Layan iklan

Wednesday, November 28, 2012

:: Sepi tanpa khabar berita...

As salamualaikum.........
Genap la 20 hari Mummy menyepikan diri tanpa khabar berita di blog ni. Last entry pun sekadar pengumuman pertunangan Mummy yang sangat sempoi tuh. Tapi tapi.... kat twitter sangat aktif ye.he he he... FB lak stakat jenguk-jenguk jek. Nak kata busy sangat, tak juga... sempat jek main game (oppss! pecah rahsia). Cuma mood agak kelaut nak update. Kalau ikutkan dalam kepala ni memang banyak nak update tapi MALAS. Camne la nak kikis penyakit MALAS nih. Maybe sekarang tengah mood persiapan kawen kot. So far persiapan dah setel... Tinggal nak agih2 kan kad saja. Hantaran semua dah siap hias cuma nak kena touch up sikit la. Dulang hantaran 5 balas 7 je. Tupun letak yang betul-betul nak guna. Kami taknak membazir sangat. Anak nak sekolah tahun depan kan... Sian Encik Tunang, rasmi je jadi suami terus dapat instant anak. Senang cite buy 1 FREE 1.ha ha ha... Jangan marah yer Encik Tunang.

InsyaAllah tak lama lagi Mummy akan jadi isteri orang untuk kali ke-2. Bila fikir balik, perkahwinan ni satu perjudian & bukan kepastian. Macam pokok la.... baik kita jaga maka subur la jadinya & dapat la hasilnya. Doakan Mummy supaya dapat jalankan tanggungjawab yang tak berapa nak baru ni agar lebih sempurna. Setahun la gak Mummy mengenali Encik Tunang & Mummy selesa dengan dia. Takpe, lepas ijabkabul Mummy akan cerita pasal dia....

Persediaan kawen?? Bridal dah konpem.... lagi 2 minggu majlis baru gi fitting. Risau sebab badan makin naik.hua hua hua... makin diet makin naik. Senang hati sangat kot. Majlis Mummy ringkas tapi biarlah sempurna. Berdebar nak submit form nikah untuk kali ke 2. Maklumla, johor ni strict skit. Kena interview dulu baru dapat signature kadi. Tergelak gak bila membayangkan diri ni dok atas pelamin lagi. Tapi the best moment bersanding ngan cik Khaleesa...ha ha ha... 

Alhamdulillah, Ain Khaleesa akan menjejakkan kaki ke pra-sekolah tahun depan. Excited sungguh dia nak masuk sekolah....the real sekolah tuh! Mummy lak yang risau nih. Anak makin besar maka makin besar tanggungjawab kami. Buat masa ni cik Khaleesa on off dok kampung. Lagi la parents Mummy dah balik haji, dia dah tak boring sangat. Sementara cuti sekolah ni Mummy biar dia enjoy the holiday. Lagipun cousins dia ramai... memang enjoy la dia kat kampung. Tapi dia tetap tak lupa Mummy ni. Kadang-kadang dia call Mummy. Kalo tak apa guna Mummy bagi phone kan... 

* Untuk kawan-kawan blogger yang berkeinginan jemputan dari Mummy sila la tinggalkan alamat kat ruang komen. InsyaAllah kad akan dipos...tak dapat datang takpe janji dapat kad jemputan Mummy.

* Sapa-sapa yang ada twitter acc leh la follow Mummy kat @hazelrazali

3 comments:

  1. wah..tahniah mummy..mesti shantekkk kat pelamin nanti...doakan yg terbaik tuk mummy...:)

    ReplyDelete
  2. Mummy.. kalo dekat mmg teringin sangat nak joint majlis hari bahagia mummy tuh.. apakan daya.. jauh nye nak ke johor.. jauh ke??

    ReplyDelete
  3. tahniah mummy.. nk kad kawen.. mana tau dapat dtg & leh kenal mummy sekali.. bg email mummy leh x.. nanti sy anta address.. nk tulis kt sini public sgt.. ngee.. ni email address sy.. ctrahani@ymail.com

    ReplyDelete