Layan iklan

Wednesday, May 16, 2012

:: Bertungkus-lumus *phew!*

Sebelum memulakan cerita tungkus-lumus Mummy malam tadi, Mummy nak memgucapkan...
SELAMAT HARI GURU kepada semua rakan-rakan yang bergelar guru serta guru-guru di Malaysia.


Macam biasa la, sambutan hari guru bukan kat sekolah je ye. Kat tadika pun de sambutan gak. Mummy dah dapat surat awal dari tadika cik Khaleesa pasal sambutan hari guru. Maklumla, kami ibu bapa diminta untuk membawa sedikit makanan. Mummy ni bukanla SUPER rajin sangat. Mula-mula tu ingatkan nak beli makanan ringan je. Tapi macam tak elok la plak budak-budak diajar makan 'jajan' kan. Ada kawan bagi idea belikan vitagen. Bila difikir balik, rugi plak Mummy. 1 paket vitagen dah rm4.00 & ada 5 botol. Takkan Mummy nak beli 2 paket je kan... sekurang-kurangnya kena beli 6 paket. Total je dah rm24.00... Paling jimat, Mummy buat sandwich je la. Bahan-bahan dah ada kat rumah.. cuma kena beli roti, mayonis & planta jela. Mummy buat 2 jenis sandwich... telur & tuna.

 Inti tuna...

Inti telur...

Inilah hasilnya... Mummy tak sempat nak rasa. Ok la kot...

Tak lupa gak hadiah untuk cikgu kelas cik Khaleesa... excited dia nak bagi kat cikgu Fizah.

* Tak sempat nak snap picture cik Khaleesa pagi tadi sebab dah lewat... hujan punya pasal... 

5 comments:

  1. hehehe.. rajinnye mummy sediakan makanan.. rasanye kalo saya fenen jugak pikir nak bagi anak bawa ape.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan...sgt fenin memikirkan menu.hehee

      Delete
  2. sandwich pun sedap.. budak2 msti suke kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tapi sygnye mummy tak sempat rasa...huhuhuuu

      Delete
  3. sandwich lagi berbaloi..murah & sedap :)

    ReplyDelete