Produk review kali ni, mami nak cerita tentang "Furaiha Organic Skincare". Sedia maklum... sebelum ni mami memang pangkah produk tempatan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Pengalaman dulu mengajar untuk lebih berhati-hati memilih produk skincare terutama produk tempatan. hu hu huu...
Kali ni mami agak terpengaruh juga sebab "Organic", muslim produk & penggunaan habbatussauda. Tengok testimoni memang semua bagi feedback terbaik. he he heee... Sebelum tu, harus diingatkan ini adalah komen/pendapat peribadi mami je ye. Terpulang pada individu untuk menilai.
Dalam mini set Furaiha ada 3 jenis barang termasuk sabun pencuci, day cream & night cream. Harga rm90 tak termasuk postage ye. Biasa day & night cream very small. Tapi katanya cukup untuk penggunaan 3-4 bulan. Tujuan mami beli sebab lepas bersalin anak ke 3, muka agak mess. Kusam... penuh jerawat kecik-kecik. Sampai stress tengok muka kita tau. Sedih tengok tapi mami tau punca utama adalah tak jaga makan minum masa pantang anak no 3. hu hu huuu... So guna la apa pun bedak or whatever.... memang jadi makin buruk.
Ok2... kita sambung pasal Furaiha ni. Masa dapat je parcel, memang excited gila sebab...... ntah ek! rasanya semua perempuan camtu kot. hahahahaa... Masa nak zuhur kat opis, terus mami guna ok. Mami akui, sabun memang wangi & muka rasa soft je lepas cuci (perasan!). Dang! sebenarnya kat situ je dah boleh tangkap it's not 100% organic sebabnya... organic ni biasanya free perfume. Means takkan ada bau & free chemical. Tapi still ok ngan mami sebab ada biji habbatussauda dalam sabun pencuci tu.
Day cream... sebenarnya tak sesuai untuk kulit mami yang kering ni. Sangat tak sesuai tapi cuba la gak guna selama seminggu. Mana la tau jadikan skin dari teruk ke perfecto. huhuu... Tapi tuan badan rasa skin makin kering. Lagi satu, rupanya day cream tu boleh memutihkan gak. Mami memang tak boleh guna produk whitening. Nanti kulit jadi cam terbakar. Buat masa ni memang dah stop... cuma lepas solat zuhur kat opis pakai la gak sebab tak nak muka pucat sangat. Tapi calit sikit je laa.
Night cream... ramai yang memang malas nak pakai krim malam ni tapi mami gagahkan jugak la tangan pakai sebelum tido sambil dukung anak. hahahaha... Lama gak pakai tapi tiada keberkesanan pun. Muka tak berapa nak smooth.
Kesimpulannya... mami tak sesuai dengan produk Furaiha ni. Mohon jangan kecam mami sebab ini adalah pendapat peribadi dengan menjadikan mami sendiri sebagai testimoni. Skang, mami dah kembali kepada produk hada labo. Konon nak bagi skin cantik sebelum rayakan. hu hu huu...
Untuk produk Furaiha ni mami bagi 2/5 sebab sabun tu agak ok la untuk mami.
Tq mami 4 d review.bru nk cuba Ni tp sabun je dlu.hada labo best eh?
ReplyDeleteermmm,,baru je bayo td.. hope sesuaila ngan kulit kite.. =(
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
Deletehaiii..macam mana penggunaan furaiha sekarang sis?? saya baru nak try juga.. :)
Deletemcm review mami jugak rasenye.. xsesuai.. dah stop dah.. hehe.. skrg try meeracle plak.. haahah
Deletekite pon baru nak beli la mami..hope sesuai gak sb dh abes ribu2 beli skincare..xade yg sesuai!
ReplyDeleteassalamualaikum mummy :) terima kasih kerana sudi review product furaiha .. untuk makluman mummy, saya agent sah furaiha legacy. benar apa yang mummy cakap tu. tapi boleh saya tahu mummy sudah gunakan produk furaiha berapa lama dan dah berapa set? :)
ReplyDeletesebab bila kita guna skincare nih.. dia akan ada beberapa peringkat healing process. sepanjang proses pembuangan "masalah" pada kulit tu.. memang macam2 akan keluar. muka jadi kering. muka jadi gelap. keluar semakin banyak jerawat dan sebagainya.
lain orang lain effectnya sebab setiap kita sebelum nih dah gunakan macam2 poduk. jadi bila guna produk organik, dia akan buang segala kotoran dan gantikan dengan kulit baru.
saya sendiri setelah 6 bulan lebih baru selesai masalah jerawat dan kulit berminyak.wallahua'lam :)
Agree on that..cara penggunaan yang betul serta kena tahu tentang healing process muka..
DeleteI did that s well hehhe... here till I have the same review with you.
ReplyDeleteBeberapa kelebihan furaiha
I agree with you, but some cases still need improvement for knowing better result. Anyway, keep your good work and two thumbs up for you. I talk honestly, for anyone who wants to keep your faceskill flawless, clean, n white may be FURAIHA SKINCARE could help you to solve it here we go. Best Product of Furaiha Skincare Organic 2016 of Social Media
Terima kasih atas perkongsian info. Saya ambil yang haq sahaja dari puan punya blog dan yang beri komen Sahaja.Lain tiada dulu kini dan selamanya.
ReplyDeletesalam. thanks for the review sb my skin pun jenis cepat kering juga. produk hada labo tu ok ke kak?
ReplyDeletei ada cuba hada labo..jerawat besar2 makin banyak naik
Delete