Assalamualaikum... Selamat sejahtera...heh!
Saja nak bagitau, mami & encik suami adalah umat yang cukup susah nak beli stuff yang selalu keluar iklan. Pada kami beli sendiri dapat pegang dan harga lagi murah. Itu la kami... Cuma kami sangat addicted dengan LAZADA, ZALORA... Selalu je encik suami print screen soh mami belikan. Biasa memang mami yang akan belikan sebab guna alamat opis mami.
Nak jadikan cerita, puasa hari ke 7 disubuh hari sesudah sahur... Laki bini dok layan tv sebab nak tunggu subuh terus. Dok alih tukar channel, tertengok la GO SHOP. he he hee... Jarang encik suami nak tengok channel tu tapi subuh tu dia sangat khusyuk. Rupanya GO SHOP dok cerita pasal kain pelikat cap gajah duduk. Terus dia cakap "Boleh beli ni sayang...murah je rm99 dapat 3 helai siap free sejadah kecik lagi.cepat call nanti abes". Si bini dok tenung je si laki. ha ha haa... "Takyah la sayang... esok lusa boleh beli.online pun boleh.Isnin nanti la saya belikan ea". Encik suami jawab, "beli 2 set tau sayang".
Maka isnin lepas, masuk opis... terus masuk website GO SHOP dan cari kain pelikat idaman hati encik suami. Orang cakap nape tak beli je kat MYDIN.. Dik, selai je yang gred bagus pun dah rm80 ke atas. Baik beli kat GO SHOP je, rm99 untuk 3 helai.
Memandangkang 1st time berbelanja di GO SHOP... maka, kena ikut steps ye. Nak beli, WAJIB register as member dulu. Kalau tak, tak boleh beli... NO! kihkihkih... Selesai register, boleh la log in guna username & password yang kita dah create. Tapi.... Kena save dulu alamat penghantaran dan SAVE. Penting ye... Then setel semua, cart la apa yang diidamkan. Pembayaran plak... boleh pilih samaada nak credit/debit, transfer intranet atau COD (cash on delivery). Biasa mak mami COD ok! Mami lagi selesa guna maybank2u. Senang & mudah... Penghantaran mengambil masa 2-5 hari bekerja. Tapi jangan risau, 2 hari je barang dah sampai.
Tadaa... barang dah sampai. Ada la 4-5 orang dok tanya. So, 1 kotak mami dah buka sebab nak bagi orang tengok.
Tudia... kain pelikat encik suami. Kain sejuk, ringan tapi jatuh dan sangat lembut. Memang puas hati dengan kualitinya. Mami amik 2 set sebab sehelai nak buat samping untuk hero-hero raya nanti.
Those nak tengok full kain pelikat ni boleh la tengok kat website http://www.goshop.com.my/ . Mami nak letak gambar encik suami pakai kang, takut ada yang muntah hijau. So baik korang tengok abang fahrin yang pakai. Nama pun murah kan, takde pilihan corak ye. 3 helai tu memang dah dalam 1 set ye. Kaler purple blue, black & white dan black grey. Takpe, klik je kat website tengok sendiri.
SELAMAT BERSHOPPING!
akk teringin gak nak beli go shop tp tak tercapai2 lagi..suka tgok piuk2 kuali kat situ..x melekat..
ReplyDeletehttps://saglamproxy.com
ReplyDeletemetin2 proxy
proxy satın al
knight online proxy
mobil proxy satın al
VİY3T