Layan iklan

Friday, December 30, 2011

:: Wishlist 2012

Biasa wishlist ni Mummy simpan dalam kepala je. Takde maknanya nak buat kerja menge'list' ni. Tapi kalo takde draft wishlist ni, buat blh buat kita lupa sebenarnya. Lagi satu, tak semua wishlist ni kita akan capai. Maybe ada yg more kepada 'kalo la aku dapat'. ha ha ha...

Merancang wishlist...

Wishlist 2012 Mummy tak banyak mana pun sbb apa yg dihajati, Mummy dah dapat kecuali dot dot dot...
* p/s: Wishlist berikut tidak disusun ikut turutan yg betol. :D

1. Paling utama pada Mummy ialah ingin meningkatkan amal ibadah terutamanya yg SUNAT. Yang WAJIB memang dah kena buat nanti DOSA.

2. Mummy berazam nak berubah menjadi MANUSIA yang lebih BAIK! (sila baca dengan penuh semangat ye).

3. Meningkatkan rasa SABAR & TABAH dalam DIRI SENDIRI.

4. OK, Mummy dah taknak GARANG-GARANG lagi sebab cik Khaleesa dah besar. he he he... InsyaAllah.

5. Of course la Mummy nak jadi THE BEST MOMMY EVER utk cik Khaleesa. 

6. Merancang UNLIMITED VACATION --> kalo tersangat mampu laa...heheee
7. Nak KURUS lagi! Whoaa!! konpem ada yg muntah hijau kuning & seangkatan dengannya bila yg dgr statement tu.ha ha ha...

8. Nak bagi DIDIKAN yang TERBAIK utk cik Khaleesa. WAJIB!

9. Menggembirakan EMAK AYAH & menjadi KAK LONG yg TERBAIK (dah taknak nakal-nakal lagi!)

10. Menjadi PEKERJA yang BAIK & RAJIN.

11. Kurangkan KONTROVERSI tingkatkan PRESTASI. Seriously, part ni memang tak blh nak janji la tapi akan dicuba. ha ha ha

12. Meningkatkan SKILL memasak sebagai persediaan ujibakat MasterChef musim ke-2 (ado ke?). Rasa tak blh blah tgk wishlist ni...
13. Berazam menggagahkan diri untuk menDELETE akaun FACEBOOK sbb dah tak tau nak update apa. (wishlist 2010 yg tak kesampaian).

14. Memantapkan VOKAL tap BUKAN sebagai persediaan utk ujibakat "VOKAL bukan sekadar rupa" ye. (sedor diri!)

15. Start JAN 2012, nak KUMPUL DUIT sbb terasa nak beli AUDI R8 takpun NISSAN LEAF jadilah. Target membeli DEC 2012. Mesti de yg tercekik baca wishlist ni. ha ha ha

16. Nak UPGRADE rumah especially bahagian DAPUR, RUANG TAMU & BED ROOM. Ada ke yang nak sponsor Mummy?

17. Ni WAJIB! Nak GANTI LANGSIR baru sbb udah 3 TAHUN idok berganti. Kalo blh nak jahit sendiri. InsyaAllah...
Nak kaler biru @ turqoise. Buat yg simple2 je sbb tingkap umah Mummy ala-ala sliding door.

** Mungkin wishlist akan bertambah sbb belum plan sepenuhnya ni.

*** Misi mencari TEMAN HIDUP a.k.a DADDY BARU utk cik Khaleesa terpaksa ditunda ke tahun-tahun berikutnya (belum ada target). Bukan apa, takot hilang fokus utk mencapai wishlist kat atas tuh. he he he. My Life is getting better everyday. Pada yg masih tak tahu kisah Mummy blh la Klik--> PENGAKUAN...I'M OFFICIALLY

:: Lunch at JPO

Dah 3 kali Mummy menjejakkan kaki ke JPO tapi ni 1st time makan kat JPO. Target memang nak lunch je sbnrnya. Makanan agak kureng rasanya tapi dah lapar punya pasal, telan jela. Baik makan kat Jusco jer.hu hu hu...

