Layan iklan

Monday, June 25, 2012

:: B2B #1~ Solemnization Dress...

Masih mode Monday Blues...he he he

Ok, dari last week nak buat special entry nih. Tapi tak berkesempatan sebab Mummy rushing siapkan kerja & ada training. Saja-saja nak cerita pasal nikah dress idaman.
Biasala... 1stly, kena fikir "what the design". Mana yang kreatif bolehla buat lakaran kan. Tapi kalau jenis tangan pemalas macam Mummy, tak taula jadi apa lakaran tuh.hu hu hu... Kadang-kadang kerana lakaran boleh gaduh-gaduh manja ngan pasangan. Mende remeh-temeh ni boleh menjadikan orang perempuan moody mcm datang bulan.he he he... Semua orang perempuan mengidamkan "Perfect Day on The Day". Warna pilihan Mummy TURQUOISE
Pic by Google search
Contoh lakaran baju nikah/sanding...

Kat kepala pulak, pusing-pusing verangan nak pakai dress bagai. Hado ke orang nikah pakai dress. Mana orang kampung macam Mummy, konpem kena perembat ngan Emak.hu hu hu... Tapi tak salah verangan kan kan kan.

Pic by Google search
Cantikkan... Mummy berkenan kat bunga kerawang kat kaki tu. Rasanya Umie Aida penah pakai design dress ni. Cuma part bahu dia ada alter skit. Konpem Mummy takleh pakai ni. Bayangkan nikah pakai camni.he he he

Pic by Google search
Collection by Hatta Dolmat. Cantik... Part lengan tu boleh alter.Yang lain tu dah perfect. Kat hujung lengan boleh tambah bunga tampal cam kat pinggang.


Pic by Google search
Kalau nak cut cost budget, beli je kurung moden plain ready made. Boleh add on beads sendiri. Letak la banyak mana pun. Tapi jangan ler sarat sangat. Untuk nikah je kan. Lagi satu, takyah pening kepala nak fikir design malatop. Pakai apa yang ada je. Jangan kata untuk nikah, gi kenduri kawen pun boleh ni.


Pic by Google search
Nak lagi selesa?? Pakai la jubah/ abaya ye. Lagipun dah banyak design abaya yang cantik-cantik. Harga pun takde la mahal sangat. Lebih kurang beli kain + upah. Mummy lagi selesa macam ni kot. 

Tepuk dada tanya selera sendiri. Cantik @ tak, kita sendiri yang bentukkan. Takyah fikir nak pakai international design sebab our local not bad gak. Tailor Mummy kat kampung tupun boleh buat la. Tunjuk je design pastu tiru.he he he...

p/s: Yes!We're going moving to another "STEP"



2 comments:

  1. Mummy ke yang nak ke another step tuh?? adakah saya dah ketinggalan.. huhuhu..
    saya doakan yang terbaik untuk mummy dan puteri mummy tu yer~

    ReplyDelete
  2. yg dress hijau tuh cantikkan mummy.. biasa la org pompuan mesti nak cantik2 kan.. hehe..

    congratss mummy.. semoga Allah permudahkan segala urusan mummy.. :)

    ReplyDelete