Salaam Jumaat
Alhamdulillah... masih dalam lindungan Allah diberi kesihatan yang sihat walaupun tidak la sesempurna mana. Beberapa hari ni kepala Mummy kusut mencari idea untuk update my humble blog. Nak cerita aktiviti harian, takut orang bosan kan. he he hee...
Ok, harini kita cerita pasal ALAHAN. Kalau mengandung anak sulung tak boleh nak explain sangat pasal alahan ni. Rata-rata ibu baru akan refer a few of blogger update about their pregnancy. Sebenarnya setiap pengalaman itu adalah berlainan bagi setiap ibu. Tetapi tak salah untuk kita jadikan rujukan kan. Sekurangnya kita tahu dan kongsi pengalaman, manala tahu simptom itu adalah sama kan. Boleh la jadikan rujukan.
Bila dah masuk no 3 ni, terus terang Mummy katakan semuanya berlainan pembawakannya. he he hee...
Paling teruk masa mengandungkan Khaleesa. Bangun tidur memang berlari ke toilet, kat opis lembik semacam. Balik kerja sambung lagi berlari ke toilet. Biasa la anak 1st mesti la nak yang terbaik kan. Siap standby susu anmum tapi bila telan konpem keluar balik. Akhirnya doktor nasihat stop susu. Orang cakap trimester pertama je la kita akan alami alahan teruk camtu tapi tidak untuk Mummy. Alahan tu berlanjutan sampai cukup 9 bulan. hu hu hu... Tapi bila jalan-jalan shopping, sihat walafiat... Keluar dari pagi sampai malam pun boleh bertahan gitu. Muka masa tu memang memgerutu penuh jerawat sampai emak Mummy cakap "Long, muka xcantik ntah-ntah anak lelaki x?". he he hee... tapi finally baby girl yang keluar. Paling best berat naik 17kg. ha ha ha aa... tapi habis pantang Mummy dapat loss 20kg. hurmmm....
Selepas 7 tahun, Mummy mengandung anak no 2. Betapa gembira hati ni hanya Allah yang tahu. Khaleesa happy sangat bakal dapat adik macam kawan-kawan dia yang lain. Encik suami paling terharu (maklum la anak sulung dia kan). he he hee... Masa ni memang macam-macam dah kat kepala dok fikir. Sebab pertama, Mummy tak sanggup nak menghadapi alahan teruk masa Khaleesa dulu. Tapi Alhamdulillah sepanjang mengandungkan Zahin, semuanya dipermudahkan cuma masih tidak boleh telan susu. MC pun boleh dikira la... Trimester pertama tu biasala cuma takdelah muntah teruk. Mengandung Zahin adalah paling banyak kali gi berjalan. Mungkin sebab tu la Zahin sangat tak betah dok rumah. ha ha haaa... Keadaan struktur kulit biasa-biasa je & takdela glowing sesangat kan. Pemakanan cuma nak yang kering-kering jek. Awal hamil, Mummy cuma selera ngan ikan pekasam @ ikan kering. Memang kena marah sebab tak bagus kan tapi dah itu je yang Mummy selera. Kalau makan luar, memang western je la. Paling Mummy tak boleh telan yang masam-masam. Seawal 4 bulan dh tau baby boy.... hebat kan dunia sekarang. ha aha... Total berat naik masa Zahin hanya 9kg.
Now, no 3.... pun tak sama juga. Tidak seteruk Khaleesa & tidak semudah Zahin. Mula-mula macam ok tapi lepas tu simptom-simptom alahan semakin menonjol. Salah satu mungkin Mummy selalu penat. Menguruskan rumahtangga, kakak yang sekolah & mengadap Zahin yang sedang bertatih-tatih. Bila badan penat, Mummy kerap demam & muntah. Masih juga tidak boleh minum susu & makanan masam. Muka & badan naik jerawat kecik-kecik. Mummy pun jadi malas nak bersolek bagai sampai encik suami cakap Mummy selekeh. ha ha haaa... Paling ketara Mummy agak pemarah. huh! Pemakanan masih sama macam Zahin tapi western tak berapa selera. Mummy suka telan lauk kampung. Walaupun kandungan sedang menginjak ke bulan 5, simptom alahan masih ada. Pagi masih muntah angin (biasa lps gosok gigi ler). Badan ni rasa malas je nak keluar berjalan. Lebih selesa duk rumah tapi alhamdulillah masih ada kudrat untuk memasak. Orang keliling masih berteka teki jantina baby sebab struktur perut ada yang ckp girl & ada yang cakap boy. Mummy dah tau jantina tapi next month double konpem & encik suami tak puas hati sebab dia tak dapat join last check up. Berat badan baru naik 3kg hasil tolak tambah...he he heee...
Persamaan ketiga-tiga anak Mummy adalah bentuk perut yang agak comel. he he ehee... Sampaikan encik suami cakap "kenapa perut awak tak besar mcm orang mengandung yang lain". hahaha... dia ngeri tengok perut-perut mak orang bila ikut Mummy gi check up. Adoi! nak wat cane.... dah perut kecik camni. Silap pandang memang ramai orang ingat Mummy gemuk sebenarnya. Alhamdulillah, Mummy tak banyak melabur kat pregnancy wearing sebab Mummy pakai je baju biasa. Semua muat-muat je. Salah satu makanan yang Mummy kena pantang yang bercengkerang contoh kerang. Kalau silap makan, boleh diarrhea teruk Mummy. hu hu huu
Walau apapun, Mummy takkan sesekali rasa serik nak mengandung lagi. Seronok sebab setiap anak, Mummy rasa macam pertama kali mengandung. Encik suami pun sabar je kan layan karenah isterinya ni kan.
Ok, next kita cerita lagi pasal pregnancy ni. Tengah fikir tajuk seterusnya.... hurmm...
p/s: Al Fatihah buat TGNA & Hasbullah Awang... Walaupun tidak kenal rapat tapi pemergian mereka sangat dirasai. Terasa dekat sangat dengan hati ni.
No comments:
Post a Comment