Lihat lah bukti muka-muka org tak kenyang ni...




:: Layan Ombak Rindu secara FREE


Mummy tau, bahang & penangan Ombak Rindu masih terasa kan. Yer, Mummy tau kat Astro First pun dah ada kan. Nak tgk secara percuma? Kini dah boleh layan kat YouTube in full version takde sangkut2 punye (believe me!)


Selamat menonton!

:: Papa I love You


Mummy rancang nak tgk movie ni esok. Baca review macam best & sedih. Tapi tak tau lagi nak tgk ke tak. Depends on my mood this evening la.

*updated: xde mood nak tgk wyg so rini blh gi shopping. esok pagi tros blk kmpg.he he he...

Tuesday, December 27, 2011

:: Allergic tahap melampau...

Dah lama rasanya Mummy tak kena allergic ni. Last kena 6 tahun lps. Memang sengsara ler sangat. Ke hulu hilir berubat. Sampai tak pergi kerja. Allergic dari hujung rambut sampaila ke hujung kaki. Last solution, Mummy amik injection. Then baru la reda. Puncanya adalah habuk fiber. Masa tu Mummy de event kat Sekolah Sukan. Tido katil double storey bed. Mummy pilih tido atas. 

Teringat zaman UiTM lak. Allergic satu badan gara-gara makan mee goreng. Pun sengsara juga. Dahla masa tu de exam. Bayangkan la sampai mata tak boleh buka gara-gara bengkak. Kawan pun takot nak dekat, takot berjangkit katanya. Jgn risau, allergic ni tak berjangkit. Puncanya, doktor ckp Mummy salah makan. Dalam mee goreng mesti ada campur sos tiram. Sos tiram warung tu rupanya dibuat sndri owner kedai. Tu yang Mummy kalah. 2 3 bulan la gak Mummy fobia lalu kat kedai tuh.hahahaaa....

Kali ni salah makan keropok. Aduhhhaaiiii!!! Biasa makan, ok je. Dahla Mummy makan 2 batang je. Makan pukul 9 pg, pukul 10 pg abes naik ruam2 kat tangan. Kebetulan Mummy mmg ada stok ubat, so makan apa yg ada jela. Tapi makin melarat, dah tak tahan sgt terpaksa la jumpa doktor. Ambil injection tros....tapi yg sedihnya tak berkurang pun. Macam makin trok plak. Nasib baik naik kat tangan, kalo 1 badan lagi terseksa.  Puncanya....mungkin kandungan keropok tu ada kulit udang. Kadang-kadang kalo nak bg keropok sedap digoreng, kulit udang akan dikisar sekali ngan ikan. Seksa kan jadi org allergic melampau nih...



Kalo takde perubahan, terpaksa ke specialist... :(

:: Weekend outing

Lunch time! Oppss!! Mummy dah brunch tad pukul 10.30pg. So lunch takyah kluar lagi. Siapkan kerja persiapan utk internal audit esok. Sambil2 tu, update ler blog.heheee...

Macam biase la, Mummy nak cite weekend outing ngan cik Khaleesa. Aktiviti wajib...sian plak kat dia asik terperuk kat umah berangan je kan. Skali skala layankan, lagipun nxt week dia dah masuk pre-school. 1stly, kami layan movie ler dulu. Cik Khaleesa request nak tgk Alvin & the Chipmunks 3. Mmg seawal pagi la Mummy kluar sbb dah booked tiket utk early bird. Murah skit.huhuu...


Pendapat Mummy, Alvin ni agak boring skit. Beratus kali Mummy menguap @ effect dari Mummy tido lambat?? Ntahla, tap Mummy tak bape nak layan sgt. Tak kisahla asalkan cik Khaleesa suka. Dia enjoy sampai berjoget2 masa Alvin & frens tu menyanyi. 

