Layan iklan

Tuesday, January 29, 2013

:: Khaleesa oh Khaleesa...

Agak lama tak cerita perihal makcik kecik Mummy nih. Sejak dah masuk pra-sekolah, schedule dia memang agak penat la. Pukul 6 pagi, Mummy dah kejut dia...maklum la sekarang dah ada bilik sendiri.he he he... Kalau Isnin, awal la Mummy hantar  sebab ada assembly. 6.45pagi Mummy dah keluar hantar dia. Kalau hari biasa, 7.15pagi baru Mummy hantar. Balik sekolah, Mummy tak risau sangat sebab dia naik van terus ke taska. Sampai taska, dia terus lunch & tido... Kalau ada homework, memang dia siapkan kat taska je. Balik rumah Mummy akan check sebab encik suami suh Mummy pantau.he he hee...

Kalau ikutkan badan Mummy memang tak larat nak buat semua tu. Terfikir gak, apa yang Mummy buat ni baru sebulan...agak-agak lagi beberapa bulan, konpem kurus kering jadinya. he he hee... Rutin wajib Mummy sekarang basuh baju & lipat baju tiap-tiap malam. Cik Khaleesa pun dah tido on time... kul 9 mlm dah terus masuk bilik. Lagipun dia jarang makan heavy...Mummy akan buat depend on request jek. So far, feveret dia roti canai telur. Kadang-kadang roti kosong & scramble egg je. Tak mau gemuk katanya. *budak-budak sekarang! ha ha haa...

Official outfit pra-sekolah cik Khaleesa. Rasanya seragam rasmi semua pra-sekolah... Dia memang suka pakai uniform ni. Maklumla, warna warni gitu.

Friday outfit...belum beli tudung putih, tu yang sarung je apa yang ada last week. Muka sembab sebab bangun awal...he he hee...

No comments:

Post a Comment