Layan iklan

Tuesday, May 22, 2012

:: Ketahui apakah rahsia di sebalik mood seorang lelaki...


Nak tahu tak rahsia di sebalik mood seorang yang bergelar lelaki? Lelaki ni ada macam-macam jenis tetapi naluri seorang lelaki tetap sama. Hanya inginkan kekasih yang terbaik untuk menemani hidupnya. Wanita merupakan anugerah yang terindah buatnya dan wanita merupakan insan yang akan menemaninya ke syurga.

Begitu juga wanita, wanita haruslah memahami setiap mood lelaki yang kadang-kadang banyak muslihat di sebaliknya. Take note!! Untuk anda yang sayangkan kekasih anda. Anda perlulah lakukan yang terbaik untuk si dia. Banyak mood si dia yang perlu wanita fahami dan lakukan tindak balas yang sewajarnya sebagai seorang kekasih yang sejati. Antaranya ialah…

Bila Si Dia Selamba

Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minatnya. Orang yang selambe ni selalunya ingin kita yang mulakan dahulu. Oleh sebab itu anda patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatiannya.

Bila Si Dia Ego

Jangan sesekali anda persoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah untuk mengakui dirinya ego sebaliknya berpendapat itu adalah ketegasan.

Bila Si Dia Romantik

Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai walaupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenang saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit sekali perancangan untuk masa depan bersama.

Bila Si Dia Panas Baran

Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi perasaan marahnya. Cuba anda berdiam diri dulu sampai semua kemarahan itu semua reda.

Bila Si Dia Penat

Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini, si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang beleh menambah kepenatannya.

Bila Si Dia Pentingkan Diri Sendiri

Cuba berterus terang dan meluahkan rasa tidak puas hati anda tentang sikapnya itu. Anda patut bersikap terbuka dan memintanya supaya mengimbangi pendapat anda juga. Jangan lupa untuk bertoleransi antara satu sama lain.

Bila Si Dia Sibuk

Jangan pula anda terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput di tempat kerja ataupun menemani anda pergi membeli-belah.

Bila Si Dia Mengongkong

Kalau anda memberontak, pasti anda dimarahinya. Tapi, kalau anda menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu, anda perlu berkata padanya untuk membiarkan anda membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan anda berdua.

Bila Si Dia Cemburu

Pujuk hatinya supaya percaakan kita. Yakinkan bahawa anda hanya setia pada dirinya dan hanya mencinyai dirinya. Jangan biarkan si dia cemburu dengan kita kerana ia akan menjejaskan hubungan kita. Jika ada orang memandang-mandang kita dan si dia cemburu, tunjukkan reaksi seperti memegang tangan si dia supaya orang tahu yang anda sudah dimiliki oleh si dia.

Bila Si Dia Curang

Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan tanya dengan si dia mengapa bersikap begitu. Tapim jika si dia tetap dengan keputusannya, eloklah anda berundur diri dulu sebelum makin parah kelukaan hati anda.

Bila Si Dia Lurus Bendul

Memang anda boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya, tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak tanduknya. Anda patut menjaga perangsng padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain.
p/s: Sebenarnya sampai bila-bila kita takkan faham Lelaki...
Sumber: Nota Hati

:: Kasut wedges...

Ni bukan cerita pasal cheezy wedges ye... he he he... 
Yer, Mummy tau ramai yang suka sandal & full cover wedges. Mummy adalah once fan of wedges. Tapi kalau sandal, Mummy kureng minat skit. Mummy lebih selesa yang full cover wedges sebab rasa comfort sgt. Agak lama la gak Mummy dah pencen high heels. Bukan takde langsung high heels, cuma rasa tak selesa bila pakai.

Sebab-sebab wedges jadi pilihan Mummy:-
1. Keselesaan wajib diambil kira asalkan memilih material yang tepat. Kalau tak, konpem kaki melecet.

2. Walaupun wedges 5inci, tapak tetap flat & memudahkan kita bergerak pantas. Mana yang ada anak kecik yang baru dapat 'kaki', juga memudahkan kita mengejar mereka tanpa perlu cover-cover.he he he... Bergerak aktif tapi masih kelihatan anggun bergaya kan.