Sempena Christmas Eve, decoration shopping complex mmg cantik. Biasa kalo kat mana2 pun, kat tgh hall akan ada stage cantik. Ada booth jual hadiah. Cik Khaleesa mmg teruja sikit kalo nampak mende2 cantik ni. Terus diajak Mummy ke hall. Nasib baik adik Mummy de ikut, so Mummy leh la cuci2 mata. Tapi mood utk bershopping -0% (gara-gara dah membeli bagasi kat universal traveller) maka Mummy melayan cik Khaleesa je la. 
 Susah btol nak soh bergambar. Dia sengaja buat candid style..

 Style ni 'dipaksa' oleh cik Khaleesa... So terpaksa ikut kalo x kena marah.hahahaa...

 Amacam...de mcm kakak & adik tak? hehehee... Mummy dipaksa bergambar oleh cik Khaleesa.

 Alkisahnya, cik Khaleesa beriya panggil Mummy. Dia ckp, "mami...dalam ni takde air kan.Khaleesa nak masuk dalam blh tak?". Mmg konpem ler Mummy tak bagi. Rupanya dia nmpk ada budak masuk dalam tu. Merajuk la kejap dia...hahahaaa...


 Adik Mummy yang kurus murus selim melim.hahahaaa...

Decoration kat sini yg plg cantik. Mummy de bergambar kat sini tap tak cun.hahahaaa.... takkan nak letak plak kan. Jatuh saham mak! 

Tuesday, December 20, 2011

:: Secrets by One Republic


I need another story
Something to get off my chest
My life gets kinda boring
Need something that I can confess
'Til all my sleeves are stained red

From all the truth that I've said
Come by it honestly I swear
Thought you saw me wink, no
I've been on the brink, so

Tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
I'm gonna give all my secrets away


This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

My God, amazing how we got this far
It's like we're chasing all those stars
Who's driving shiny big black cars
And everyday I see the news
All the problems that we could solve

And when a situation rises
Just write it into an album
Singing straight, too cold
I don't really like my flow, no, so

Tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

Oh, got no reason, got not shame
Got no family I can blame
Just don't let me disappear
I'm 'a tell you everything

So tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
So I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away

So tell me what you want to hear
Something that will light those ears
Sick of all the insinceres
So I'm gonna give all my secrets away

This time, don't need another perfect line
Don't care if critics never jump in line
I'm gonna give all my secrets away
All my secrets away, all my secrets away

Friday, December 16, 2011

:: Menggedik

Walaupun masing-masing dah tua bangka (ye ke???) tapi kalo bab menggedik serah jela pada kami.heheheee... Di ptg Jumaat yang tak tau nak update apa, Mummy dapat email picture lama yg gedik abes.hahhaaa... Opismate baru email sbb baru transfer dari phone dia. So layan jela gaya gedik kami... Jangan ada yg muntah hijau kuning & seangkatan dengannya sudah....



Masa makan durian pun kena ada lentok2 ok.hehehee...



Masa pot luck pun wajib menggedik walaupun boss dpn mata.








Ok, lihat lah kami sgt menggedik...

*Sekian update mengong dari Mummy... mood org byk kerja sampai BLURRRRRR...

Thursday, December 15, 2011

:: IKHLAS

Redha itu ikhlas, Pasrah?? hurmmm... susah nak describe kan? Kadang-kadang hati ni rasa sgt tak kuat... Tapi bila rasa gumbira, hilang rasa gundah gulana. Berbaloikah rasa sabar dalam hati ni? Hanya Allah saja yg tahu. Senyum tak bermakna semuanya indah.

