Layan iklan

Tuesday, February 17, 2015

:: Carta BBT (Basal Body Temperature)

Entri kali ni Mummy masih menyentuh isu kehamilan tetapi lebih kepada TTC (Try To Conceive). Mummy pernah alami situasi ini. Berkahwin kali ke 2 buat Mummy berfikir macam-macam... Dalam kepala sentiasa berfikir "masih mampu ke aku nak bagi zuriat untuk suami". ha ha haa... Selepas 7 tahun kan... hurmm...

Macam biasa... Mummy buat rujukan awal-awal. Dalam banyak cara, Mummy lebih yakin dengan cara guna Basal Body Temperature. Hanya based on suhu je, bila datang bulan kita akan tahu kandungan estrogen yang banyak dalam badan dan bila estrogen banyak suhu kita akan rendah.. bila progestron overtake tempat estrogen kita akan subur atau ovulate.. waktu ni la yang elok bersama suami.. Apa-apa pun, kita hanya merancang tetapi  Allah yang tentukan. Waktu subur  (peak) juga sangat sesuai bagi pasangan yang sangat menginginkan anak lelaki & melepasi waktu subur sangat sesuai bagi yang menginginkan anak perempuan. Wallahua'lam. he he he...

Ini adalah contoh BBT. Kenapa temperature ni? Sebab lebih accurate dengan adanya 2 digit kat belakang. Boleh didapati di farmasi CARING dengan harga RM50 sahaja. Mummy dah cuba cari kat Guardian & Watson...takdok!

Biasa beli BBT ni akan disertakan dengan sekali carta untuk kita tulis suhu badan. Nak lagi mudah, download je application dalam phone. Boleh search kat PlayStore "fertilityfriend" Lagi senang kan... Harus diingatkan juga, tahap kerajinan diri mestilah tinggi & gigih ye. Kalau boleh taknak la rongak-rongak kan carta tu. Mummy juga siap buat rujukan bersungguh-sungguh sebelum menjalankan aktiviti check suhu badan ni. Mummy ada terbaca satu blog (Mummy tak ingat) dan jadikan blog tu sebagai rujukan. Kagum dengan tuan badan blog tersebut sebab lebih kurang 6 bulan dia TTC dan finally dia hamil. Mummy kena faham betul-betul method sebelum buat kan. he he hee... Alhamdulillah, encik suami juga sangat memberi galakkan & sokongan gituh. 

Cara-caranya... Pastikan temperature letak tepi atau bawah bantal supaya senang celik mata terus capai. Suhu badan wajib/sunat/harus diambil pada hari pertama datang bulan. Bila celik mata, jangan terus bangun tapi capai temperature then letakkan bawah lidah. Bila temperature alarm berbunyi, sila amik suhu yang tercatat. Sebab suhu diambil sebelum melakukan pergerakan, waktu tu adalah suhu original kita ye. 

Ini adalah contoh carta BBT Mummy. Sepatutnya Mummy start hari pertama datang bulan tapi Mummy terpaksa start pada hari ke 7. Kalau ikut pada carta, Mummy ovulate atau subur pada hari ke 16. Senang je nak tau sebab suhu badan Mummy drop jauh. Bestnya application carta ni, kita boleh note condition of cervical mucus and breast tender. Wajib juga dicatat bila kita bersama suami ye. he he hee... Lepas hari ke 16, suhu Mummy memang cantik je kan. Mula-mula memang rasa konfiden la pregnant tapi hari ke 28, suhu drop. Masa tu tahap konfiden juga drop. hu hu huu... Then suhu naik balik. Sebagai wanita 'sejati' mesti dah tahu cycle day of period kan. So, kiraan Mummy hari ke 30 insyaAllah akan datang bulan. Tapi takde spot plak.... So, Mummy sabar sampai hari ke 35. The result is POSITIVE. Alhamdulillah, 1st trial Mummy terus jadi. 


Carta BBT ni juga amat sesuai untuk family planning... Nak tahu boleh la elakkan bersama suami waktu ovulate. So, Mummy dah tahu waktu ovulate Mummy within day 15 - 20 dan boleh la merancang kan. Seperti yang Mummy katakan, rezeki ni Allah yang tentukan dan kita hanya mampu merancang.




4 comments:

  1. Salam... Saya pun ttc jgk. Sdg gigih berusaha. Umur dah 37 dan berkahwin utk kali kedua... Tringin sgt nak zuriat sndiri kerana tak pernah ada zuriat dlm prkahwinan trdahulu.

    Mcm mcm yg saya fikir. Bolehkah hamil semulajadi di usia begini? Huhuhu... Sebab makin meningkat usia, hormon pun tak power dah & tahap kesuburan pun menurun...��

    Baru sebulan buat BBT dan gigih study carta sndiri. Trfikir utk buat blood test utk cek level hormone & buat ujian HSG dlm masa trdekat...

    Mmg mengharap sgt utk hamil. Slalu menangis kuciwa bila tiap bulan dtg Miss period! ...��

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun ttc jugak, tapi baru 5 tahu , saya doakan puan dikurniakan rezeki zuriat sendiri, percaya pada Allah, banyakkan berdoa minta pada Allah ❤

      Delete
  2. Salam... Saya pun ttc jgk. Sdg gigih berusaha. Umur dah 37 dan berkahwin utk kali kedua... Tringin sgt nak zuriat sndiri kerana tak pernah ada zuriat dlm prkahwinan trdahulu.

    Mcm mcm yg saya fikir. Bolehkah hamil semulajadi di usia begini? Huhuhu... Sebab makin meningkat usia, hormon pun tak power dah & tahap kesuburan pun menurun...��

    Baru sebulan buat BBT dan gigih study carta sndiri. Trfikir utk buat blood test utk cek level hormone & buat ujian HSG dlm masa trdekat...

    Mmg mengharap sgt utk hamil. Slalu menangis kuciwa bila tiap bulan dtg Miss period! ...��

    ReplyDelete
  3. Kalau kita bt bbt ni...tdo dlm aircond akn mepengaruh suhu ke...sb bila amik suhu mst drop smakin hari smkin drop....

    ReplyDelete