Layan iklan

Friday, June 22, 2012

:: Movie #11 ~ Abraham Lincoln: Vampire Hunter

Filem wajib tengok minggu ni adalah Abraham Lincoln: Vampire Hunter yang merupakan satu pilihan terbaik untuk kaki wayang. 

Pic by Google search

Filem ini merupakan buah tangan terbaru daripada pengarah Wanted, Timur Bekmambetov yang memang anda tahu memang seronok untuk di’tonton dan terbitan Tim Burton.
Sinopsis: Mengisahkan tentang presiden Amerika Syarikat paling di’raikan, Abraham Lincoln (Abe) yang secara asas’nya mempunyai rahsia memburu pontianak semenjak belum bergelar presiden.
Jika di’tolak faktor adanya pontianak (vampire) dalam filem ini, Abraham Lincoln: Vampire Hunter memang sebuah filem yang sarat dengan fakta sebenar Presiden USA ke 16 itu.
Lakonan teraju utama, Benjamin Walker patut di’puji kerana berjaya membawakan watak dengan berkesan dan beliau muncul hampir dalam setiap babak filem ini. Pada yang tak tahu, hasil google  search Mummy... Benjamin Walker ni memegang watak sebagai Hank McCoy/ Beast dalam X-Men: First Class. No wonder la dia nih tinggi.
Dari segi aksi, Mummy suka dengan beberapa babak aksi — pertama ketika Abe mengejar pontianak jahat bernama Barts dengan latarbelakang kuda yang bertempiaran, kedua masa Abe nak selamatkan kawan dia nama Will kot & satu lagi ketika bakak kereta api dan jambatan terbakar yang di’susun kemas dari segi choreography untuk semua babak tersebut.
Personally, Mummy suka style Abe dengan kapak silvernya tu. Nampak shekshi gituh.ohh!! Auwww!
Mummy meratingkan filem ni 4.5/5 bintang.
p/s: Orang sebelah Mummy dok jerit-jerit macam tengok cite hantu & orang dok sebelah En Sayang tidur sekali ngan pakej dengkur. Lagi satu takyah la bawak budak-budak sebab de certain part not sensored. he he he...


1 comment: