Layan iklan

Monday, February 15, 2016

:: Mami & kerja...

Alhamdulillah masih diberi kudrat bekerja dan memikul tanggungjawab sebagai isteri & ibu... Dalam blog ni hampir 90% mami akan bercerita perihal peribadi ibarat diary personal mami. Blog ni ibarat satu momentum untuk mami release dari bebanan kerja. Mami tak rasa kerja ni adalah satu bebanan fizikal cuma ia lebih kepada bebanan mental. 

Tapi bila mental dah stress, lidah boleh jadi pedang.... he he heee....

Al kisah di pagi isnin, mami terima Whatsapp...

UPC : Salam puan, maaf ganggu... claim saya tak boleh dapat ke?

Mami cuma tenung lama... fikir nak jawab apa... Nak marah memang tak guna la kan... Maka selesai lunch, ini la jawapan mami pada beliau:

Mami : W'salam.... Saya pun tak tahu la boleh dapat ke tak. Saya bagi surat, awak xde respon. Saya bagi defects list, awak xde action. So saya pun xdela amik tau pasal claim awak.


Mungkin yang tu la jawapan yang terbaik buat masa ni. Mami ke hulu hilir selesaikan masalah dieorang... Bagi chance sebab sesama melayu tapi faham-faham la kan... Duit nak cepat tapi kerja ke laut... Janji macam-macam.

Ini la project yang menjahanamkan appraisal mami untuk 2015. hu hu huuu....

Thursday, February 11, 2016

:: My Ammar

Alhamdulillah... Ammar sudah 8 bulan. Besar sudah bucuk masam mami. Macam-macam karenah sekarang. Kuat mengamuk bila tak dapat apa yang dia nak. Nak tido pun mengamuk dulu, nak susu pun mengamuk dulu. he he hee...

Kalau dah bangun pagi, mami terus letak kat hall biar dia main. Sementara mami sibuk urus rumah, kena pastikan dia langsung tak nampak kelibat mami sebab nanti dia akan mengamuk lagi kalau tak diangkat. Kalau boleh nak kita dok depan mata dia main-main sekali. Itu la my Ammar.

Budak pantang nampak kamera... Suka selfie cam mami.he he hee

Dah pandai mengemas skang...

Dah boleh ajak ngeteh skang... selfie lagi ngan mami

Selfie lagi... pose dak Ammar tak pernah mengecewakan.he he hee

Kalau dia sedang tido, sila la jangan buat bising... mengamuk tak hengat.hu hu hu... Jenuh mami ngan ayah nak pujuk

Tapi ini adalah best view mami tiap-tiap malam... Sedap gila peluk dia sambil gomol-gomol.

Ni sorang lagi manja mami ayah... Super duper manja. he he hee


Wednesday, February 10, 2016

:: Bibik oh Bibik!

Akhirnya... baru harini berkesempatan update blog. Maklumla sedang membiasakan diri dengan rutin lama... he he heee... Rutin lama??? yes...rutin menghantar anak-anak ke rumah pengasuh. 

Sebelum ni, mami & encik suami memang hantar anak-anak ke rumah pengasuh... Ada rezki pregnant lagi, encik suami decide untuk cari pembantu rumah. Setelah dikira tambah tolak kos semua, better cari pembantu rumah. Ikutkan planning, bila dah pindah rumah baru nanti baru la kami cari pembantu rumah sebab rumah sekarang single storey with 3 bedroom saja. Master bedroom of coz la mami & encik suami. Kakak pun dah ada bilik sendiri and another room mami jadikan ala-ala pantry room. Bila ada pembantu rumah, terpaksa la sementara share room dengan kakak. Sementara je pun kan...

Pembantu rumah no 1, "Z"

Masa pembantu rumah yang ni sampai ke rumah, mami baru je baik dari sakit.. Lama gak mami cuti sakit. Kebetulan masa tupun tengah tunggu hari nak bersalin. Mami plak akan berpantang sendiri kat rumah sebab kakak sekolah, so encik suami risau la kalo takde pembantu rumah. Alhamdulillah, sebulan sebelum bersalin pembantu rumah sampai. Orangnya agak pendiam... Satu ditanya, satu dijawab. Sudah diterangkan juga Z ni ada masalah gastrik. So stok makanan memang kena sentiasa ada la kan. Pandai-pandai la dia makan. Buat kerja rumah memang tip-top... Sampaikan kakak ckp "bersihnya rumah kita mami". ha ha ha... nak cakap mami malas ler tu. Masak pun boleh tahan sedap. Si Z ni memang ada pengalaman kerja kat Saudi, so takdela mami risau sangat. Ada pengalaman kan........ 

