Sejak dua menjak ni... kulit Mummy jadi agak suram & jerawat-jerawat gatal datang menyerang dengan jayanya. Risau sangat...sapa tak risau.ha ha ha... Lagi la bila ada orang tegur 'apsal muka awak makin banyak jerawat nih'. Maka haruslah mencari penawar kan.
Mummy ada la gak update kat FB status tanye pendapat kawan-kawan produk skincare yang ok. Ada pro & kontra. Mana yang kawan selalu jumpa, memang tak suggest Mummy pakai pape sebab kulit Mummy dah ok katanya... Katanya la! ha ha ha... Hanya Mummy je yang tau betapa tidak sihat kulit Mummy ni. Dah tak flawless ok. Sesetengah kawan lak banyak gak bagi pendapat masing-masing.
Dulu masa zaman sekolah, pakai SAFI jek. Zaman 'U' lak, tak pakai pape.he he he...masuk zaman kerja, macam-macam produk Mummy test. Mula-mula Mummy cuba biore 1 set. Hasilnya memang sangat ok la. Mummy pun dah tak ingat which biore produk. Yang pasti lite blue packaging. Dulu memang takde solek-solek...eyeliner pun tak kenal. Yang Mummy ada cuma compact & lipstic @ gloss. Bila kulit muka dah ok, gatal plak nak cuba local produk (nama dirahsiakan). Masa tu tuhan je yang tau betapa teruknya muka Mummy. Jerawat sana-sini keluar...menangis tgk muka sendiri. Seriau plak kalau tengok local brand tu skang. he he he... Bila muka dah teruk camtu, Mummy cuba AVON produk utk medicated skin care. Alhamdulillah, semakin ok walaupun amik masa yang agak lama untuk pulih. Lama la gak Mummy setia guna AVON produk tu.
Masa prengnant lak, jerawat datang menyerang balik. Kali ni mungkin pembawakan budak kot. Mummy tukar skincare AIKEN. Alhamdulillah sesuai ngan kulit Mummy. Lepas bersalin, kulit muka Mummy makin ok. Pakai apa je, tetap nampak cantik. Nampak bersih je... Pernah la gak cuba local priduk yang lain. Tapi guna tak lama pun sebab susah nak dapat stok. Lepas tu, Mummy cuba NUTOX. Tak berapa sesuai ngan kulit Mummy. Last skali Mummy guna SAFI Rania. 1 set Mummy beli...cukup untuk siang & malam. Tapi masalahnya, Mummy ni tak rajin sangat pun. Masa mula-mula beli je beriya buat siang malam.
Pic by google search
Antara produk SAFI feveret Mummy sebab rasa muka bersih gila.
Pic by google search
Produk AVON terbaik untuk kulit muka yang ada masalah jerawat.
Pic by google search
Cetaphil bagus untuk kulit sensitif & sesuai juga untuk baby yang ada ruam-ruam. Memang suggested by specialist
Pic by google search
Tea Tree oil AIKEN pun bagus.
1 hari Mummy de baca 1 entri pasal HADA LABO kat blog Nur Arina Basilah , terasa nak survey la gak. Kalau ikutkan kepala ni, macam-macam nak survey. Ingat nak tgk CLINIQUE tapi Mummy fikir...masa ada duit boleh la beli. Masa takde duit?? Nak beli NANO WHITE macam emak... Mummy bukan nak cari produk untuk cerahkan kulit. huh!!
Lama la gak Mummy pusing-pusing dalam watson. Keliru sungguh... Tetapi memandangkan Mummy ni de mix jepun + cina (sila jangan sentap ye orang tuh), better Mummy cuba produk made in Japan. Mana la tau sesuai kan. Maka pilihan Mummy adalah HADA LABO.
Mummy amik 1 set.. rm58 only. Dalam package tu ada Hada Labo Super Hyaluronic Acid Moisturizing Face Wash & Lotion. Untuk UV protection, Mummy guna BIORE UV face milk & juga boleh guna untuk make-up based.
Kesan selepas pemakaian:
1. Lepas guna face wash tu, rasa muka sgt moist & smooth.
2. Tak pedih macam pencuci yang lain sebab skin Ph balanced.
3. Lotion sangat bagus sebab cepat absorbed.
4. Muka sentiasa lembab & tidak berminyak.
5. Selepas 3 hari penggunaan, dah nampak kesan sikit. Jerawat mengecil & kurang.
Rasanya lepas ni Mummy nak cuba BB cream HADA LABO lak...
Pic by google search
* Maafla ye takde gambar sebelum & selepas... he he he