Salaam Isnin... dan masih lagi update tiada gambar. hi hi hii... tapi insyaAllah next entri Mummy tepek gambar yep.
Untuk pengetahuan semua, Mummy antara ibu yang dapat fully breastfeeding Khaleesa selama 9 bulan & Zahin selama 6 bulan. Tiada rahsia tiada petua dalam menghasilkan susu yang banyak sebab apa yang makan seharian, tu la yang bantu membanyakkan susu Mummy. Cuma masuk bulan puasa, Mummy kurang produce susu. Maklum la puasa kan tapi Mummy tetap gigih pam juga. Waktu pam Mummy memang dah set 2 kali sehari, selepas subuh & selepas balik kerja. Sebelum puasa sehari Mummy dapat pam 20-25 oz & Mummy jadikan 5oz setiap pack (baby boy memang kuat susu). Bila puasa Mummy cuma mampu pam 10-15 oz sahaja. Tapi tetap syukur sekurangnya masih ada rezeki Zahin. Bila Zahin masuk 8 bulan, susu makin kurang maka Mummy start bagi FM. Macam biasa, bila nak pilih FM memang Mummy akan mulakan dengan susu yang paling 'mahal'. Mummy akan mintak sample susu dari doktor. Tapi dalam banyak-banyak susu, cuma Dugro je la yang dia nak. hu hu huuu... Sama juga macam kakaknya dulu. Kakak masuk 9 bulan, Mummy terpaksa stopkan susu badan sebab ada masalah kesihatan. Sedih masa tu sebab susu sedang melimpah-ruah.
Zahin menginjak 10 bulan, Mummy mengandung lagi. he he hee... rezeki Allah nak bagi kan. Dia masih lagi menyusu badan, tupun dapat masa lepas balik kerja la. Sebelum Mummy tahu yang diri ni mengandung, badan memang sentiasa letih. Kaki sakit sebab banyak tempat Mummy gi kan (urusan kerja). So bila dapat tahu je, Mummy tanya gak kawan-kawan pasal breastfeeding & search serba sedikit info dari blog. Ada yang tak menggalakkan sekiranya Mummy meneruskan & ada juga menggalakkan kerana tidak mengganggu janin sekiranya pemakanan si ibu terkawal & mencukupi. Pendapat kawan Mummy yang juga jururawat kerajaan, tidak salah asalkan tidak memudaratkan tetapi bila kandungan menginjak 6 bulan...penyusuan harus diberhentikan. Ini untuk mengelak si ibu bersalin awal. Pengecutan rahim boleh menyebabkan risiko tinggi kelahiran bayi pra matang. Doktor juga tidak menggalakkan Mummy meneruskan kerana komitmen kerja yang tidak mengizinkan.
Kandungan Mummy sudah masuk bulan ke 5, susu badan juga sudah makin kering. Tapi Zahin masih lagi mencari cuma buat tidur je la.he he hee... Agaknya kalau takde, tak boleh tidur kot. Masalah yang Mummy hadapi, bila Zahin hisap akan rasa sakit. Mungkin Mummy dalam proses untuk penghasilan kolostrom untuk bekalan si adik plak. he he heee... memandai kan.
Tips dari Mummy sekiranya hamil tapi masih menyusu:
- Pastikan makan berkhasiat secukupnya. Lebihkan sayuran dan jangan skip sistem pemakanan harian. Maksudnya sarapan, lunch & dinner sila jangan skip. No DIET ye!
- Lebihkan air suam. Kalau boleh amalkan susu. Tapi Mummy bila mengandung ni kurang minum air suam & tidak minum susu. Mungkin ni la penyebab susu makin kering???? hurmmm...
- Pastikan rehat yang secukupnya. Ni penting sebab bila badan penat, selera makan akan berkurangan. Sangat tak bagus untuk baby dalam perut.
- Dapatkan nasihat doktor seawal mungkin.
- Sekiranya ianya memudaratkan badan, SILA la STOP.
Ok, tu la pendapat Mummy. Terpulang pada individu samada setuju atau tidak dengan pendapat Mummy ni. Walau apapun sila rujuk pada yang pakar. Lagipun apa yang Mummy buat ni adalah hasil dari rujukan doktor Mummy sendiri.
InsyaAllah next entri kita cerita pasal supplement & sistem pemakanan yang sesuai untuk ibu mengandung yang TIDAK minum susu.
No comments:
Post a Comment