Sebenarnya kan... mami ni antara staff yang paling susah or malas nak join aktiviti office ni. Tapi tahun ni mami & officemate dah pasang azam nak join segala aktiviti office if termampu. Kalau dah ada urusan lain & lagi penting, maka takde makna la nak join kan.
Last week, mami masuk treasure hunt. Ni kira 1st time la office buat event ni. Excited sangat sebab dengar macam seronok kan. Tapi paling cabaran bila group tak cukup orang. Sob! Sob! Sob! 1 kumpulan ada 4 orang, tapi yang konpem kami bertiga jek... Kusut ok cari orang. Akhirnya dapat gak sorang lagi participant. Happy dah macam apa kan. ha ha haa...
Treasure hunt ni kira 1st time ever la mami masuk & memang takde pengalaman langsung. Bila baca pengalaman orang & contoh2 soklan, berpeluh la gak... Susah gak rupanya! Tapi takpe, kami pun masuk for fun & komitmen to company.
Sehari sebelum the event... Semangat gi briefing ok... Bila buka briefing note, kelat muka memasing... Sebab?? Kusut tengok soalan contoh. ha ha haa... Masa ni sorang lagi cuti. Masa briefing ni kami diberi goodies bag yang berisi tshirt & tuala kecik. Kami juga diberi duit petrol & belanja RM100.
Selfie otw ke office sebelum treasure hunt. Encik suami lambat... Dahla start kul 8.30 pagi. Siap pesan ngan kawan soh amikkan breakfast. Alhamdulillah sempat breakfast. hu hu huu...
Group photo session... Kami antara kumpulan yang last amik gambar sebab mami sampai lambat. hi hi hii... Nama kumpulan "Kancil". Sebelum start dapat goodies bag lagi berisi Smart Tag termasuk limited edition TnG Iskandarian Treasure Hunt serta AEON Voucher RM50 setiap sorang.
Dah nak start masa ni... Ketaq gak sebab kami semua memang tak pernah join mana-mana treasure hunt. Bila tengok group lain dapat cop/ sticker check point... memang down la gak. So kami santai-santai je laa.. he he heee...
Masa ni dah check point ke 3.. Masing-masing muka dah penat. Dah tengahari... Task kat sini kena wefie ngan VIP ok. Tapi sebelum tu kami kena buat task "Island" depan VIP. Kalau fail kena denda ngan dieorang. huahuahuaaa.... Memang kami buat hati-hati sebab size kami tak berapa nak "Kancil" sangat nak masuk dalam "Island" tu ok. Alhamdulillah we pass dengan bangganya.
Penat... ye sangat penat. Sampai takde selera nak makan tapi kami enjoy especially ada artis performance kan. Man Bai, Along Exist, MOHRAM & The Kodox. CEO pun sporting abes siap nyanyi bagai kan.
Alhamdulillah, walaupun underdog group... we 14th place dari 27 group. Tak sangka la gak... ha ha haa... Paling penting kami dapat credit leave dari HR. Kumpul cuti raya ler kita.... InsyaAllah, jika event ni diteruskan... kami akan join lagi with the same group.
No comments:
Post a Comment