Layan iklan

Wednesday, December 14, 2011

:: Awana Genting Highlands

Mummy kembali mengupdate setelah beberapa hari sibuk dgn mcm2 hal. Biasa la hujung2 thn ni byk tol aktivity. Family vacation nxt week x jadi sbb keadaan cuaca yg x menentu. So tunggu Feb 2012 punya trip yg mmg dah konpem.hehehee...suprise yer!

Okla, last week Mummy attend Family Day opis kat Awana Genting Highlands. Mula-mula mcm malas nak join sbb fikirkan leceh nak drive. Lagi la cik Khaleesa yg sgt fussy nih. *phewww!* Tapi setelah dipujuk oleh geng2 seangkatan, skali skala berjimba-jimba apa salahnya kan. Kalo thn lps Mummy bwk adik tap kali ni bwk kwn la plak. Lagipun dah lama x jumpa dia. *gossipppp*. 

Opismate ramai yg gerak awal...seawal Khamis ptg. Mummy je malas sbb byk kerja nak buat kat rumah. Kemas dulu apa yg patut, so bila blk xdela sakit mata.huhuuu... Lagipun family day start Jumaat ptg. So, seawal 7.00pg Mummy dah gerak...KL bukan la jauh sgt.. 10.00pg Mummy dah sampai Bangi pick up kwn then tros naik Genting. Sampai2 je tros lunch....laparrr gile! Tapi de insiden yg xbest lak. De sorg minah ni (bukan kwn rapat & jarang tegur), tba2 leh tegur Mummy. Soklan sgt sinis ok, "Eh! Berdua je ke? Mana laki ko??". Huh!! dah terang2 Mummy dtg bertiga ngan kwn, takkan tak nmpk. Rasanya since last year punya family day mmg Mummy tak pernah bwk spouse. Lagipun kalo dia ikhlas tanye patut berhenti, tanya elok2...ni tanye tap sambil berjalan pastu ckp kuat2. Hormat la skit sensitivity...

Pic hotel lupa nak snap sbb masuk blik tros tumbang.hahahaa... bilik besar. Walaupun dtg bujang, dpt 2 katil queen. 
3.00ptg acara sukaneka bermula...tapi tak sesyok thn lps. Mummy tak nak join sbb BORING. 

Cik Khaleesa join sukaneka. Sgt comel & risau masa dia lari...hehehee... menang ok!

Sempat dia conteng muka.

Emcee dinner kali ni adalah Sarimah Ibrahim a.k.a Kak Mah. Tahun ni Mummy takde luck la utk lucky draw. Takpe, thn lps kan dpt grand prize.heheee...


********************************************************

Seawal 8.00 pg Mummy dah bersiap2 check out sbb nak naik atas. Kami dapat tiket unlimited indoor & outdoor theme park. 1st time Mummy naik cable car....agak gerun la gak. Cik Khaleesa asik pegang je sbb dia pun penakut. muahahahaaa.... Main kejap je tapi beratur yg pnjang gile.huhuuu...letih sgt2, lagila melayan karenah cik Khaleesa. Takpela, janji dia happy....layankan jela.

Cik Khaleesa mmg suka naik bas.heheee....


Muka org penat...

Barisan plg panjang utk main space shot...gile!!

Cik Khaleesa dah lepak gile & meragam...

*Personally, Mummy tak suka sbnrnya tmpt yg crowded. Sangat rimas. Sbb pegi FREE rasanya tak rugi sgt. Cuma kalo nak sesaja pegi, rasanya Mumy takkan jejak kot. Baik Mummy dok rumah buat apa yg patut.


No comments:

Post a Comment