Layan iklan

Friday, January 27, 2012

:: Satu Malam PERAWAN

Dengar tajuk dah takut kan kan kan...
Mummy ni bukanlah jenis yang setia tgk drama sampai abis & layan iklan skali.he he he... tapi tajuk telemovie tu membuatkan Mummy nak tgk apa kesudahannya. Tajuk yang menarik mmg mampu menarik penonton kan. Ditambah plak barisan para pelakon yang sgt berbakat. Rupanya telemovie ni hasil buah tangan dari JS Pictures yg Mummy rasa selalu menghasilkan cereka yang berkualiti. Syabas kepada Sheila Rusly & Diana Danielle yang membawa watak yang sgt berkesan. Tahniah juga kepada pelakon-pelakon lain Wan Nor Azlin (dr dulu dia mmg talented), Razak Ahmad, Erin Malek & yang lain-lain (terlupa pulak nama mereka).


Sinopsis: Aisyah dan kawannya, Mira (Erin Malik) telah diculik dan dijual kepada Mummy Nora dan akhirnya dilacurkan dalam usia yang begitu muda, iaitu 16 tahun. Walaupun tersiksa, Aisyah tidak pernah berhenti berdoa dan berusaha untuk melarikan diri. Saban hari Aisyah menghitung hari sehinggalah hari ke-21 tiba.


Ulasan Ikhlas dari Mummy: Awalan cerita yang memang tidak membosankan. Mampu membuatkan kita rasa takut. Yerla kan, sebagai seorang mak perasaan takut akan terjadi pd anak perempuan kita. Ayat 1st yang keluar dari mulut Mummy adalah "KEJAMNYA!!". Walaupun Sheila Rusly membawa karakter sebagai ibu ayam 'bertudung' tapi dia mampu buat Mummy rasa marah & benci pada dia. Thumb up to her!! Pada Mummy telemovie ni mengangkat reliti hidup yang sebenar. Ending sgt sedih... Unexpected ending.

Sebenarnye jalan cerita ni lebih kurang filem hollywood "TAKEN" lakonan Liam Neeson (feveret actor Mummy). Awalan cerita yang agak sama tapi kelainan di endingnya. Tak salah rasanya mencedok idea hasil dari cereka lain asalkan ada kelainan.  


2 comments:

  1. ader tgk gazet tp xsempat nak layan..betul lah bc tajuknyer dah seram..penuh tanda tanya..

    ReplyDelete
  2. aku layan gak citer ni, dari mula smpai abis. tu pun sampai gado jgk anak-branak. suami aku nk tgk 999, aku gn anak2 nk tgk citer ni. 1 fight 3 mana boleh...kompom la kami yg menang..hehehe..tp ending x besh!

    ReplyDelete