3. Sesuai untuk kerja, santai-santai weekend, kenduri kahwin & seangkatannya la...

4. Membuatkan diri sentiasa rasa konfiden.

5. Faktor usia yang semakin meningkat...hu hu hu... tak bagus sebenarnya pakai high heels. Boleh effect tulang belakang sebab pressure kaki mengkontrolkan postur badan untuk kelihatan elegan. 

* Tapi untuk Mummy, ballerina shoes tetap jadi pilihan untuk santai hujung minggu. Selesa & simple... 

Monday, May 21, 2012

:: Jom stalk Mummy...

Mode: Masih mencari kekuatan untuk mendelete Facebook...

Sebelum Mummy mendelete Facebook acc. (tak taula bila), jom stalk Mummy...he he he...
Cari Mummy:-


@

:: Lagu #16 ~ Aku Suka Dia

Aku Suka Dia by Ainan Tasneem
Cantik & berbakat... Opismate yang beriya soh Mummy cari mp3 lagu nih.he he he...


Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia


Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia


Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya


Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya


Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya


Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’


Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu


Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya


Aku suka dia

* She's better than the other youtube artist name Ramona Azween that i think have problem with "T".hu hu hu... Serius rasa nak muntah dengar si Ramona Azween ni nyanyi... Sorry la sapa yang fan that girl ye. *PEACE*


:: Anak dara Mummy...

Tak sangka anak dara Mummy a.k.a cik Khaleesa dah 5 tahun walaupun lambat lagi officially. he he he... Dah nama pun anak dara kan, sila la faham-faham kan. Demand melebih-lebih dari Mummynya nih. Mentang-mentang la dia sorang-sorang, so tahap kemanjaannya agak melampau sikit la. Kadang-kadang boleh la layan tapi kalau selalu sangat, agak hangin la juga Mummy dibuatnya. 
Kalau dulu, pantang nampak cermin besar. Konpem dia berangan kat situ. Kalau Mummy shopping & dia 'hilang', sila cari kat cermin besar. Alhamdulillah, skang dia dah tak macam tu sebab 'dia dah tau yang dia cantik'.ha ha ha... 
Bab makan, dia tak la cerewet sangat. Asalkan ada telur & kicap manis. Tapi sebenarnya cik Khaleesa ni cerewet (selain makan la). Baju beg ke taska pun dia check dulu. Nak tau Mummy ni packing baju apa untuk dia. Agak-agak kalau baju yang dia tak berkenan, memang tarik muka la. 
Rasanya Mummy belum layak lagi digelak "SuperMak' sebab Mummy bukan penyabar sangat. Tapi kalau tak garang macam sempurna sangat pulak.hi hi hi... Tiba-tiba teringat request dari cik 
Khaleesa yang nak celebrate birthday kat rumah. Jemput kawan-kawan & tiup lilin. Dah tak mau celebrate kat tadika lagi. Ok, dia memang semakin demand skang. hu hu hu...






:: Special~ Happy Birthday Awak...

Baru berkesempatan update...
Happy Birthday Sayang (yesterday)... Wishie awak all the best, tq for everything & may all ur bless will come true.


::LoveHugKiss::

Friday, May 18, 2012

:: Lagu #15 ~ What Makes You Beautiful

Lets end our this Beautiful Friday with Beautiful Boys...


Happy Weekend...!


Wednesday, May 16, 2012

:: WW #17 ~ Ombak Rindu Sengal...



:: WW #16 ~ Solidariti Buat Palestin

Let's share lil support...

Picture profile yang Mummy pilih:


Ada edit2 sikit...

:: Lagu #14 ~ Itu Dia...

Dah lama nak share lagu ni... sangat cute!
Credit to Najwa Latif... Lontaran suara yang serius comel sangat...

Untuk Dia - SleeQ ft Najwa Latif


:: Bertungkus-lumus *phew!*

Sebelum memulakan cerita tungkus-lumus Mummy malam tadi, Mummy nak memgucapkan...
SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan-rakan yang bergelar guru serta guru-guru di Malaysia.


