Layan iklan

Wednesday, June 15, 2016

:: Kisah sebuah tabung...


Cantik kan tabung ni??? he he heee... Sebenarnya ni adalah tabung kakak. Makciknya bagi 1 set, tabung besar, sedang & kecik. Ini adalah tabung kecik... mami amik buat harta. ha ha haa... Tapi mami nak bagi tau, ni bukan tabung kosong semata. **Tolong jangan request nak tengok isi tabung. huh!!!

Baru-baru ni viral pasal menabung kumpul duit rm5 & rm20. Ok, cara menabung tu dah mami amalkan dari tahun lepas. Last year, mami dengan gigihnya kumpul rm20 (duit kertas kuning). Memula buat senyap-senyap jek sebab segan ngan en suami. Dia selalu gelak... kadang-kadang perli "mami banyak duit". Kebetulan masa tu dah plan nak bawak anak-anak pi holiday. Hotel memang dah booking awal. So memang takde masalah cuma masa nak pegi tu kami belum gaji (lagi 1-2 hari nak gaji). Dengan bangganya mami cakap, "takpe guna je duit tabung saya". he he hee... Alhamdulillah lepas la duit minyak, toll & makan minum sepanjang perjalanan kami. Masa tu baru 3-4 bulan menabung. Memang tak banyak mana pun tapi alhamdulillah sangat-sangat.

Tahun ni start dari awal Januari, mami & friends start kumpul rm5 (duit warna hijau). Maka bermula la episode mengumpul rm5. Siap berebut ngan kawan lagi. Tabung kat atas tu la tempat rm5 dok bertapa. Dah sebulan tak mengira. Alhamdulillah, buat masa ni masih tak bercuit lagi la. Kalau tercuit, mami akan ganti double. Bukan taknak kumpul rm20....cuma takut jiwa tak berapa nak kental. kihkih...

Selain dok kumpul rm5, mami main kutu diri sendiri gak... Dulu selalu gak main kutu ngan kawan-kawan. Sampai masa turn kita dapat, seronok la kan. Tapi kali ni mami fikir, main kutu sendiri plak. Biasa main ngan kwn-kwn rm50 atau rm100, tapi sebab ngan diri sendiri maka mami lebihkan tapi pastikan fixed figure ye. Bagi duit kutu ni, mami memang pasang target nak beli apa. Bulan 5 ritu mami dah rasmikan duit kutu sebab beli hadiah birthday encik suami. Tahun ni dia request jam tangan (siap bgtau nak jenama apa & spec). Alhamdulillah, target memang tercapai. Ni skang dah start balik main kutu untuk capai target hadiah birthday kakak plak. Lepas tu pasang target bayar roadtax insuran kereta mami plak. he he heee...

Pesanan penaja, nak menabung ni jiwa raga mental fizikal kena kuat ye. Istiqomah... Puasa atau diet nafsu tu atau buat tabung lebih sikit. Tanamkan kat dalam kepala & hati "BIAR LAMBAT ASAL DAPAT". he he heee... Lagi satu tips dari mami, kadang-kadang suami kita akan soh belikan sumthing thru online kan. Mesti dia akan ckp "guna duit sayang dulu, nanti balik saya bayar cash". Cara mami, bila dapat cash... 50%-70% dari jumlah tu, mami akan masuk dlm tabung. Lagi la bulan puasa ni kan, bulan paling sesuai untuk menabung. Biar jumlah tu sikit tapi berkat amalan menabung, sikit-sikit lama-lama jadi banyak. 

So, camne plak cara korang menabung???

1 comment:

  1. mcm best je...akk penah try tp..jiwa x kental..huhuhu

    ReplyDelete