Minggu pertama tu ingatkan nak tinggalkan kat rumah mak mentua untuk belajar selok-belok kemas rumah, cara jaga anak-anak. Eh! Eh! nangis plak kena tinggal. Katanya tak serasi. Mami ok je, pegi la pusing balik ambil dia. Memula cakap tak kisah makan maggi kalau lapar. Ikan, ayam pun penuh dalam fridge. Tinggal ambil je. Start tinggalkan zahin dengan dia, tapi lunch mami akan balik rumah. Tapi dia cakap mami tak percaya kan dia jaga anak-anak. hu hu hu...

Minggu kedua, macam biasa... Siap bawak gi jalan-jalan. Tanya nak makan apa. Maklum la majikan baik kan. ha ha haaa...

Masuk hari pertama minggu ketiga, ayah mami call tanya bibik ok ke tak. Mami cakap ok je. Ayah tanya lagi, hujung minggu mami masak tak?? Ok, macam pelik ayah tanya macam tu. Mami cakap mami masak macam biasa cuma lambat la siap masak lebih kurang jam 1. Normal la kan weekend, banyak kerja rumah nak kena buat. Rupanya si Z mengadu domba kena paksa buat kerja sampai jam 3 pagi, tak dibagi makan. Terkejut ok! Apa la salah mami dia cakap macam tu... Siap cakap, kalau keluar... dia cuma dibagi makan nasi lemak sedikit. Adoi! mami ngan encik suami pun cuma minum kopi jek. Untung la dia dapat makan. wawawaaaa... Masa ni memang rasa nak marah tapi mami cuba sabarkan hati. Call encik suami, cerita semua. Setelah lama dok borak dengan dia, baik antar dia balik je la.. Call balik ayah mami, decide nak bentikan dia. Mami amik cuti bersalin terus & balik rumah... Sampai rumah, mami cakap kat Z kemas semua baju. Sambil kemas tu, boleh dia tanya "kak long enggak suka ke Z kerja sama kak long". huh! malas nak layan. Bermuka-muka sungguh... Dia cerita kat orang kampung yang mami ni dok dera dia, tak bagi makan. Wow!!! Ko dhuha, solat tak pernah tinggal, mengaji khatam tapi ini caranya. Senang je dengan mami, tak suka sila balik... Cari majikan yang lagi bagus. 

Off story pasal si Z... so selamat bersalin, masih menunggu pembantu rumah yang lain. Lagi beberapa minggu nak masuk kerja, barula pembantu rumah baru sampai. Tupun mami terpaksa sambung unpaid leave.hu hu hu...

Pembantu rumah no 2, "S"

Pembantu kali ni, memang takde pengalaman langsung. Memasak pun tak berapa pandai walaupun dia cerita orang kampung suka masakan dia. he he heee... Maka bermula la episod mami memasak disubuh hari untuk anak-anak. Jam 5.30 pagi gigih bangun siapkan semua untuk anak-anak. Basuh baju siap-siap. Bibik cuma tolong sidai je la... Mami punya la baik siap cakap, tak yah gosok pun takpe. "kamu jaga anak-anak aku baik-baik". Wah! baik sungguh majikan... he he hee... Dia nak makan, tak kisah la nak masak apa pun. Lauk banyak dalam fridge. Maggi pun banyak lagi (bibik lama langsung tak makan maggi yang mami beli). hu hu huu...

Kerja-kerja rumah, dia memang langsung tak reti. So, xpe mami ajar la sikit-sikit. Siap pesan, mainan anak-anak tak payah kemas... nanti diselerak kan semula. Yes! mami very positif. ha ha haa... Apa yang kurang semua mami belikan. 

Pernah tegur pasal penggunaan telefon, dia menangis beriya... Siap ugut nak balik kampung... Baru tegur sikit. Yela, mami selalu pesan kalau anak-anak ada pape hal, call la kita ni kan inform. Tapi jawapan selalu habis topup. If la kan jadi pape, camne nak call mami. So mami tegur la kan jangan selalu bergayut kalau takde apa yang penting. Eh! Eh! dia melenting then ugut-ugut plak kan. Mami masih sabar, cuma satu ayat "kau fikir betul-betul kalau nak berhenti kerja.Nanti petang aku antar balik"... Tengok-tengok petang dah ok, nak kerja lagi katanya. Dieorang saja je nak testing majikan kan... Ok, fine. Mami masih sabar. Cerita gak kat encik suami & ayah mami. Solution, mami engage 1 lagi phone khas kat rumah supaya senang nak call anak-anak. So kalau bibik tak cukup topup, pandai-pandai la kan. he he hee...