Macam biasa la, sambutan hari guru bukan kat sekolah je ye. Kat tadika pun de sambutan gak. Mummy dah dapat surat awal dari tadika cik Khaleesa pasal sambutan hari guru. Maklumla, kami ibu bapa diminta untuk membawa sedikit makanan. Mummy ni bukanla SUPER rajin sangat. Mula-mula tu ingatkan nak beli makanan ringan je. Tapi macam tak elok la plak budak-budak diajar makan 'jajan' kan. Ada kawan bagi idea belikan vitagen. Bila difikir balik, rugi plak Mummy. 1 paket vitagen dah rm4.00 & ada 5 botol. Takkan Mummy nak beli 2 paket je kan... sekurang-kurangnya kena beli 6 paket. Total je dah rm24.00... Paling jimat, Mummy buat sandwich je la. Bahan-bahan dah ada kat rumah.. cuma kena beli roti, mayonis & planta jela. Mummy buat 2 jenis sandwich... telur & tuna.

 Inti tuna...

Inti telur...

Inilah hasilnya... Mummy tak sempat nak rasa. Ok la kot...

Tak lupa gak hadiah untuk cikgu kelas cik Khaleesa... excited dia nak bagi kat cikgu Fizah.

* Tak sempat nak snap picture cik Khaleesa pagi tadi sebab dah lewat... hujan punya pasal... 

Tuesday, May 15, 2012

:: VERSUS ~ Go Gerila!

Pernah tengok rancangan reality terbaru Versus di tv9? Kalau tak pernah tengok, sila la tengok sebab susah nak terangkan panjang lebar. 
Berbeza dengan program realiti sedia ada, Versus menggunakan format yang amat berlainan dimana tiada penyingkiran dibuat sepanjang 8 minggu tempoh pertandingan berlangsung. Setiap kumpulan akan diadili oleh undian SMS dan markah daripada juri profesional yang terdiri daripada Jennifer Thompson selaku ketua juri, Loque selaku juri tetap dan seorang juri jemputan yang arif dengan bidang muzik. Juara pula akan membawa hadiah utama berupa wang tunai bernilai RM200 000.

Antara feveret Mummy, kumpulan Go Gerila. Yang terbaru pula, lagu Untukmu daripada kumpulan Feminin diberikan sentuhan ala world music. Pada Mummy, memang awesome sangat! Mummy memang adore suara Aizat, tapi gabungan penyanyi solo terbaru Amir Jahari menjadikan ianya lebih adorable. 


:: Tips~ Migrain


Kebelakangan ni Mummy selalu sangat sakit kepala... sakit macam nak meletup je kepala ni. Badan rasa sengal-sengal, malas, penat. Malam tidur tak nyenyak. So, Jumaat yang lepas Mummy menggagahkan diri jumpa doktor. Kesimpulan yang Mummy dapat, ia adalah salah satu simptom migrain. Doktor menyarankan jaga pemakanan. 

Antara makanan penyebab MIGRAIN:

1.  Buah-buahan seperti pisang, limau & avocado --> Pisang tu salah satu feveret Mummy.hu hu hu
2. Coklat dan semua makanan yang diperbuat dari coklat --> Rasanya sekali sekala boleh kot makan coklat.he he he... *degil*
3. Minuman yang mengandungi KAFEIN contoh adalah kopi --> InsyaAllah akan dikurangkan pengambilan kopi ni.
4. Keju dan semua makanan yang diperbuat dari keju --> NO KOMEN LAH
5. Buah zaitun & minyak zaitun --> Sebenarnya bagus diguna dalam masakan sebab less kolestrol.
6. Yis seperti dalam roti segar & tapai --> Pun feveret jugak nih... haishh!!
7. Daging yang telah diproses seperti hotdog @ sosej --> Mummy suka makan ni masa tengah bermalas-malasan di rumah. huh!
8. Ais krim --> Kalo craving sangat, baru Mummy makan. So takde masalah la...
9. Monosodium Glutamate yang digunakan dalam penyedap makanan --> Alhamdulillah tak pernah guna dalam masakan tapi kalo makan kedai, konpem ada kan.
10. Makanan yang berlemak
11. Sup yang ditinkan. --> erkk!!
12. Pemanis tiruan Aspartame.
13. Minuman beralkohol terutama wain merah -->hu hu hu...ni memang TAK PERNAH cuba.


