Selesai menonton The Avengers... 'shopping tingkap' jap. Bawak orang tu jalan-jalan kasi exercise kempiskan perut & kuatkan kaki sebelum makan malam. he he he...
Untuk makan malam, Mummy menjamu selera kat Restoran RAWA steamboat & grill bufet yang agak glamer kat JB. RAWA ni ada 2 cawangan kat JB. Kat Taman Pelangi & Taman Gaya. Kali ni Mummy pilih kat Taman Gaya sbb dah dekat sangat kan. Sama je de bufet untuk 2 cawangan ni cuma yang kat Taman Pelangi tu ada ala carte. Bufet kat RAWA ni hanya rm19.50 bagi dewasa tapi dulu rm17.50 jek. Untuk kanak-kanak umur 4-8 tahun, rm4.50 & 9-12 tahun, rm8.50. Konpem takkan ada charge tambahan. Memang boleh makan sampai muntah...dok la menggrill kat situ bape lama pun.he he he... bahan-bahan utk grill pun unlimited. Tak macam sesetengah bufet tempat lain, kena tunggu direfill. pastu de je charge tambahan.
Jangan risau, RAWA di tanggung HALAL. Siap tampal sijil halal kat pintu yer. Yang tak pernah pergi, bolehla berkunjung RAWA ni di No 1, Jalan Sasa 5, Taman Gaya, JB. Sila la datang awal sebab sentiasa penuh.
Pilihan yang tak terhingga... eerrmmm...
Dalam mangkuk tu de 2 jenis.. sup & tom yam... Tom yam sedap!
Sila abaikan tangan co-chef Mummy. he he he...
Ada banyak jenis sambal cicah tapi 3 ni antara yang Mummy boleh telan. Kuah kacang sedap...
Istimewanya kat RAWA ni, udang sangat fresh. Masih hidup...melenting2 bila kena grill. Terima kasih la kat sayang yang tolong kupaskan kulit udang tu (lepas direquest)...
De aiskrim gak sebagai dessert. Tapi Mummy tak sempat rasa sbb butang jeans semakin mencengkam. hu hu hu... de gak buah disediakan. Air lak de 7 jenis termasuk air kosong. Serius kenyang gila... Bufet ni memang sesuai ler sangat untuk orang yang suka makan banyak. Sesuai la gak bawak family besar. Berbaloi-baloi... (ok, dah merepek lak)... Sekian!
p/s: sampai rumah, Mummy muntah! he he he...
sedapnye!!! terliur~ huhuhu
ReplyDeleteOk, mesti pegi!
ReplyDeleteNanti lepak umah aku, kita gi!
Deletenampak sgt happening tempat tu...
ReplyDeleteayyooo byk pilihan... sedap tak? terlbih makan mummy sampai muntah!
;P
sebab sedap sgt la sampai muntah wahai mama pora.. heheheee
DeleteKak, tuhari nak try gak makan kat sini. Penah dengar jek tp taktau kedai tu katne. Katne Taman Gaya tu? Penah denga kedai tu kat Pelangi? Area mana kak? Fuhh, meriah gila tengok! Heeee :D
ReplyDeleteTaman Pelangi tak heaven sgt.. kat Taman Gaya baru tak baru la.. kalo dr jln tebrau, masuk simpang ke Taman Gaya/Taman Pelangi Indah..jumpa traffic light masuk kanan. Nanti nmpk old town. RAWA area belakang old town tuh.
Deletesedapnyer....
ReplyDeleteira baru jer pergi makan kat rawa taman gaya tu masa hari isnin.... penuh giler.... tp kalau nak mkn steamboat memang recomended la kat rawa nie....
ReplyDeletesalam kenal.. sy follow sini yer..
ReplyDeletex penah lg makan kt sini..
tingin nak try cuma lum berkesempatan..
sellau dgr org citer je rawa ni besh.. :)
salam kenal... de masa terluang awak boleh cuba. serius best sgt!
Deletepernah pergi...masa tu harga rm 17.50...tapi apapun,makanannya memang sedap....
ReplyDeletesalam.
ReplyDeletekak, nk tanya, ada org kata tak halal?
so, yang masa akaq pergi ni, kompem halal k?
saya dgn kwn2 nak pergi, tp nak tau , dia da apply sijil ke blom ye.
ReplyDelete