Layan iklan

Friday, June 24, 2016

:: Iftar 2016

Alhamdulillah... Ramadhan 2016 adalah yang sangat bermakna buat mami sekeluarga. Dapat berkumpul dengan semua anak-anak. Masih lagi berlima ye. he he hee... Belum ada plan nak tambah ahli lagi. Bagi mami rehat dulu.

Syukur, rezeki Iftar tahun ni agak lumayan ye. Minggu pertama Ramadhan, kami fulltime berbuka dengan ahli keluarga. Masuk minggu ke-2, jemputan Iftar memang penuh. Biasa mami akan follow jemputan Iftar encik suami. Anak-anak memang tak dapat bawak sebab jauh nak pusing balik pegi ambil dieorang. Tapi hanya selected hari jela kami berbuka diluar sebab kesian ingat anak-anak kat rumah. Makan pun tak bape nak selera sangat. hihihii...



Iftar company antara yang wajib kami datang. Mami amik halfday pasal nak bawak anak-anak kan. Kakak jela tak dapat nak tunggu sebab sekolah sesi petang kan. Memang tak sempat nak tunggu, jalan sesak. hu hu huu... 

Alhamdulillah sepanjang Ramadhan ni, mami takde update cerita pasal makanan. Memang sedaya upaya elak update or upload gambar makanan. Bulan baik ni taknak la sampai hati ni ada secebis rasa riak tu.

Persiapan raya?? Hurmm... macam biasa kami bersederhana je seperti sebelum ni. Baju raya cukup la sepasang buat kami suami isteri. Paling penting bahagian anak-anak. Janji dieorang happy kan.


Belanja 1 gambar dengan birthday boy (230616). Nanti kita update celebrate birthday budak Ammar ni. 





Thursday, June 16, 2016

:: Penangan GO SHOP

Assalamualaikum... Selamat sejahtera...heh!

Saja nak bagitau, mami & encik suami adalah umat yang cukup susah nak beli stuff yang selalu keluar iklan. Pada kami beli sendiri dapat pegang dan harga lagi murah. Itu la kami... Cuma kami sangat addicted dengan LAZADA, ZALORA... Selalu je encik suami print screen soh mami belikan. Biasa memang mami yang akan belikan sebab guna alamat opis mami.

Nak jadikan cerita, puasa hari ke 7 disubuh hari sesudah sahur... Laki bini dok layan tv sebab nak tunggu subuh terus. Dok alih tukar channel, tertengok la GO SHOP. he he hee... Jarang encik suami nak tengok channel tu tapi subuh tu dia sangat khusyuk. Rupanya GO SHOP dok cerita pasal kain pelikat cap gajah duduk. Terus dia cakap "Boleh beli ni sayang...murah je rm99 dapat 3 helai siap free sejadah kecik lagi.cepat call nanti abes". Si bini dok tenung je si laki. ha ha haa... "Takyah la sayang... esok lusa boleh beli.online pun boleh.Isnin nanti la saya belikan ea". Encik suami jawab, "beli 2 set tau sayang"

Maka isnin lepas, masuk opis... terus masuk website GO SHOP dan cari kain pelikat idaman hati encik suami. Orang cakap nape tak beli je kat MYDIN.. Dik, selai je yang gred bagus pun dah rm80 ke atas. Baik beli kat GO SHOP je, rm99 untuk 3 helai. 

Memandangkang 1st time berbelanja di GO SHOP... maka, kena ikut steps ye. Nak beli, WAJIB register as member dulu. Kalau tak, tak boleh beli... NO! kihkihkih... Selesai register, boleh la log in guna username & password yang kita dah create. Tapi.... Kena save dulu alamat penghantaran dan SAVE. Penting ye... Then setel semua, cart la apa yang diidamkan. Pembayaran plak... boleh pilih samaada nak credit/debit, transfer intranet atau COD (cash on delivery). Biasa mak mami COD ok! Mami lagi selesa guna maybank2u. Senang & mudah... Penghantaran mengambil masa 2-5 hari bekerja. Tapi jangan risau, 2 hari je barang dah sampai.