90% senarai kat atas tu adalah feveret Mummy. Kena gagahkan diri gak untuk mengelakkan @ mengurangkan makanan penyebab kat atas tuh.


Sumber dari Poliklinik Bio-Sucinas

Saturday, May 12, 2012

:: Selamat Hari Ibu, Emak, Mummy, Mama & seangkatan dengannya...

Selamat hari Ibu utk Puan Emak a.k.a Hajah Sapurah Leoun (kelesss ko nama mak!). Juga tak lupa untuk diri sendiri, kawan-kawan & para emak sedunia.

Takyah tengok lelama sgt... saya tau ada org ckp kami mcm adik-beradik. Terima jela walaupun kurang ikhlas.he he he...

Entri kali ni khas penghargaan utk Pn Emak. Alkisahnya, Pn Emak Mummy ni asalnya tersangat la garang. Biasala, anak 6 orang...perangai sorang-sorang MasyaAllah. ha ha ha... Dulu masa kecik-kecik, kalo kami ni buat hal kat rumah orang... Pn Emak jeling je ok sebagai hint. Terkedu la gak tgk jelingan maut tuh. Balik rumah memang kena siap sedia dari segi mental & fizikal la jawabnya. Tapi kalo Pn Emak buat tak tau...tu mksdnya dia tgh mengumpul silap kami. Agak-agak dah byk dia kumpul, memang lump sum la dia bantai kami. Masing-masing masa tu memang memberontak la. Kadang-kadang tak yah tunggu sampai rumah, kat situ la gak dia cubit. Punyela sakit Pn Emak cubit...hu hu hu...

Bila kami meningkat dewasa, Pn Emak dah kurang skit hangin pus pus dia tuh. Pn Emak semakin sporting... maklumla...anak-anak dah mcm adik-adik lak. Mintak jela nak apa, konpem dia belikan. Dulu masa tgh susah, Pn Emak agak stress. Bila dah senang skit ni, dia tak lokek sangat (tapi kadang-kadang berkira la gak). he he he...

Kalo bab masak lak...rasanya blom ada orang blh lawan Pn Emak.hu hu hu... Seminggu tak rasa masakan Pn Emak, terasa rindu yang teramat. Tapi ada orang ckp "Kalau kita masak dengan kasih sayang, tak sedap pun kita akan rasa sedap sangat"... yer! Mummy sangat setuju.

Emak is Number 1 for Me!

I was a foolish little child
Crazy things I used to do
And all the pain I put you through
Mama now I'm here for you
For all the times I made you cry
The days I told you lies
Now it's time for you to rise
For all the things you sacrificed

Chorus:
Oh, if I could turn back time rewind
If I could make it undone
I swear that I would
I would make it up to you
Mum, I'm all grown up now
It's a brand new day
I'd like to put a smile on your face everyday
Mum I'm all grown up now
And it's not too late
I'd like to put a smile on your face everyday

And now I finally understand
Your famous line
About the day I'd face in time
'Cause now I've got a child of mine
And even though I was so bad
I've learned so much from you
Now I'm trying to do it too Love my kid the way you do

CHORUS
You know you are number one for me (x3)
Oh, Oh number one for me
There's no one in this world that can take your place
Oh, I'm sorry for ever taking you for granted, ooh
I will use every chance I get
To make you smile,  whenever I'm around you
Now I will try to love you like you love me
Only God knows how much you mean for me

CHORUS
You know you are number one for me (x3)
Oh, Oh number one for me






Selamat Hari Ibu utk Mummy juga...


-LoveHugKiss-



Wednesday, May 9, 2012

:: Mummy Kembali mencabar diri

Mummy kembali!!
Yeah! Kembali mencabar diri 7 hari detox program...
Sila klik ---> DETOX 


Target : Buang 2kg jer...

*InsyaAllah boleh punya sbb sebelum ni Mummy berjaya buang 3kg dalam 7 hari...


