Redha itu ikhlas, Pasrah?? hurmmm... susah nak describe kan? Kadang-kadang hati ni rasa sgt tak kuat... Tapi bila rasa gumbira, hilang rasa gundah gulana. Berbaloikah rasa sabar dalam hati ni? Hanya Allah saja yg tahu. Senyum tak bermakna semuanya indah.
Cukup ikhlaskah Mummy ni? Ikhlas yang datang daripada hati akan menjadikan sesuatu perbuatan dan amalan itu diterima Allah. Sejujurnya, bila hati ikhlas...kita akan rasa lebih tenang & aman. Takde yg perlu dirisaukan. Ikhlas menjadikan kita lebih kuat. Ikhlas sangat penting untuk dipraktikkan dalam kehidupan seharian kerana orang yang ikhlas dianggap sempurna imannya. Tapi Mummy belum rasa sempurna iman ni. Terlalu banyak yang perlu diperbaiki...terlalu banyak...haishhh!!!
Mummy sentiasa mendoakan utk diri sendiri & cik Khaleesa agar ditempatkan diantara orang yang beriman. Sentiasa disayangi olehNya. Semoga rasa ikhlas ni lebih mempermudahkan hidup Mummy berdua. Ikhlas & Sabar ni menjadikan Mummy semakin matang...insyaAllah.
Pendam by Shahir
No comments:
Post a Comment