Tadaa... barang dah sampai. Ada la 4-5 orang dok tanya. So, 1 kotak mami dah buka sebab nak bagi orang tengok. 

Tudia... kain pelikat encik suami. Kain sejuk, ringan tapi jatuh dan sangat lembut. Memang puas hati dengan kualitinya. Mami amik 2 set sebab sehelai nak buat samping untuk hero-hero raya nanti. 


Those nak tengok full kain pelikat ni boleh la tengok kat website http://www.goshop.com.my/ . Mami nak letak gambar encik suami pakai kang, takut ada yang muntah hijau. So baik korang tengok abang fahrin yang pakai. Nama pun murah kan, takde pilihan corak ye. 3 helai tu memang dah dalam 1 set ye. Kaler purple blue, black & white dan black grey. Takpe, klik je kat website tengok sendiri. 

SELAMAT BERSHOPPING!




Wednesday, June 15, 2016

:: Kisah sebuah tabung...


Cantik kan tabung ni??? he he heee... Sebenarnya ni adalah tabung kakak. Makciknya bagi 1 set, tabung besar, sedang & kecik. Ini adalah tabung kecik... mami amik buat harta. ha ha haa... Tapi mami nak bagi tau, ni bukan tabung kosong semata. **Tolong jangan request nak tengok isi tabung. huh!!!

Baru-baru ni viral pasal menabung kumpul duit rm5 & rm20. Ok, cara menabung tu dah mami amalkan dari tahun lepas. Last year, mami dengan gigihnya kumpul rm20 (duit kertas kuning). Memula buat senyap-senyap jek sebab segan ngan en suami. Dia selalu gelak... kadang-kadang perli "mami banyak duit". Kebetulan masa tu dah plan nak bawak anak-anak pi holiday. Hotel memang dah booking awal. So memang takde masalah cuma masa nak pegi tu kami belum gaji (lagi 1-2 hari nak gaji). Dengan bangganya mami cakap, "takpe guna je duit tabung saya". he he hee... Alhamdulillah lepas la duit minyak, toll & makan minum sepanjang perjalanan kami. Masa tu baru 3-4 bulan menabung. Memang tak banyak mana pun tapi alhamdulillah sangat-sangat.

Tahun ni start dari awal Januari, mami & friends start kumpul rm5 (duit warna hijau). Maka bermula la episode mengumpul rm5. Siap berebut ngan kawan lagi. Tabung kat atas tu la tempat rm5 dok bertapa. Dah sebulan tak mengira. Alhamdulillah, buat masa ni masih tak bercuit lagi la. Kalau tercuit, mami akan ganti double. Bukan taknak kumpul rm20....cuma takut jiwa tak berapa nak kental. kihkih...

Selain dok kumpul rm5, mami main kutu diri sendiri gak... Dulu selalu gak main kutu ngan kawan-kawan. Sampai masa turn kita dapat, seronok la kan. Tapi kali ni mami fikir, main kutu sendiri plak. Biasa main ngan kwn-kwn rm50 atau rm100, tapi sebab ngan diri sendiri maka mami lebihkan tapi pastikan fixed figure ye. Bagi duit kutu ni, mami memang pasang target nak beli apa. Bulan 5 ritu mami dah rasmikan duit kutu sebab beli hadiah birthday encik suami. Tahun ni dia request jam tangan (siap bgtau nak jenama apa & spec). Alhamdulillah, target memang tercapai. Ni skang dah start balik main kutu untuk capai target hadiah birthday kakak plak. Lepas tu pasang target bayar roadtax insuran kereta mami plak. he he heee...