Cukup ikhlaskah Mummy ni? Ikhlas yang datang daripada hati akan menjadikan sesuatu perbuatan dan amalan itu diterima Allah. Sejujurnya, bila hati ikhlas...kita akan rasa lebih tenang & aman. Takde yg perlu dirisaukan. Ikhlas menjadikan kita lebih kuat. Ikhlas sangat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian kerana orang yang ikhlas dianggap sempurna imannya. Tapi Mummy belum rasa sempurna iman ni. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki...terlalu banyak...haishhh!!!

Mummy sentiasa mendoakan utk diri sendiri & cik Khaleesa agar ditempatkan diantara orang yang beriman. Sentiasa disayangi olehNya. Semoga rasa ikhlas ni lebih mempermudahkan hidup Mummy berdua. Ikhlas & Sabar ni menjadikan Mummy semakin matang...insyaAllah.



Pendam by Shahir

Wednesday, December 14, 2011

:: Awana Genting Highlands

Mummy kembali mengupdate setelah beberapa hari sibuk dgn mcm2 hal. Biasa la hujung2 thn ni byk tol aktivity. Family vacation nxt week x jadi sbb keadaan cuaca yg x menentu. So tunggu Feb 2012 punya trip yg mmg dah konpem.hehehee...suprise yer!

Okla, last week Mummy attend Family Day opis kat Awana Genting Highlands. Mula-mula mcm malas nak join sbb fikirkan leceh nak drive. Lagi la cik Khaleesa yg sgt fussy nih. *phewww!* Tapi setelah dipujuk oleh geng2 seangkatan, skali skala berjimba-jimba apa salahnya kan. Kalo thn lps Mummy bwk adik tap kali ni bwk kwn la plak. Lagipun dah lama x jumpa dia. *gossipppp*. 

Opismate ramai yg gerak awal...seawal Khamis ptg. Mummy je malas sbb byk kerja nak buat kat rumah. Kemas dulu apa yg patut, so bila blk xdela sakit mata.huhuuu... Lagipun family day start Jumaat ptg. So, seawal 7.00pg Mummy dah gerak...KL bukan la jauh sgt.. 10.00pg Mummy dah sampai Bangi pick up kwn then tros naik Genting. Sampai2 je tros lunch....laparrr gile! Tapi de insiden yg xbest lak. De sorg minah ni (bukan kwn rapat & jarang tegur), tba2 leh tegur Mummy. Soklan sgt sinis ok, "Eh! Berdua je ke? Mana laki ko??". Huh!! dah terang2 Mummy dtg bertiga ngan kwn, takkan tak nmpk. Rasanya since last year punya family day mmg Mummy tak pernah bwk spouse. Lagipun kalo dia ikhlas tanye patut berhenti, tanya elok2...ni tanye tap sambil berjalan pastu ckp kuat2. Hormat la skit sensitivity...

Pic hotel lupa nak snap sbb masuk blik tros tumbang.hahahaa... bilik besar. Walaupun dtg bujang, dpt 2 katil queen. 
3.00ptg acara sukaneka bermula...tapi tak sesyok thn lps. Mummy tak nak join sbb BORING. 

Cik Khaleesa join sukaneka. Sgt comel & risau masa dia lari...hehehee... menang ok!

Sempat dia conteng muka.

Emcee dinner kali ni adalah Sarimah Ibrahim a.k.a Kak Mah. Tahun ni Mummy takde luck la utk lucky draw. Takpe, thn lps kan dpt grand prize.heheee...


********************************************************

Seawal 8.00 pg Mummy dah bersiap2 check out sbb nak naik atas. Kami dapat tiket unlimited indoor & outdoor theme park. 1st time Mummy naik cable car....agak gerun la gak. Cik Khaleesa asik pegang je sbb dia pun penakut. muahahahaaa.... Main kejap je tapi beratur yg pnjang gile.huhuuu...letih sgt2, lagila melayan karenah cik Khaleesa. Takpela, janji dia happy....layankan jela.

Cik Khaleesa mmg suka naik bas.heheee....


