Layan iklan

Tuesday, February 17, 2015

:: Supplement ketika hamil...

Seperti yang direncanakan semalam, harini Mummy akan cerita berkenaan supplement untuk ibu hamil. Sebelum tu Mummy tekankan yang segala penulisan Mummy berkenaan kehamilan ini adalah berdasarkan pengalaman diri sendiri dan hasil dari perbincangan dengan doktor. Segala informasi juga adalah rujukan Mummy dari blog-blog professional semasa mengandungkan Zahin. Terpulang pada yang nak follow atau tak sebab ini sekadar penulisan peribadi Mummy. he he hee...

Ok, pengetahuan umum... Mummy memang tak boleh minum susu since mengandungkan si kakak. Minum muntah minum muntah. Agak lama berlanjutan vomit tu tapi Mummy tetap gigih minum gak. Maklum la anak 1st, orang dok cakap 'wajib' minum. So percaya la sangat kan. hahahaa... Bila dah tak tahan hari-hari pagi petang layan muntah, Mummy jumpa doktor. Pesanan doktor, if muntah berlanjutan elakkan susu. huh! Then tetiba kepala dok fikir 'mak aku dulu masa mengandungkan adik-adik tak pernah nampak plak dia minum susu... sihat je adik-adik keluar'. Memandangkan anak 1st, Mummy check up kat klinik kesihatan je. Orang baru nak belajar hidup, mana la ada duit nak gi private kan. Lagi 1 mitos orang 'ajar', jangan makan vitamin yang dibekalkan sebab nanti baby besar. ha ha ah... percaya jugak! Tapi baby reach 3.4kg gak. Itu dikira besar for 1st baby ye. 

Sebelum Mummy mengandungkan Zahin, Mummy memang banyak buat research. Maklum la, 7 tahun free... so memang totally lupa rasa mengandung dan bersalin tuh. Rajin la gak kalau ke farmasi, Mummy akan survey supplement untuk ibu hamil. Terberkenan dengan 1 supplement sebab fish oil. Memang hasil rujukan, ikan bagus untuk tumbesaran otak. Lagi bagus ibu hamil amalkan untuk kebaikan otak baby. InsyaAllah ikan adalah makanan untuk otak yang cerdas. 

Finally, when i got Zahin in my cute tummy.... happy ler sesangat. No more experiment. Untuk check up Zahin Mummy follow up di private & klinik kesihatan. Bukan sebab dah kaya follow up kat private ye, cuma company Mummy cover for pregnancy (huntongla kannn). ha ha haa... Tapi Mummy tetap follow up di klinik kesihatan sebab pemeriksaan lagi details. Nak Mummy tekankan, for 1st baby sebenarnya penting follow up kat klinik kesihatan ye. Very details and they're concern Mummys condition. 

Dulu memang Mummy percaya 'jangan makan vitamin' tapi since mengandungkan Zahin, Mummy makan vitamin. Tak sangka hospital yang Mummy check up bekalkan vitamin yang Mummy survey. Dari segi pemakanan, Mummy ate a lot kind of fish... Mummy juga amalkan makan sayur hijau contoh kailan & bayam. Hasil rujukan, sayuran hijau membantu kulit baby bersih dan putih. Bab putih jangan la terlalu percaya tapi Zahin got beautiful skin (no rashes). Mummy juga elakkan minum susu soya sebab percaya it's not good for baby skin. Walaupun baby akan keluar putih cantik tapi baby lagi mudah dapat rashes. Its better gelap tapi kulit cantik. kan kan kan... Dari segi minuman, Mummy elakkan susu juga. Bukan langsung tak minum yang bersusu cuma Mummy kurangkan. Mummy banyak minum yang 'o' je... 

So, for 3rd pregnancy ni... Mummy amalkan permakanan sama masa mengandungkan Zahin. Beza cuma Mummy kurang makan western berbanding masa Zahin dulu. Tapi subway tetap jadi pilihan maybe sebab it's healthy. Paling suka letak bawang banyak-banyak. he he hee... Tetap gigih telan vitamin yang doktor bekalkan, cuma kalau ada muntah Mummy akan skip vitamin. Kali ni juga Mummy buat keputusan untuk tidak follow up di klinik kesihatan (selepas bertanya pendapat doktor ye).

Pagi Mummy memang akan selalu muntah angin. So kalau Mummy rasa ok, Mummy akan telan madu untuk tenaga. Cuma kali ni, Mummy kerap sakit badan dan kaki... Mungkin banyak pergerakan dan kerja rumah. Rasa malas memang tak boleh nak cakap la kan tapi nak tak nak kena buat juga. he he he 

Hasil amalan Mummy masa mengandungkan Zahin, baby cuma reach 2.8kg je masa deliver. Dari awal doktor selalu cakap, jangan risau if baby kecil sebab lagi senang nak deliver. If normal, luka tidak la koyak banyak atau maybe tidak koyak. Pada Mummy, bila kita decide untuk full breasfeed... jangan risau baby kecil dalam perut. When baby got full of nutrients dari susu ibu, insyaAllah memang cepat ler pembesarannya. 

Entri bergambar ye kali ni... Mummy amalkan NeuroGainPB. Fish oil gel kapsul... Memang bagus. Kalau jumpa pharmacist, memang salah satu supplement yang direkomen. Sesetengah farmasi harga agak mahal. Boleh cecah RM60 untuk sebulan. 

It's worth for your babies... 

p/s: Next entri.... think! think!

1 comment:

  1. kadang-kadang memang tak boleh just dengar cakap orang kan ? lain orang lain cara dia....yang terbaik research sendiri dan tanya jugak 2 -3 orang yang pakar untuk dapat kan keputusan terbaik....dah besar Zahin :)

    ReplyDelete