Pesanan penaja, nak menabung ni jiwa raga mental fizikal kena kuat ye. Istiqomah... Puasa atau diet nafsu tu atau buat tabung lebih sikit. Tanamkan kat dalam kepala & hati "BIAR LAMBAT ASAL DAPAT". he he heee... Lagi satu tips dari mami, kadang-kadang suami kita akan soh belikan sumthing thru online kan. Mesti dia akan ckp "guna duit sayang dulu, nanti balik saya bayar cash". Cara mami, bila dapat cash... 50%-70% dari jumlah tu, mami akan masuk dlm tabung. Lagi la bulan puasa ni kan, bulan paling sesuai untuk menabung. Biar jumlah tu sikit tapi berkat amalan menabung, sikit-sikit lama-lama jadi banyak. 

So, camne plak cara korang menabung???

Tuesday, June 14, 2016

:: Cheque from NUFFNANG


Eleh! orang lain dah berpuluh kali claim ngan NUFFNANG, mami baru nak update.. hahahahaa...
Ok, sebenarnya sepanjang on off berblog... ini la pertama kali mami claim ngan NUFFNANG. Walaupun figure tu tak banyak mana pun, tapi tak sangka mami dapat claim semua. Bayangkan hasil dari 2009-2016. Dah la mami jarang update blog. Kadang-kadang sampai ada yang tanya nape lama x update blog. Masa! Masa takde...

Mami start berblog ni pada November 2009... Awalnya berblog masa tu sebab nak buat biz kononnya. Mami jual kain pasang & skincare secara online. Biasala, memula memang semangat ok. ha ha haa... Lelama, jadi blog personal plak. Memang tetiap malam mami akan blogwalking baca blog orang. Seronok dapat kawan baru.... Seronok orang baca & komen update terbaru. Sampai kan mami jadi kawan ngan salah sorang blogger yang x berapa nak blogger sangat sebab dia dah "malas" update blog. ha ha haa... Last2 friend kat facebook je. 

Masuk 2010, mami dah aktif skit la... Rajin yang amat update blog. ha ha haa... ada masa terluang, memang mami akan update. Biasa cerita pasal anak & family la. Kadang-kadang share lagu-lagu feveret mami. Cuma 1 je, mami jarang luah perasaan. Antara tahun dugaan... hu hu huu... tapi sejujurnya memang mami takkan jadikan blog ni as medium show my sadness. huahuahuaaa....

Masuk 2011, mami makin rancak. Cuma mami banyak update pasal worklife. Ini juga tahun dugaan terbesar mami. Hujung tahun 2011, mami buat pengumuman perpisahan dengan ex husband. Memang ramai yang terkejut & speechless. Rata-rata memang tak dapat agak apa yang mami alami sebab semua update dari mami juz happy life. Ala... hidup tetap kena teruskan kan kan kan... Tapi mami ok jek. he he ehee...

2012 adalah tahun bahagia untuk mami... Enjoy single life... dapat mengerjakan umrah dengan khaleesa. Tak memasal doa semoga dapat bertemu jodoh yang baik (mak paksa ok!). Sebenarnya tak fikir sangat pun tapi faham la kan orang tua risau. ha ha haaa... Balik umrah ada orang ajak dating. huh! Ramai geng blogger kepohchi nak tau siapa kah gerangan yang dapat curi hati mami. Setahun la gak mami berjaya rahsiakan gerangan wajah encik suami masa tu.

Tahun 2013, yeay!!! Kahwin... lagi. Masa ni dah start slow update sebab mami dah focus banyak perkara. Kerja & family. Khaleesa pun dah start masuk sekolah masa ni. Until this year, mami update on off. Bila rajin & ada masa.... mami akan update.

Kesimpulan, sebelum NUFFNANG tarik balik duit yang dah sedia ada... maka mami claim je la semua. Habis cerita.. heheheee... rezeki nak raya ni walaupun ciput. 

Monday, June 13, 2016

:: Produk review~ Furaiha Organic Skincare




Produk review kali ni, mami nak cerita tentang "Furaiha Organic Skincare". Sedia maklum... sebelum ni mami memang pangkah produk tempatan atas sebab-sebab yang tak dapat dielakkan. Pengalaman dulu mengajar untuk lebih berhati-hati memilih produk skincare terutama produk tempatan. hu hu huu...

