Layan iklan

Showing posts with label shopping. Show all posts
Showing posts with label shopping. Show all posts

Monday, September 15, 2014

:: Road Trip Honeymoon

Finally, Mummy & encik suami 'honeymoon'... Sangat........ he he hee...
Perancangan asal cuma teman encik suami cari barang tapi dah macam roadtrip pulak. Kali ni kami berdua je. Anak-anak tinggal kat rumah mentua. Bukan nak jalan-jalan sangat, cari barang. Kesian kat anak-anak kepanasan & kepenatan dalam kereta. 

Buat pertama kali Mummy menjejakkan kaki ke Kelantan. Macam jakun skit la. Walaupun kampung encik suami kat Kelantan, Mummy memang tak pernah diajak kesana. Sebabnya encik suami lahir, besar, sekolah, kerja & kahwin kat Johor. hi hi hi... InsyaAllah nanti nak bawak anak-anak bercuti ke Kelantan. Mummy suka sebab bandar yang bersih, makanan yang sedap & murah.Yes! another place which i recommended "Kelantan".

Memandang kami gerak siang maka kami sampai sana hampir Maghrib. Paling best booking hotel masa otw ke sana. Alhamdulillah senang je nak cari hotel hasil bantuan "Google map". Taknak guna waze sebab bad experience masa gi KL (KL je pun..). 1 word yang keluar dari mulut Mummy sampai ke Kelantan "macam kat mekah".  Signage kedai wajib ada tulisan jawi... Tengok betapa jakunnye Mummy.

Seawal pagi kami dah check out sebab nak mencari Pasar Mundok. Katanya pasar ni seberang Sungai Golok. Barang-barang memang murah gila. Memandangkan tak pernah pergi maka sesat la gak. Tapi akhirnya sampai la juga. Nak ke Pasar Mundok ni tak payah guna passport pun. Kira kami ni "pendatang haram" gitu. Naik bot RM2 pergi balik. Tak perlu risau sebab ada askar yang jaga kat sekitar perairan situ. Barang-barang terkawal memang tak boleh beli la contohnya beras. Setakat nak sekilo dua lepas la. Beli borong pun kena tahan gak tapi boleh je mintak tolong orang sana bawakkan. Mummy memang tak pandai ckp sana, maka encik suami soh Mummy kunci mulut. Encik suami yang deal harga sebab kalo orang asing memang dieorang pancung harga. Barang harian memang murah gila la... Mummy beli toto rm29 je. Narita kat sana rm37, kalo kat JB dah beratus kot. Mak mentua siap kirim asam keping. 3 cupak tros Mummy beli, buat stok. hi hi hi... Tudung manik tepi, Mummy dapat rm12 sehelai. Kalo kat Pengkalan Kubor dah rm30. Bantal kekabu 3 biji rm10. Cuma jangan la mengharapkan Mundok tu pusat borong. Sebenarnya lebih kurang pekan kecil je.

Siap shopping, barang yang encik suami cari takde... Last minute decision, kami turun KL. Huh! gila penat tapi dah alang-alang rasa penat baik kami penat tros. Target nak terus ke KL, tapi masuk Raub kami dah flat, maka tidur la semalam. Macam orang baru kahwin kan...so gediks kan.

Finally, apa yang dicari jumpa kat KL. Shopping macam xde anak kan. hi hi hi...

Sebenarnya trip tanpa anak adalah waktu terseksa kami. Rindu sangat-sangat... Rasa pelik bila tak pegang baby. Rasa pelik bila pandang belakang kakak takde baring. Rindu nak dengar suara dieorang. 

Ok, layan la gambar gediks kami ni...




p/s: Selamat membayar saman kepada encik suami.... sekian

Thursday, September 20, 2012

Monday, August 13, 2012

:: Cik Khaleesa & Hari Raya 2012

Alhamdulillah persiapan raya cik Khaleesa dah pun settle. Apa pun memang kena dahulukan dia skang nih. Dia pun asik update "Nanti nak raya kan mami?". Budak-budak bukan paham apa pun janji de baju baru & cantik. Sebelum ni Mummy belikan dia poney je tapi tahun ni Mummy terjah sale kat Metrojaya lak. Dalam kepala ni memang dah set, kalo takde kat metro Mummy pegi poney je. Nasib baik la anak sorang je.hu hu hu... Ada gak survey2 kat JPO tapi kebanyakkan tinggal display.
Masuk metro Mummy terjah somerset bay dulu sebab kawan Mummy update de sale. Dah tengok-tengok baru Mummy pusing-pusing survey. Selesai pusing Mummy stop kat east india collection. Berkenan sangat ngan gaun satin warna gold. Tapi sayang, cik Khaleesa tak nak sebab seksi sangat. Erk! he he he... Yang dia nak gaun satin hitam plain. Kat EIC Mummy pilih blouse je untuk cik Khaleesa. Warna dia pilih sendiri. 
Lepas tu Mummy cari jeans & tshirt plak.. Senang je nak cari sebab size untuk cik Khaleesa banyak. Dapat la jeans & tshirt power puff girls. Dah setel, Mummy pegi balik somerset bay...dapat la 1 cotton gaun warna maroon. Pun cik Khaleesa yang pilih. Total untuk semuanya, masih lagi dalam bajet Mummy untuk dia. Serius penat gila sebab pegi Jumaat malam. Nasib baik orang tak ramai sangat. Alhamdulillah settle semuanya termasukla orang tu yang sopping kemeja raya. 