Muka org penat...

Barisan plg panjang utk main space shot...gile!!

Cik Khaleesa dah lepak gile & meragam...

*Personally, Mummy tak suka sbnrnya tmpt yg crowded. Sangat rimas. Sbb pegi FREE rasanya tak rugi sgt. Cuma kalo nak sesaja pegi, rasanya Mumy takkan jejak kot. Baik Mummy dok rumah buat apa yg patut.


Thursday, December 8, 2011

:: Lighters


"This one's for you and me,
living out our dreams
We're all right where we should be
Lift my arms out wide I open my eyes
And now all I wanna see
Is a sky full of lighters
A sky full of lighters"

:: Tadika oh Tadika

Alhamdulillah... sampai sudah kita di penghujung 2011. Syukur masih bernafas utk menikmati kurnian & rahmat dariNya. Bila dah hujung thn ni, kena buat byk kira-kira utk thn depan. Maklumla... skang Mummy menanggung sume sorang2. *phewww!*

Perkara pertama yg Mummy kena buat ialah mensurvey tadika utk cik Khaleesa. Tahun depan dia dah 5 tahun. Nak masukkan umur 4 tahun mcm awal la plak. So hantar taska jela. Banyak pilihan sebenarnya tadika yg berdekatan dgn rumah Mummy. Nasib baik la rumah & tempat kerja Mummy berdekatan. Awal tahun, Mummy survey tadika berdepan dgn rumah. So far ok laa tapi beberapa bulan yg lps, kwn Mummy call komplen pasal tadika tu.huhuuu... tros CANCEL. Parents Mummy lak soh cari tadika islamik. Alhamdulillah, last week Mummy jumpa tadika islam yg juga berdekatan ngan rumah. Belum daftar lagi tapi konpem Mummy akan hantar ke tadika itu. Daftar lps gaji nanti...heheheee...

Pendaftran tadika skang ni dah mcm nak masuk U. Kalau takde beribu, baik masuk KEMAS jela. Kalau KEMAS dekat, mmg Mummy dah hantar je ke situ.hehehee.... takpe, tahun depan Mummy cuba utk reg PRA-SEKOLAH. Fee utk tadika cik Khaleesa je dah RM1k++. Tapi monthly RM250 termasuk taska. Okla kan... lbh kurang hantar taska je. Tu belum tanye kat SMART READERs... Reg fee je dah RM1.8k. Ada 4 sem, setiap sem RM870 takde taska. Belajar 3 jam jer.huhuuu.... Mummy tak mampu!!! huwaaaa... Bayangkan la lagi 2 3 tahun... Makan nasi lauk telor goreng la tiap2 hari sbb nak menabung.

** Buat parents kat luar tuh, menabung lah dari skang yer. Jgn berpoya-poya over sgt nant ssh akn dtg.huhuuu...


MV feveret cik Khaleesa




:: I Forgive You


Tuesday, December 6, 2011

:: M.A.R.A.H tapi S.A.B.A.R

Ni pasal kerja plak... nak marah tapi tak tahu nak marah camne. Nak kena tengking, ko da tua bangka. Rasanya ko ni dah takde keje kot kat department tu. Mmg hari2 kena update ke? Dari last week aku dah ckp, kalo dah de report tu aku email la kat ko. Dah dapat contractor lembab nak mampus, nak buat camne. Contractor ni plak, nak kata bangang....projek berjuta ko handle. So, jgn kecik ati la ye kalo aku 'away' kan office communicator ni. 


:: Dear Ms B

Dear Ms B,

Apa khabar? Sihat? Oppss!! patut ke saya tanya camtu sbb kita tak kenal pun. Berjumpa pun tak pernah. Senang cerita, saya pun tak nak tahu pasal cik. Rasanya saya pun tak pernah ganggu hidup cik malah saya bagi 'hak' saya pada cik. 'Hak' yang takkan saya tuntut semula.

