Layan iklan

Monday, September 15, 2014

:: Road Trip Honeymoon

Finally, Mummy & encik suami 'honeymoon'... Sangat........ he he hee...
Perancangan asal cuma teman encik suami cari barang tapi dah macam roadtrip pulak. Kali ni kami berdua je. Anak-anak tinggal kat rumah mentua. Bukan nak jalan-jalan sangat, cari barang. Kesian kat anak-anak kepanasan & kepenatan dalam kereta. 

Buat pertama kali Mummy menjejakkan kaki ke Kelantan. Macam jakun skit la. Walaupun kampung encik suami kat Kelantan, Mummy memang tak pernah diajak kesana. Sebabnya encik suami lahir, besar, sekolah, kerja & kahwin kat Johor. hi hi hi... InsyaAllah nanti nak bawak anak-anak bercuti ke Kelantan. Mummy suka sebab bandar yang bersih, makanan yang sedap & murah.Yes! another place which i recommended "Kelantan".

Memandang kami gerak siang maka kami sampai sana hampir Maghrib. Paling best booking hotel masa otw ke sana. Alhamdulillah senang je nak cari hotel hasil bantuan "Google map". Taknak guna waze sebab bad experience masa gi KL (KL je pun..). 1 word yang keluar dari mulut Mummy sampai ke Kelantan "macam kat mekah".  Signage kedai wajib ada tulisan jawi... Tengok betapa jakunnye Mummy.

Seawal pagi kami dah check out sebab nak mencari Pasar Mundok. Katanya pasar ni seberang Sungai Golok. Barang-barang memang murah gila. Memandangkan tak pernah pergi maka sesat la gak. Tapi akhirnya sampai la juga. Nak ke Pasar Mundok ni tak payah guna passport pun. Kira kami ni "pendatang haram" gitu. Naik bot RM2 pergi balik. Tak perlu risau sebab ada askar yang jaga kat sekitar perairan situ. Barang-barang terkawal memang tak boleh beli la contohnya beras. Setakat nak sekilo dua lepas la. Beli borong pun kena tahan gak tapi boleh je mintak tolong orang sana bawakkan. Mummy memang tak pandai ckp sana, maka encik suami soh Mummy kunci mulut. Encik suami yang deal harga sebab kalo orang asing memang dieorang pancung harga. Barang harian memang murah gila la... Mummy beli toto rm29 je. Narita kat sana rm37, kalo kat JB dah beratus kot. Mak mentua siap kirim asam keping. 3 cupak tros Mummy beli, buat stok. hi hi hi... Tudung manik tepi, Mummy dapat rm12 sehelai. Kalo kat Pengkalan Kubor dah rm30. Bantal kekabu 3 biji rm10. Cuma jangan la mengharapkan Mundok tu pusat borong. Sebenarnya lebih kurang pekan kecil je.

Siap shopping, barang yang encik suami cari takde... Last minute decision, kami turun KL. Huh! gila penat tapi dah alang-alang rasa penat baik kami penat tros. Target nak terus ke KL, tapi masuk Raub kami dah flat, maka tidur la semalam. Macam orang baru kahwin kan...so gediks kan.

Finally, apa yang dicari jumpa kat KL. Shopping macam xde anak kan. hi hi hi...

Sebenarnya trip tanpa anak adalah waktu terseksa kami. Rindu sangat-sangat... Rasa pelik bila tak pegang baby. Rasa pelik bila pandang belakang kakak takde baring. Rindu nak dengar suara dieorang. 

Ok, layan la gambar gediks kami ni...




p/s: Selamat membayar saman kepada encik suami.... sekian

No comments:

Post a Comment