Gaun ni size umur dia tapi cik Khaleesa kurus sangat, Mummy amik size 4. Yang best less 60% + 10% for member. Memang wajib beli sebab somerset bay bukan murah.

Untuk baju kurung, Mummy dah siapkan 2 kurung & 1 jubah untuk dia. Tapi sepasang dia dah rasmikan sebab attend majlis kawen sedara Mummy.

Pre-look baju raya Mummy. Weekend tak buat apa-apa tapi dapat siapkan bunga tampal tu sekali ngan jahit. Yang sedih, tak taula baju ni muat ke tak raya nanti sebab baju ni mengecut bila basuh. Padahal Mummy dah soh tailor besarkan sikit.hu hu hu...

p/s: Kat kepala ni masih terbayang-bayang gaun satin gold kat EIC.

Tuesday, June 19, 2012

:: Wrislet


Pagi tadi Mummy ada post pic kat atas tu dalam FB. Ramai la yang tertanya-tanya benda alah apa. Mulanya memang takde niat nak update pasal benda alah tu. Bukan apa, segan nak tunjuk. he he he...

Last week opismate Mummy ada bgtau nak ke negara jiran, Kota Singa. Skang kan tengah SALE... So, dia ada la tanye nak kirim apa-apa. Mummy dengan pantas & cergas terus cakap nak WRISLET. Tadi dia masuk opis, terus bagi kat Mummy. Tak sempat nak pilih sebab tinggal colour tu je. Ok gak la... Kawan Mummy cakap, masa dia nak beli...stok tggl 3 je. Nasib baik la...

Inilah rupa bentuknya... brand ni rasanya takde kat Malaysia. Simple je tapi blh isi macam-macam kat dalam tu dan sangat sesuai ngan Mummy yang suka sangat simpan resit. ha ha ha... Murah je... $19.90... Last year $29.90...

Thursday, June 30, 2011

:: SALE! SALE! SALE!

Kalo ikutkan 30 Jun - 3 Jul de Metrojaya Karnival Sale kat Persada Johor... Hajat dihati mmg nak pegi, tapi malas nak ke bandar. Mslh parking lagi, kalo parking dalam mahal la plak.huhuuu... Tujuan Mummy pun cuma nak beli baju raya utk Khaleesa. Kena setel bln ni sbb nxt month blh fokus ke lain plak.

So drpd Mummy drive jauh2 ke Persada Johor, baik Mummy ke Poney SALE. Smlm dh survey kat Poney Bukit Indah, tapi x byk dress utk Khaleesa. Kwn Mummy ckp Poney Angsana byk pilihan gigirl. Mummy bli 1 dress, jeans & tshirt utk Khaleesa. Agak kopak la gak Mummy...huhuu... Takpe, skali skala...bg meriah sikit raya thn ni. Lagipun, Khaleesa dh faham mksd 'raya'. Heheee...

Pada sapa2 yg nak shopping raya utk anak2, gi la Poney... SALE 50% - 70% di seluruh M'sia until 31st Aug.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, June 29, 2011

:: Shopping therapy...

Ingatkan nak tgk wayang mlm ni. Tapi xde cite menarik. Nak tgk transformers, en Suami ajak tgk sama2 nanti. So, rini Mummy buat keputusan mendadak utk 'Shopping Therapy'...hahaa...

Ganjaran utk diri sendiri yg sudah lama tak bershopping...huhuuu... Biasanye, Mummy selalu shopping utk Khaleesa tapi kali ni bg 'hadiah' utk diri sendiri lak. Kdg2 dlm kepala ni mmg dah set nak beli utk Mummy, tapi at last beli utk Khaleesa @ en Suami.


Takdela therapy sgt sbnrnya, tapi dpt la sambar flat shoes yg 2 in 1. Gi keje pn blh, gi jln2 pn ok. Lagi 1 brg yg Mummy mmg selalu tak tahan nak membeli adalah handbag. Sampai juling mata ni nak memilih. So far, terapi Mummy kali ni blh dikatakan berkesan la gak hilangkan stress. Esok lusa nak sambung 'Shopping Therapy' lagi. Tapi kali ni utk cik Khaleesa lak.heheee...


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.