Monday blues semakin berkurangan.he he he... Tapi kepala masih wengggg walaupun Mummy tidur awal & takde amik sebarang ubat. Poor me!
Rasanya stress sangat kot. Pasal apa? ntah... PMS ke? Tidak... Tapi hati rasa tak best & nak marah-marah orang. Last nite Mummy langsung tak bercakap ngan cik Khaleesa sampai la ke pagi nih. Penat dah nak marah... Makin besar makin tak dengar cakap. Siap menipu tupun satu hal gak. Tak suka betul bila kecik-kecik dah pandai menipu. Serik rasanya... Solutionnya, Mummy kunci mulut. Tanya @ bercakap mende yang penting je. Bila Mummy kunci mulut, pandai plak semua buat sendiri. Kalau tak asyik bagi arahan je. Nak pukul?? Dia dah besar, tak makan saman kot. Ntah-ntah dia simpan dendam kat Mummy plak nanti. Rasanya biarlah sepanjang minggu ni Mummy senyap je. Tak larat nak marah-marah terjerit-jerit sampai jiran kat rumah hujung tu dengar. ha ha ha...
Sebenarnya stress ni ujian Allah nak tengok tahap kesabaran kita.
Surah Al-Baqarah(2):155
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )
Firman Allah yang bermaksud:
“Allah menguji seseorang itu dengan perasaan takut, kelaparan, kekurangan harta, nyawa dan hasil-mahsul yang tidak menjadi dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang bersabar”.
Hadis…….
“ Kesedihan atau malapetaka yang menimpa seseorang muslim merupakan kafarah kepada dosa yang dilakukan” ( Riadus Solihin )
Tanda-tanda kita sedang stress ialah perubahan fizikal iaitu sakit, makin kurus (tak mungkin la), makin gemuk (yang ni mungkin), tak ceria, penat, letih, suka mengelamun & pelupa... 50% dah ada kat diri Mummy tu skang. haishh!!
Selain tu, perubahan sikap dan emosi macam cepat marah, merajuk, cemburu, sentiasa berpandangan negatif, ego, mementingkan diri sendiri & sensitif... Omagad!!! What happen to me ni??
Macamana nak atasi stress ni? Shopping? Hah! makin stress Mummy nanti.
Mummy kena kenalpasti @ muhasabah diri ni kenapa terjadinya stress. Kena rehatkan minda....sentiasa berfikiran positif. Salah satu cara yang Mummy dah buat bila Mummy kurangkan marah bila cik Khaleesa buat hal. Lebih baik Mummy buat something yang lebih penting.
Antara sebab lain Mummy stress ni mungkin schedule pemakanan Mummy dah tak betul kot. Dah beberapa hari Mummy hanya take lunch without breakfast & dinner. Badan jadi lesu. Baru semalam Mummy complete breakfast, lunch & dinner. Tapi harini Mummy miss breakfast.
Yang paling menstresskan Mummy ialah.... pertambahan umur menjadikan Mummy stress. Bukan tak bersedia cuma terlalu fikir banyak lagi yang Mummy capai. huh!
betul la mummy.. stress mmg x elok utk kesihatan diri.. take care yer mummy.. :)
ReplyDelete