Layan iklan

Wednesday, December 26, 2012

:: MyEg

Disember & Januari adalah bulan pokai Mummy. hu hu hu... road tax & insurans due dan anak nak register sekolah. Mana nak fikir majlis kahwin lagi ni. Baru 3 tahun Mummy buat sendiri nak renew road tax & insurans. Kalau tak dulu tau guna pakai je kereta. Tapi sekarang dah tak boleh goyang kaki lagi. Alhamdulillah ada la bantuan sikit dari bank bergerak... Terima kasih yang tak terhingga pada emak & ayah. Banyak sangat mereka tolong. Setelkan majlis Mummy lagi. hu hu hu...

Sebelum ni Mummy renew by agen dari Proton. Last year Mummy minta tambahkan untuk insuran cermin tapi leceh sebab kena buat inspection dulu katanya. Jadi tahun ni dengan bersemangatnya Mummy buat sendiri. Setelah beberapa hari membuat kajian pasal MyEg, akhirnya Mummy yakin nak guna MyEg je. Tapi sebelum tu kena la setel saman. Pun Mummy setel guna MyEg. Memang sangat cepat & jimat. Cuma ada la charge RM2 tapi apa la sangat kan. he he he... 

Hari ni, Mummy renew road tax & insuran. Mulanya Mummy pilih Etiqa Takaful tapi sistem down plak. Tak puas hati, Mummy terus call MyEg. Ramai yang update staff MyEg sangat soft spoken. Yup! itu Mummy sangat akui & tersangat la berpuas hati. Tanya la apa saja, dieorang akan jawab & terangkan. Finally, customer services tu suggest beli insuran under MyEg sebab quotation termasuk ngan road tax. Pastu free untuk second driver. Setelah bagi details, dalam 15minit dah dapat email quotation dari MyEg. Sangat efisen kan... Tak puas hati boleh call balik then dieorang akan betulkan dalam 5minit je. Bila dah puas hati, juz klik pada link yang dieorang email & boleh terus proceed payment. Mummy biasa guna maybank2u je... Kalau korang rasa macam hang masa proceed payment, tu maksudnya korang kena allow pop-up blocked ye.he he he... Senang je, tak sampai setengah jam semua dah setel. Hanya dihujung jari... Siap de diskaun ok. Road tax & cover note insuran akan terus didelivery pada hari yang sama. Kalau kat area KL, korang dah boleh terus dapat...hantar by hand. InsyaAllah, next year Mummy akan terus guna MyEg.


* For staff MyEg named Fakhrul, tq so much for assistant & am really appreciated.

No comments:

Post a Comment