Kali ni mami agak terpengaruh juga sebab "Organic", muslim produk & penggunaan habbatussauda. Tengok testimoni memang semua bagi feedback terbaik. he he heee... Sebelum tu, harus diingatkan ini adalah komen/pendapat peribadi mami je ye. Terpulang pada individu untuk menilai.

Dalam mini set Furaiha ada 3 jenis barang termasuk sabun pencuci, day cream & night cream. Harga rm90 tak termasuk postage ye. Biasa day & night cream very small. Tapi katanya cukup untuk penggunaan 3-4 bulan. Tujuan mami beli sebab lepas bersalin anak ke 3, muka agak mess. Kusam... penuh jerawat kecik-kecik. Sampai stress tengok muka kita tau. Sedih tengok tapi mami tau punca utama adalah tak jaga makan minum masa pantang anak no 3. hu hu huuu... So guna la apa pun bedak or whatever.... memang jadi makin buruk.

Ok2... kita sambung pasal Furaiha ni. Masa dapat je parcel, memang excited gila sebab...... ntah ek! rasanya semua perempuan camtu kot. hahahahaa... Masa nak zuhur kat opis, terus mami guna ok. Mami akui, sabun memang wangi & muka rasa soft je lepas cuci (perasan!). Dang! sebenarnya kat situ je dah boleh tangkap it's not 100% organic sebabnya... organic ni biasanya free perfume. Means takkan ada bau & free chemical. Tapi still ok ngan mami sebab ada biji habbatussauda dalam sabun pencuci tu. 

Day cream... sebenarnya tak sesuai untuk kulit mami yang kering ni. Sangat tak sesuai tapi cuba la gak guna selama seminggu. Mana la tau jadikan skin dari teruk ke perfecto. huhuu... Tapi tuan badan rasa skin makin kering. Lagi satu, rupanya day cream tu boleh memutihkan gak. Mami memang tak boleh guna produk whitening. Nanti kulit jadi cam terbakar. Buat masa ni memang dah stop... cuma lepas solat zuhur kat opis pakai la gak sebab tak nak muka pucat sangat. Tapi calit sikit je laa.

Night cream... ramai yang memang malas nak pakai krim malam ni tapi mami gagahkan jugak la tangan pakai sebelum tido sambil dukung anak. hahahaha... Lama gak pakai tapi tiada keberkesanan pun. Muka tak berapa nak smooth.

Kesimpulannya... mami tak sesuai dengan produk Furaiha ni. Mohon jangan kecam mami sebab ini adalah pendapat peribadi dengan menjadikan mami sendiri sebagai testimoni. Skang, mami dah kembali kepada produk hada labo. Konon nak bagi skin cantik sebelum rayakan. hu hu huu... 

Untuk produk Furaiha ni mami bagi 2/5 sebab sabun tu agak ok la untuk mami.

Wednesday, June 1, 2016

:: Family Bonding Time

Macam biasa... aktiviti wajib untuk anak-anak. Memandangkan kami dah dok Pasir Gudang, maka weekend kami akan balik Bukit Indah. Sebelum balik, kami layan ler anak-anak outing. Dahla keluar kerja jam 7 pagi , balik 7 malam. Risau anak-anak tak puas ngan kami kan. So weekend memang kena layan dieorang ni. 


Masuk kereta wajib wefie dulu dengan si Ammar dulu. Si Ammar ni memang pantang kalo ajak selfie/wefie, tgh menangis pun boleh senyap ye. he he hee...



Dah lama anak dara ni tak ikut mami ayah outing.. Memandangkan cuti sekolah, mami paksa ikut gak.



Ammar ni anak ayah ye... Even mami amik pun dia akan melalak nak kat ayah. Tapi bila ayahnye takde, nak menempel ngan mami jek. hurmm...



Bila ayah ngan anak berwefie... hu hu huu...




