Layan iklan

Wednesday, February 25, 2015

:: Oh! Jerawat

Kali ni Mummy buat entri yang paling gigirl suka search... "JERAWAT". Jangan kata orang pompuan, orang lelaki pun kusut bila muka naik jerawat. kan kan kan... baik ngaku. he he hee... Tumbuh jerawat ni boleh buat orang rasa rendah diri sangat (sangat-sangat sebenarnya). 

Awal kehamilan Mummy, muka memang naik jerawat yang kecik-kecik tu. ha ha haa... kusut gila! Sampai encik suami cakap Mummy selekeh. Mana tak selekeh, bila muka dah naik jerawat... Mummy jadi malas nak bersolek. Kalau solek pun macam tak lekat je foundation tu. Kawan opis pun cakap Mummy hilang 'seri' (phuii! seri la sangat kan sebelum nih). 

Sebenarnya nak kurangkan jerawat ni senang je.... Pemilihan pencuci yang sesuai sangat membantu. So cari pencuci yang tiada bau & pewarna. Biasa kalau Mummy ada masalah kulit or allergic, Mummy akan back to basic. Mummy akan terus ke farmasi cari pencuci Cetaphil. Jangan kata Mummy....adik-adik Mummy pun sama gak.he he he...

Better beli yang besar terus sebab lagi jimat. Cetaphil ni takde buih ye... Walaupun kita rasa kurang yakin dengan tahap kebersihan selepas cuci, sebenarnya tidak ye. Cetaphil ni jadikan kulit kita lebih lembab. So tak payah la nak picit banyak-banyak. he he hee... Tetapi pada yang sangat suka bersolek then pakai pencuci cetaphil, kemungkinan besar akan keluar jerawat. Sebabnya dalam kulit tu dah banyak chemical dari bahan solekan. Walaupun ambil masa yang lama untuk cure, Cetaphil adalah produk yang terjamin. Kebanyakan pakar kulit akan suggest produk ni. Juga sangat sesuai untuk kulit bayi yang ekzema ye.

Satu lagi step, kadang-kadang kulit kita ni perlukan rehat. So, jom bebas solekan sekuranya seminggu sekali. 

*Sila abaikan muka chubby comelll tuh!
Masa ni pregnant baru 3 bulan. Kalau ditenung secara mendalam, memang ternyata jelas jerawat merah-merah tu. Especially kat bawah hujung bibir. Tepi hidung & mata pun ada gak. Camera 360 tak mampu nak sorokkan ia. wohaaa!


Yang ni guna camera biasa jek... Nampak kan ketakseri muka tu. ha ha haa... Gila sememeh ko!


Weekend lepas... Hari bebas Mummy tanpa make up. Cuma oles ngan lipstic je... dark circle tak boleh blah. hu hu huu...


Fresh pagi ni punya... pun camera biasa jek. Kat dahi tu ada jerawat yang kecik-kecik baru keluar. Sebabnya ritu tertido sampai tak sempat cuci muka... ha ha haa... padan muka kan.



p/s: Sila jangan malu-malu, segan-segan... guna la cetaphil untuk hapuskan jerawat degil. he he heee

2 comments:

  1. mcm nk try jer... dh byk dgr produk ni ok...

    ReplyDelete
  2. Jerawat memang sangat2 merunsingkan.. Buruk habis kulit even sebijik..heheh

    Satu lagi skincare yang best you must know is Nutriwhite. Cuba lah..

    http://pearlvta.blogspot.com

    ReplyDelete