Layan iklan

Friday, March 1, 2013

:: Movie #22 ~ Gangster Celop...

Layan movie kali ni setakat melepaskan hajat encik suami...tengok trailer, katanya macam best. Takpe, layankan jela ye. Movie ke-3 dan movie melayu ke-2 dalam tahun 2013. Apakan daya, sejak anak sekolah ni hanya weekend yang dapat spent sume aktiviti. Ok la, at least weekend Mummy tak boring sangat la.

Poster hasil carian google

Sinopsis: Gangster Celop mengisahkan dua orang bekas gangster iaitu Aman (Kamal Adli) dan Adam (Syamsul Yusof) yang baru selesai menjalani hukuman penjara selama lima tahun. Mereka bertekad untuk berubah dan menjadi insan yang lebih baik.

Bagaimanapun, sebaik bebas, mereka dikehendaki menjaga Suzana (Hanis Zalikha) iaitu anak perempuan kepada Mat Jambu (Yus Raja Lawak),seorang ketua gangster yang pernah melindungi mereka dahulu. Suzana baru pulang dari luar negara untuk memulakan perniagaan di Malaysia.

Disebabkan tugasan itu, semua menjadi huru-hara dan secara tidak langsung mereka terbabit dalam konflik tercetus antara Mat Jambu dan musuhnya, Man Cirit (Azad Jazmin) yang merupakan musuh tradisi untuk sekian lama.

Komen: Pada Mummy gandingan syamsul, kamal adli & Hanis Zalikha adalah satu tindakan yang berani. Kita jarang lihat aksi komedi & poyo Syamsul tapi kali ni digandingkan dengan Kamal Adli yang pada Mummy ada bakat komedi. Hanis Zalikha lak masih baru bertapak dalam lakonan tapi tak menghampakan. Watak yang sempoi Hanis nampak selesa. Yus memang kita sedia maklum bakat dia dan masih mengekalkan identiti sebagai 'Mat Jambu'. Azad agak 'over' sikit la. Movie agak mendatar...jalan cerita macam dah boleh agak. Tapi kami tetap enjoy layan...

Rating Mummy: 2.75/5 bintang

* Movie lists Mummy & encik suami.... he he he
1. Rock Oo! (Booked tonite...nantikan update Mummy)
2. Beautiful Creature
3. Jack the Giant Slayer

No comments:

Post a Comment