Fuh! Fuh!
Ok... belum berabuk sangat. Seminggu la gak Mummy tak update blog. Bukan sengaja cuma penyakit malas tiba-tiba datang menyerang. Ni kira kes serang hendap la kot. he he he...
Last weekend, Mummy takde aktiviti menarik pun. Tapi ada hari istimewa... Hari istimewa orang tersayang. Ooppss...bukan hari istimewa 'orang' tu ye. Hari dia dah lepas...hadiah pun dirasmikan kan kan.he he he...
Yep! Hari istimewa mereka berdua... 16.06.12 adalah harijadi Puan Emak yang ke tet! Beriya dia soh adik msg Mummy balik kampung ke tak. Dia nak buat makan-makan katanya. Terbalik kan. Kebetulan plak, kita semua sambut Hari Bapa. So sebelum balik kampung, Mummy sempat la gak beli hadiah walaupun emak dah warning 'jangan beli hadiah'.
Simple celebration...doa selamat sikit dari ayah & acara potong kek. Pastu makan-makan...masing-masing memang simpan perut sebab nak makan banyak. Riuh kecoh dengan perangai cucu-cucu emak & ayah. Penat mak bapak budak soh senyap. Tu baru 7 orang...nxt year bertambah lagi (sambil kepala kira duit raya kena standby tahun ni). huh!
Dipersembahkan The Ugly Instant Cake by Mummy Chubby... he he he...
Actually, ni instant butter cake. Cuma tambah telur, susu & marjerin je.Untuk topping Mummy buat sendiri sebab orang baru abis pantang request nak topping coklat. Sememh sungguh tulisan tuh... Yang nama Abg tu untuk adik lelaki Mummy yang sambut birthday last week.
Tak kisah la cane pun sambutannya & bentuk rupa keknya, yang pasti emak & ayah happy sebab anak-anak dapat kumpul ramai-ramai.
Kami sayang emak & ayah.
No comments:
Post a Comment