Last belanja wefie mami ayah plak... Tetiba encik suami cakap "sayang, kita dah lama tak tukar picture profile FB.. Jom tukar"... Tapi sebelum tu kena wefie dulu la kan. ha ha haaa... Begitulah kisahnya...


Abang Zahin je yang takde kan?? He he hee... Malam sebelumnya dia jatuh & bibir pecah. Bengkak kembang semangkuk bibirnya. So moody ler sikit. he he hee...


Ok, belanja gambar abang Zahin yang cover bibir bengkak tu. Alhamdulillah... walaupun pecah & bengkak, makan minum masih normal macam biasa. Merengek kejap je masa darah memancut ke luar dari mulut. Disebabkan dah ada pengalaman, kami cepat2 amik ais letak kat tempat luka. InsyaAllah dalam beberapa minit, darah stop. No panic ok!



Ok... next cerita kita sambung nanti ye.






:: Iskandarian Treasure Hunt 2016

Sebenarnya kan... mami ni antara staff yang paling susah or malas nak join aktiviti office ni. Tapi tahun ni mami & officemate dah pasang azam nak join segala aktiviti office if termampu. Kalau dah ada urusan lain & lagi penting, maka takde makna la nak join kan.

Last week, mami masuk treasure hunt. Ni kira 1st time la office buat event ni. Excited sangat sebab dengar macam seronok kan. Tapi paling cabaran bila group tak cukup orang. Sob! Sob! Sob! 1 kumpulan ada 4 orang, tapi yang konpem kami bertiga jek... Kusut ok cari orang. Akhirnya dapat gak sorang lagi participant. Happy dah macam apa kan. ha ha haa...

Treasure hunt ni kira 1st time ever la mami masuk & memang takde pengalaman langsung. Bila baca pengalaman orang & contoh2 soklan, berpeluh la gak... Susah gak rupanya! Tapi takpe, kami pun masuk for fun & komitmen to company.

Sehari sebelum the event... Semangat gi briefing ok... Bila buka briefing note, kelat muka memasing... Sebab?? Kusut tengok soalan contoh. ha ha haa... Masa ni sorang lagi cuti. Masa briefing ni kami diberi goodies bag yang berisi tshirt & tuala kecik. Kami juga diberi duit petrol & belanja RM100.


Selfie otw ke office sebelum treasure hunt. Encik suami lambat... Dahla start kul 8.30 pagi. Siap pesan ngan kawan soh amikkan breakfast. Alhamdulillah sempat breakfast. hu hu huu...


Group photo session... Kami antara kumpulan yang last amik gambar sebab mami sampai lambat. hi hi hii... Nama kumpulan "Kancil". Sebelum start dapat goodies bag lagi berisi Smart Tag termasuk limited edition TnG Iskandarian Treasure Hunt serta AEON Voucher RM50 setiap sorang. 


Dah nak start masa ni... Ketaq gak sebab kami semua memang tak pernah join mana-mana treasure hunt. Bila tengok group lain dapat cop/ sticker check point... memang down la gak. So kami santai-santai je laa.. he he heee...


Masa ni dah check point ke 3.. Masing-masing muka dah penat. Dah tengahari... Task kat sini kena wefie ngan VIP ok. Tapi sebelum tu kami kena buat task "Island" depan VIP. Kalau fail kena denda ngan dieorang. huahuahuaaa.... Memang kami buat hati-hati sebab size kami tak berapa nak "Kancil" sangat nak masuk dalam "Island" tu ok. Alhamdulillah we pass dengan bangganya. 


Penat... ye sangat penat. Sampai takde selera nak makan tapi kami enjoy especially ada artis performance kan. Man Bai, Along Exist, MOHRAM & The Kodox. CEO pun sporting abes siap nyanyi bagai kan. 

Alhamdulillah, walaupun underdog group... we 14th place dari 27 group. Tak sangka la gak... ha ha haa... Paling penting kami dapat credit leave dari HR. Kumpul cuti raya ler kita.... InsyaAllah, jika event ni diteruskan... kami akan join lagi with the same group.