Last week punya event tapi baru berkesempatan nak update. Sebut Murtabak Kampung Melayu, rata-rata johorean mesti tau tahap kesedapan murtabak giant kat situ. Tapi Mummy bukan nak cerita ceriti pasal murtabak special tu. Semua orang dah tau rasanya...
Nama gerai murtabak Kampung Melayu ni, Azo 96. Ala-ala food court. So, ada banyak stall kat dalam Azo 96 ni. Antaranya, mee rebus haji wahid... pun antara yang terkenal kat JB la. Mummy biasa makan stall yang kat Angsana. Update dari kawan-kawan, mee rebus haji wahid kat Azo 96 ni agak kureng skit. So, sila lah ke Angsana ye pada yang nak rasa. he he he...
Satu lagi special kat Azo 96 ni, western stall. Ni adalah hasil suggestion dari 'orang' tu yang dah janji nak bawa Mummy rasa western ka situ. Dia suggest kat Mummy, mixed grill.
Ini la rupa mixed grill western kampung melayu. Ada kambing, ayam & daging. Harga hanya rm16.50
Kenapa patut cuba:
- Harga yang berpatutan + big portion = kenyang!
- Lembut & senang dikunyah walaupun de tulang yang agak hancur.
- Potato tu memang sedap seperti yang dikatakan oleh tukang cadang. Lain drpd yang lain...
- Salad pun not bad... de timun & bawang.
- Rasa yang tidakla terlalu western & pada Mummy masih ada kemelayuannya. Memang kena dengan tekak Mummy.
p/s: Mummy menyahut cabaran buang 2kg dalam sebulan!
*GOOD LUCK for Mummy Chubby*
sedapnya.. tapi sy x mkn kambing la.. klu x tingin jugak nk cuba.. chaiyok mummy!
ReplyDeletemummy.. hari ni entry sy pasal murtabak kg melayu jugak.. tergoda gara2 tgk entry mummy la nih.. hikhikhik.. :)
ReplyDelete