Tapi, skang ni saya tak faham la nape la cik kacau2 & perli2 saya. Yer, saya sedar diri dgn keadaan saya skang. Cuma lain kali kalau rasa tak boleh nak handle mslh, jgn la libatkan saya. Saya dah takde mengena dgn cik & seangkatan dgnnya. Sila la jgn buat saya hilang sabar... Saya senyap tak bererti saya ni mengaku kalah. Saya ikhlas bagi 'hak' saya tu. Jaga jela elok2, jgn buat mende bodoh. Atau cik dah rasa unsecure?? It's ok, cik bukan saingan saya. Takde maknanya saya nak amik 'hak' cik. Cik sms la saya camne pun, takkan ada reply dari saya. Saya sms cik juz nak mntk tlg je. Tapi kalau cik dah ckp 'tak nak masuk campur', saya faham. Tapi tak yah la, nak sms berantai perli, marah2, mengamuk ke hapa. Lagipun saya tak pernah marah2 @ serang cik. Pada saya buang masa je. Cik jgn la meroyan sgt sbb takkan lari gunung dikejar kalo dijaga btol2.

Okla, saya nipun bukanla manusia yg baik sgt. Takla secantik manapun, gemuk tapi saya masih ada harga diri. Saya tahu cik mesti cantik bergetah orgnya, so jgn ler risau sgt. Dah dapat rupa yg bagus, perangai tu biarla bagus gak. Jgn hipokrit ok...

Sekian.

Ikhlas dari saya...

*entry ni takde mengena ngan hidup & mati. chill~

Monday, December 5, 2011

:: Movie Day Out with Khaleesa

Lama la gak  tak update entry. Ingatkan nak update pagi tadi tap de sesuatu yg mengganggu mood Mummy. Memang SPOIL la. Ada la makhluk Allah yg tak bape puas ati ngan Mummy. Kata Mummy ni buat cerita tak betul. Tapi takpe, Mummy juz ignore je sbb tak penting pun makhluk tu. Takde sangkut paut pun...sedara pun bukan. Lantak dia la kan kan kan...heheheee....

Last week Mummy layan 2 movie. Rasanya mesti dah blh agak kan kan kan... Mummy layan OMBAK RINDU & PUSS IN BOOTS.

#1 : Ombak Rindu

Movie ni Mummy layan hari pertama tayangan. Nasib dah beli tiket awal sbb masa tayangan tu full house. Ooppss! Mummy bukan la fans maut si Aaron tu. Cuma teruja nak tgk novel hebat ni difilemkan. Kalau baca novel blh menusuk2 hati, nak tau gak cane dlm realiti. So far, not bad. Satu naskah yang patut dibagi pujian tapi sejujurnya ada byk plot2 penting dlm novel tak ditunjukkan. Tangisan Aaron mampu buat Mummy menitiskan airmata. Cam real hokkay! Lagi puas baca novel sebenarnya... Mummy bg 3.5/5 bintang jula juli.heheheee....

#2: Puss in Boots

This movie actually requested by Ms Khaleesa. Every second she update me, when this movie will out. Tergeliat jari-jemari Mummy 'speaking'. hehehee.... Movie sgt kelakar...awal2 je dah tergelak2 ngan si Puss yg poyo abes. Walau macho canepun, tabiat kucing tetap ada. hehehee.... byk fairy tale diselitkan dalam movie ni. Cik Khaleesa sgt enjoy... Antara part yg best masa si Puss ni menari. Siap de pub kucing. Comellllll sgt! Mummy bg 4/5 bintang jula juli sbb menggembirakan Cik Khaleesa.

Weekend xde pape yg menarik..Mummy juz dok rumah. Kemas apa yg patut, tgk tv, masak bubur ayam (cik khaleesa request), basuh baju, lipat baju...haishhh!!! dah membujang pun cam tak rasa bujang.hehehe...