Wohaa! Dah lama Mummy tak movie update. Last update tahun 2013. hu hu huu... Almaklumla, sejak ada anak kecik ni memang susah nak dating ngan encik suami. Ada gak curi-curi dating ngan encik suami tapi tak menyempat nak update kat blog. kih kih kih... Masa dalam pantang pun sempat gak curi-curi siap bawak anak-anak semua. Rasanya cerita Robocop kot. Sian encik suami nak tengok sangat kan. Last movie kami layan cerita The Hobbit: The Battle of Five Armies. Best tapi jalan cerita agak pendek... 2 jam jek (tupun Mummy tertido sebab tgk kul 12.00am ko) InsyaAllah lepas ni Mummy cuba merajinkan diri update movie ok.
Movie kali ni kami layan Kingsman: The Secret Service. Tengok kawan-kawan update kat fb movie ni macam best gila (gila la sangat kan...).
Mummy minat Colin Firth ni since Bridget Jones's Diary. Dalam Pride & Prejudice pun best gak.. he he hee...
Sinopsis:
"Movie ni berkisar Kingsman yang merupakan sebuah pertubuhan perisikan rahsia yang bebas dari kawalan mana-mana negara dan ditubuhkan untuk menjaga keamanan dunia daripada pihak yang mempunyai berniat jahat dan ingin menguasainya. Agen-agen rahsia pun ala-ala James Bond gitu. Ada gadget standard, misi standard & agen yang super duper mantap walaupun akhirnya kecundang. Salah satu susunan jalan cerita yang kemas. Suka dengan agen rahsia yang sangat serius orangnya tapi dalam masa yang sama agak lucu.
Hero untuk agent tua Harry Hart @ Galahad (Colin Firth) telah ditugaskan mencari mentee sebagai next agent yang juga sebagai pengganti kepada agent yang telah mati. Kemudian dibantu agent Merlin (Mark Strong) sebagai pemantau dari markas. Galahad telah memilih 'Eggsy' sebagai menteenya yang juga merupakan salah sorang anak kepada agen bawah Galahad yang mati semasa latihan. Kira Galahad ni nak balas budi ayah si Eggsy la tapi dalam masa yang sama Eggsy ni pun bijak orangnya.
So biasa la, mesti ada penjahat kan.... Valentine lakonan Samuel L. Jackson...wohoo....feveret encik suami ni. Sangat kena dengan watak sebab SLJ ni memang sangat bersahaja pembawakan watak. Memang lawak ok.
Misi si Galahad adalah untuk mencari tokoh-tokoh korporat yang hilang tanpa dikesan. Mereka semua telah diculik oleh si Valentine ni. Tapi Galahad mati dipertengahan cerita sebab Valentine dah tahu yang Galahad tu agent rahsia. Masa ni Mummy ingat Galahad mati as a gimmick jela. Rupanya ke penyudah, memang dia konpem mati. ha haa haa... So si Eggsy dengan rasa terhutang budi nak cari si Valentine dan nak batalkan misi si Valentine. Eggsy dibantu oleh Merlin & salah sorang agent baru perempuan (xingat plak nama).
Satu kelemahan si Valentine ni, dia akan muntah bila tengok darah. Sebelum mati pun dia muntah sebab tertengok darah sendiri. ha ha haaa... part ni memang lawak"
Untuk santai-santai, movie ni memang best tapi tak sesuai ye untuk kanak-kanak sebab banyak babak bunuh & mati. Movie ni terlalu meremehkan kematian/ pembunuhan kejam sebagai satu bahan lawak jenaka.
Rating Mummy: 3.5/5