Bibik kali ni paling susah kalau ajak balik rumah mak mentua mami... Tak tahu la kenapa...tapi bila sedara mara dia kena tangkap polis, pandai plak call abah mentua mintak tolong. hu hu huu... Terus terang, on weekend memang mami uruskan anak-anak. Takde ganggu pun bibik... Kasi rehat kan. Tapi bibik kalo ajak balik rumah mak mami, memang dia suka la sebabnya dia akan balik rumah adiknya. Kena paksa tido rumah mak pun dia taknak. Tau-tau dah hilang balik rumah adiknya. Ok, masih sabar... salah kami kot sebab terlalu bagi muka pada pembantu rumah. 

Setiap kali mami balik kerja, dia dok syok layan sinetron. Mami ngan encik suami butakan la biji mata ni sebab dah set kat kepala, dia dah jaga anak-anak kat rumah.

Hari kemuncak di saat encik suami takde kat rumah. Encik suami enjoy his fishing trip... So mami balik kampung. So balik kerja macam biasa, packing barang siap masukkan barang dalam kereta. Selesai maghrib, mami tengok pampers anak-anak. Si S masih dok termenung kat tepi. Soalan mami very simple "kamu mahu ikut aku balik rumah mak aji tak?". Eh! eh! dia tenung mami dan tetiba tengking mami "aku mahu balik rumah adikku!". Wow! Disaat mami yang masih bersisa penat, memang pantang diprovoke begitu. Mami tanya "Apa masalah kau?". Mami suruh dia bersiap... Sambil hentak kaki, mulut mengomel... dia masuk bilik. Hempas pintu bilik, bilik air sambil terjerit-jerit. Macam biasa la ugut mami nak berhenti kerja. Ok, fine... dalam hati ni "kau cabar aku kan???". 15 minit jugak la mami tunggu dia. Masih lagi mengomel... Mami bagi Ammar sambil cakap "ini last kau pegang ammar, ingat tu!". Ingat dah setel semua, dia masih lagi mengamuk terjerit-jerit kat luar rumah. Mami masih senyap tapi dia dok sambung lagi. Sakit kepala ok... ha ha haa... Dia ungkit gaji... hurmmm... Kalau ikutkan, mami tak perlu bayar gaji dia sebab tolak permit tapi atas dasar belas ehsan, kami bagi la juga gaji sebab fikir dia jaga anak-anak. Masih dia ungkit...

Mami hilang sabar, mami terus call ayah cerita semua & bagi hilang stress skit. Terus terang mami hilang sabar, cakap kat ayah "saya give up ada orang gaji. buat baik salah, x buat baik lagi la kan". So mami decide cancel her permit... Sapa nak jaga anak-anak, nanti mami fikir. Mami dah tak fikir nak call encik suami sebab kat tengah laut mana de service kan. ha ha haaa... 

Ingat sepanjang perjalanan balik kampung, aman la kan. Rupanya dia can't stop mubbling. OMG! Mami totally stressed... bila mami minta stop, dia degil... Then after 3 times mami cakap "tolong senyap S atau aku tinggalkan kamu tepi jalan!". Baru dia senyap... Then mami plak membebel-bebel ungkit semua. After 30minutes, dia buka mulut dengan intonasi yang sangat lembut. Katanya masih mahu kerja dengan mami. Sorry, mami serik...

Punca? Dia cakap mami balik kerja tak senyum dan gurau-gurau macam biasa. Untung la kan ada majikan yang macam tu. Dia tak fikir kita kat tempat kerja. Ingat kita ni goyang kaki agaknya. hu hu huu... 

Kesimpulan:
Mami serik nak ada pembantu rumah. Lebih baik bagi rezeki pada orang kita yang betul-betul nak cari rezeki. Takpe mami penat urus rumahtangga tap rasa puas hati sangat. Mami pun not totally salahkan orang gaji sebab mungkin ada silap dari mami ngan encik suami gak. Paling penting kami selesa takde orang asing dalam rumah. Rumah berselerak tapi bahagia jek.