Layan iklan

Saturday, December 29, 2012

:: Pendaftaran Pra sekolah

Alhamdulillah... Selesai sudah taklimat dan pendaftaran pra sekolah cik Khaleesa. 2 hari berturut-turut Mummy ke sekolah uruskan semua. Terkejar-kejar Mummy sebab banyak sangat urusan 'seri paduka'.hee hee hee...

Malam kelmarin, Mummy beriya dok menampal sticker nama kat stationery cik Khaleesa. Excited la gak kan anak nak sekolah.

Semalam, seawal 8.30pg Mummy dah ke SK Taman Bukit Indah utk cik Khaleesa buat ujian penilaian kelas. Berdebar Mummy tunggu kat luar. Mummy tak kisah dia masuk kelas mana asalkan dia dapat menguasai dengan baik. Lepas selesai, Mummy bergegas ke taska cik Khaleesa buat bayaran untuk transit tahun depan. Kali ni Mummy tukar taska dia sebab dekat sikit ngan umah. Agak kelam kabut gak semalam sebab Mummy curi masa sikit hantar kad jemputan. Tak boleh lama sangat lagipun petang ada appointment.

Pagi tadi pun Mummy bergegas ke SKTBI untuk sesi taklimat dan pendaftaran cik Khaleesa. Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Harap sangat cik Khaleesa dapat sesuaikan diri ngan sekolah. Walaupun baru pra sekolah, sakit gak 'poket' ni.huu huu huu... Macam-macam nak kena sediakan untuk dia. Untuk tahun depan, Mummy kena bersedia dari segi mental & fizikal. Dapat rasakan cik Khaleesa akan suka sekolah kat situ. InsyaAllah, tahun depan dia akan ikut trip sekolah ke Kidzania @ USS.

* Gear kereta cari pasal rini...tayar plak terpaksa guna spare tyre. Dugaan! Alhamdulillah.....


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

1 comment:

  1. kat mana bli sticker nama tu? blikan utk aku blh x?

    ReplyDelete