Monday, May 7, 2012

:: Western @ Murtabak Kampung Melayu

Last week punya event tapi baru berkesempatan nak update. Sebut Murtabak Kampung Melayu, rata-rata johorean mesti tau tahap kesedapan murtabak giant kat situ. Tapi Mummy bukan nak cerita ceriti pasal murtabak special tu. Semua orang dah tau rasanya... 


Nama gerai murtabak Kampung Melayu ni, Azo 96. Ala-ala food court. So, ada banyak stall kat dalam Azo 96 ni. Antaranya, mee rebus haji wahid... pun antara yang terkenal kat JB la. Mummy biasa makan stall yang kat Angsana. Update dari kawan-kawan, mee rebus haji wahid kat Azo 96 ni agak kureng skit. So, sila lah ke Angsana ye pada yang nak rasa. he he he...
Satu lagi special kat Azo 96 ni, western stall. Ni adalah hasil suggestion dari 'orang' tu yang dah janji nak bawa Mummy rasa western ka situ. Dia suggest kat Mummy, mixed grill.

Ini la rupa mixed grill western kampung melayu. Ada kambing, ayam & daging. Harga hanya rm16.50
Kenapa patut cuba:
- Harga yang berpatutan + big portion = kenyang!
- Lembut & senang dikunyah walaupun de tulang yang agak hancur.
- Potato tu memang sedap seperti yang dikatakan oleh tukang cadang. Lain drpd yang lain... 
- Salad pun not bad... de timun & bawang.
- Rasa yang tidakla terlalu western & pada Mummy masih ada kemelayuannya. Memang kena dengan tekak Mummy.

p/s: Mummy menyahut cabaran buang 2kg dalam sebulan! 
*GOOD LUCK for Mummy Chubby*

:: Ahli keluarga 'baru' 2012

Alhamdulillah, tahun 2012 ni keluarga Mummy terima 2 ahli 'baru'. Sepasang ok! Happy sebab Cik Khaleesa dapat kawan baru. Cik Khaleesa pun asik tenung je baby ni & siap request suruh Mummy bawak balik rumah.hu hu hu... Dua-dua sangat comel & bam bam. Comel mcm Mummy kot...he he he... *sila jangan sentap ketika membaca entri nih*

Baby fresh... D.O.B: 4th May 2012

Baby Aqil yang tak bape nak fresh... D.O.B: 4th January 2012

Wednesday, May 2, 2012

:: Makan Malam di RAWA Steamboat & Grill

Selesai menonton The Avengers... 'shopping tingkap' jap. Bawak orang tu jalan-jalan kasi exercise kempiskan perut & kuatkan kaki sebelum makan malam. he he he...

Untuk makan malam, Mummy menjamu selera kat Restoran RAWA steamboat & grill bufet yang agak glamer kat JB. RAWA ni ada 2 cawangan kat JB. Kat Taman Pelangi & Taman Gaya. Kali ni Mummy pilih kat Taman Gaya sbb dah dekat sangat kan. Sama je de bufet untuk 2 cawangan ni cuma yang kat Taman Pelangi tu ada ala carte. Bufet kat RAWA ni hanya rm19.50 bagi dewasa tapi dulu rm17.50 jek. Untuk kanak-kanak umur 4-8 tahun, rm4.50 & 9-12 tahun, rm8.50. Konpem takkan ada charge tambahan. Memang boleh makan sampai muntah...dok la menggrill kat situ bape lama pun.he he he... bahan-bahan utk grill pun unlimited. Tak macam sesetengah bufet tempat lain, kena tunggu direfill. pastu de je charge tambahan.

Jangan risau, RAWA di tanggung HALAL. Siap tampal sijil halal kat pintu yer. Yang tak pernah pergi, bolehla berkunjung RAWA ni di No 1, Jalan Sasa 5, Taman Gaya, JB. Sila la datang awal sebab sentiasa penuh.

Pilihan yang tak terhingga... eerrmmm...

Dalam mangkuk tu de 2 jenis.. sup & tom yam... Tom yam sedap!

Sila abaikan tangan co-chef Mummy. he he he...

