yang super duper flawless...

Wednesday, March 14, 2012

:: BFF~ Teman tapi mesra

Yeay! Dapat gak tgk final episode BFF...Teman Tapi Mesra malam tadi... Kalo ikutkan mmg dah tak larat nak tgk tv. Tak sedap badan, rasa mcm nak pengsan berdiri lama-lama. Sebelum tu sempat la gak Mummy layan last episode Vanila Coklat. Mummy tak pernah follow pun Vanila Coklat tu, tapi disebabkan last episode la Mummy tgk. Sweet drama...patut ler ramai yg dok cite sana sini. Takyah tgk pun dah tau jalan cite sbb byk info. he he he...
Personally, Mummy lagi suka drama BFF tu. Tak sangka smlm last episode. Mummy dah miss 2 episode. Tak tahula kenapa suka drama tu... Berdebar gak tgk smlm...

Sinopsis: Kisah 2 org kawan baik dari kecik smpi la besar...berjiran. Shahidah & Iskandar. Shahidah ada impian sendiri tapi dikongkong ayahnya. Iskandar lak sanggup buat apa saja demi kawan baik dia. Iskandar sanggup berkorban ajak Shahidah kahwin semata-mata nak tolong Shahidah capai impian.

Takut gak Mummy fikirkan endingnya... takmo cerai2 sbb Iskandar sangat baik & sweet. Alhamdulillah, happy ending. *poyo*...ha ha ha... Sari Yanti comel...mata bulat. Munif Isa sgt cool...hurmmm


Quote dlm BFF...
"Seorang suami tak mungkin akan jadi sahabat yang baik tapi seorang sahabat mampu jadi suami yang baik & memahami" ~ Personally, Mummy kurang setuju...he he he

Friday, January 27, 2012

:: Satu Malam PERAWAN

Dengar tajuk dah takut kan kan kan...
Mummy ni bukanlah jenis yang setia tgk drama sampai abis & layan iklan skali.he he he... tapi tajuk telemovie tu membuatkan Mummy nak tgk apa kesudahannya. Tajuk yang menarik mmg mampu menarik penonton kan. Ditambah plak barisan para pelakon yang sgt berbakat. Rupanya telemovie ni hasil buah tangan dari JS Pictures yg Mummy rasa selalu menghasilkan cereka yang berkualiti. Syabas kepada Sheila Rusly & Diana Danielle yang membawa watak yang sgt berkesan. Tahniah juga kepada pelakon-pelakon lain Wan Nor Azlin (dr dulu dia mmg talented), Razak Ahmad, Erin Malek & yang lain-lain (terlupa pulak nama mereka).


Sinopsis: Aisyah dan kawannya, Mira (Erin Malik) telah diculik dan dijual kepada Mummy Nora dan akhirnya dilacurkan dalam usia yang begitu muda, iaitu 16 tahun. Walaupun tersiksa, Aisyah tidak pernah berhenti berdoa dan berusaha untuk melarikan diri. Saban hari Aisyah menghitung hari sehinggalah hari ke-21 tiba.


Ulasan Ikhlas dari Mummy: Awalan cerita yang memang tidak membosankan. Mampu membuatkan kita rasa takut. Yerla kan, sebagai seorang mak perasaan takut akan terjadi pd anak perempuan kita. Ayat 1st yang keluar dari mulut Mummy adalah "KEJAMNYA!!". Walaupun Sheila Rusly membawa karakter sebagai ibu ayam 'bertudung' tapi dia mampu buat Mummy rasa marah & benci pada dia. Thumb up to her!! Pada Mummy telemovie ni mengangkat reliti hidup yang sebenar. Ending sgt sedih... Unexpected ending.

Sebenarnye jalan cerita ni lebih kurang filem hollywood "TAKEN" lakonan Liam Neeson (feveret actor Mummy). Awalan cerita yang agak sama tapi kelainan di endingnya. Tak salah rasanya mencedok idea hasil dari cereka lain asalkan ada kelainan.  


Wednesday, November 23, 2011

:: My Princess

Whoaa... Dah lama rasanya Mummy x layan drama korea. Dulu Mummy sgt ler addicted. Ada la gak CD movie & yg Mummy beli... Tapi x bape nak ingat tajuknya...jap jap eh, nak recall smula.

My Boyfriend is type B

My Little Bride

The Successfull Story of A Bright Girl

Ada lagi tap x ingat tajuk.. tu baru yg bli CD. Yang kat tv? hehehee... Jewel In the Palace, Stairway to Heaven, Full House, Princess Hour...bla bla bla...

The latest Mummy layan My Princess...
Best sbb tak sakit mata tgk pelakon2 nya... walau berlakon jahat cane pun, tetap maintain cantik gituh.


Sinopsis skit:-
Kisah seorg gadis anak yatim ,Lee Seol yg sebenarnya puteri Korea. Berjumpa plak hero yg sgt hensem & ego, Park Hae-Young. Si Hae-Young plak jadi guru peribadi si Lee Seol. Byk la kejadian lucu kat dieorg ni smpi la dieorg jatuh chenta... Yoon Ju plak berhasrat nak kawen ngan Hae-Young tap last2 Hae-Young tak layan. Masa nila si Yoon Ju buat rncgan jahat nak jatuhkan atuk Hae-Young. Dalam masa yg sama, Jung Woo cuba nak halang walaupun dia cintakan Yoon Ju.

Huh!! failed ok Mummy tulis sinopsis. Tapi better korang tgk sndri la kat 8TV setiap ISNIN-JUMAAT jam 8.30 mlm. Skang dah masuk episod yg romantis & mendebarkan. 


Hae-Young (Song Seung-Heon)  & Lee Seol (Kim Tae-Hee)
Cute sgt kan!! 

Yoon Ju (Park Ye-Jin).
Cantikkan dia..sgt versatil!

Jung Woo (Ryu Su-Yeung)

Tuesday, September 20, 2011

:: Sibuk sgt kah?

Sibuk sangat ke sampai tak sempat nak update rancangan apa kat TV? Mummy dah jumpa penyelesaiannya...heheee.... Apa kata korang jenguk-jenguk blog nih ---> MEDIAPRIMA
Takdela sume cite de kat dalam tuh. Sekurangnye puas ati la gak. Yang best drama-drama kesukaan korang pun ada. Setiap episod...Mummy pon boring-boring kat opis, layan la gak.heheee... Jangan ikut pe'el tu, nant BOSS marah.

Tata Titi Tutu...

Tuesday, August 23, 2011

:: Ramadhan Terakhir TV3

Jangan lupa ye layan Ramadhan Terakhir kat Slot samarinda TV3 selasa ~ khamis jam 10.30mlm...
Bagus tau drama nih....tgk jgn x tgk ok

OST Ramadhan Terakhir by Pompa Bensin