Layan iklan

Thursday, January 17, 2013

:: I'm not single... Mummy

Agak gedik la juga tajuk entri Mummy kan. he he he... masih dalam mood honeymoon tapi menikmatinya di dalam office. Wah! yer... "saya tau, saya pekerja yang sangat berdedikasi". ahaks! Takde yang special pun cuma rutin sudah berubah la sikit. Ala...sikit sangat berubahnya. Badan memang letih sangat-sangat, mengemas tak habis-habis. Sejak cik Khaleesa dah masuk pra-sekolah, memang hari-hari la Mummy kena membasuh. Seawal 6 pagi Mummy dah celik mata & siapkan cik Khaleesa. Nasib baik la sekolah sangat dekat ngan rumah Mummy. Balik hantar dia, sempat singgah beli sarapan & golek-golek depan tv sebelum pergi kerja. Alhamdulillah, banyak juga la urusan rumah yang Mummy dapat settle awal. Malam macam biasa la, jenguk-jenguk homework cik Khaleesa. Hampir seminggu jadi isteri, baru sekali Mummy masak tupun depend on request. Encik suami diet! heheheheee... maklumla, kami ada satu lagi majlis.

Cik Khaleesa pun sekarang dah dapat personal bilik. Semua yang dia request, Mummy dah tunaikan. So far dia happy & selesa. Agak kurang meragam tapi manjanya terlebih sudah. Cuma kena belikan dia almari extra. Maklum la, anak dara Mummy tu agak particular sikit. he he heee...

Encik suami pun banyak gak operasi rumah. Macam-macam kena buat katanya. Habis satu rumah dia operasikan. InsyaAllah lepas majlis rumah dia, kami sambung lagi. Tombol pintu, kepala paip dah siap ganti. Aircond dah siap pasang... Mesin basuh buruk Mummy dia dah betulkan. *phew!*... Sekarang nipun, encik suami dah tak payah tunggu email invitation meeting. Balik rumah @ call je isteri dia ni tanye "sayang, esok de meeting tak?". Ok, tiba-tiba teringat Mummy pernah nak update cerita perkenalan kami. Nanti k...kena refresh balik. heheheheee...

Kunci rumah dah bertambah skang... key chain pun dah kena tukar. Kata encik suami, key chain lama buruk & tak mantap. Semua dia buatkan...ha ha haaa...

Mummy?? Senang hati sangat pun tidakla tapi Mummy bahagia. Lepas sah jadi suami isteri, Mummy rasa lega sangat. Masih tak percaya, dalam setahun perkenalan kami, ianya berakhir dengan sempurna. Banyak perkara yang dipermudahkan. Pengalaman memang betul-betul mengajar Mummy lebih matang dalam menjaga perhubungan. cewah!!!

Bukti Mummy bahagia... cool blog oreo ni Mummy tambah milo. he he heee... 

Layan sikit gambar kahwin Mummy... pun dari camera kawan Mummy...
Inilah mak mentua kesayangan... berborak ngan dia asyik gelak je.he he heee...

Ipar duai yang super sempoi...he he he...

Ok, nampak GEMUKS!

Sekian...

3 comments:

  1. Hehehe. Tahniah kak! Daripada cara akak cite, memang nampak sangat akak bahagia :D

    Kita ni pompuan bukan la takleh hidup tanpa laki kan kak? Tapi kalau ada lelaki yg bergelar Suami ni, for sure jadi pelengkap hidup. At least apa2 pun yg kita nak buat, bolehlah dikongsi2. Cewwah! Semuga kekal bahagiaaa :P

    ReplyDelete
  2. TAHNIAH...HARAP MAAF MUMMY TAK DPT NAK DTG...
    APEPUN SELAMAT PENGANTIN BARU..MOGA KEKAL HINGGA HUJUNG NYAWA...

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah...Allah mudahkan segalanya. Kebahagiaan takkan dtg klu takat manis di mulut, gah di twitter & fb, canang satu dunia..tapi kebahagiaan dtg dgn izin Allah jua..;)

    ReplyDelete