Ada banyak jenis sambal cicah tapi 3 ni antara yang Mummy boleh telan. Kuah kacang sedap...

Istimewanya kat RAWA ni, udang sangat fresh. Masih hidup...melenting2 bila kena grill. Terima kasih la kat sayang yang tolong kupaskan kulit udang tu (lepas direquest)...

De aiskrim gak sebagai dessert. Tapi Mummy tak sempat rasa sbb butang jeans semakin mencengkam. hu hu hu... de gak buah disediakan. Air lak de 7 jenis termasuk air kosong. Serius kenyang gila... Bufet ni memang sesuai ler sangat untuk orang yang suka makan banyak. Sesuai la gak bawak family besar. Berbaloi-baloi... (ok, dah merepek lak)... Sekian!

p/s: sampai rumah, Mummy muntah! he he he...


:: Movie #8 ~ The Avengers


Selamat memulakan tugas ye kawan-kawan...

Apa program cuti Hari Pekerja korang?? Ok, macam biasa Mummy layan movie ler. Kali ni layan The Avengers. Sebagai seorang peminat tegar superhero movie ni, Mummy wajib tengok ok. Tengok feed back dari kawan-kawan, The Avengers ni best gila... Lagi best layan dalam bentuk 3D. Superb! Yang tak bestnya, Mummy sampai lambat sbb jalan jem. Lewat 15 min... 


Review dari Mummy:
Personally, awalan cerita agak boring sebab banyak sangat berbual. Kata cerita superhero kan, so sepatutnya kena banyak aksi dari awal kan. Kalau Mummy ni pengarah, rasanya nak ramaikan lagi watak-watak superhero dalam The Avengers ni. Macam tak puas tengok ok. Lagi best kalau ala-ala X-Men... Takpun masukkan je semua watak X-Men dalam The Avengers ni. Sampai muntah ler tengok semua superhero tu. (Apa daa dok merepek ni)...

CGI The Avengers ni memang terbaik ahh...kagum tgk alien. Jom lah kenal-kenal ngan superhero 'hebat' yang selamatkan bumi ni. ha ha ha...

1. Iron Man a.k.a John Stark (Robert Downey Jr.) - Superhero kegemaran Mummy... mulut lancang gila. Suka buat lawak & kacau orang. Paling tak boleh blah, berlagak gila. Tapi sebenarnya, dia kalau takde suit iron man... nothing!! ha ha ha... Ayat dia paling best "genius, billionare, playboy, philanthrophist". Nak tau kenapa dia cakap camtu, kena la tengok sendiri. jeng! jeng! jeng!


2. Captain America (Chris Evans) - Dia nipun takde la super power sangat tapi dia ada otak yang bijak ngan strategi. Pandai bagi arahan & sangat baik hati. 


3. Thor (Chris Hemworths) - Superhero ni Mummy tak pernah tengok sebelum ni. Yang pasti dia ni tuhan & kuat. Kekuatan dia ada pada tukul. HULK pun tak boleh angkat itu tukul wooo... ha ha ha... Dalam The Avengers ni, dia adik angkat si Jahat LOKI (nama tak komersil langsung).


4. HULK (Mark Ruffalo) - Mummy tertanya-tanya gak kenapa dia jadi HULK. Kenapa bukan watak sebelum ni Edward Norton. Takpela, tak penting pun sbb watak HULK memang selalu berubah-ubah. Dalam The Avengers ni, HULK boleh bercakap & faham... hurrmmm.... erk!


5. Black Widow & Hawk Eye (Scarlett Johansson & Jeremy Renner) - Masih mencari siapakah mereka sebenarnya. Cuma yang pasti mereka ni komited ngan The Avengers ni. Hawk Eye sangat bagus memanah. Tak yah tengok musuh pun, anak panah sampai.he he he...


Senang cerita, The Avengers ni cerita yang bagus. Tak rugi pun beli tiket 3D. Banyak lawak masa tgh bertempur ngan alien. Masih terbayang-bayang kat kepala ni aksi lawak dieorang ni.


Rating utk The Avengers: 4/5 bintang.




p/s: BATTLESHIP still an awesome movie.